Pagi menjelang pada hari Ahad itu. Seminggu sudah berlalu selepas ketujuh-tujuh daripada mereka menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Korea International Academy.
Sebuah akademi yang sangat besar dan mengajar lebih dari 50 bidang pelajaran. Akademi ini juga pernah dicatat pada rekod dunia dalam kategori akademi terbaik di dunia. Hanya yang terpilih sahaja dapat belajar di akademi ini.
Seperti yang ditetapkan, ketujuh-tujuh daripada mereka tiba di akademi tersebut tepat pada pukul 9 pagi.
"Annyeong, eomma! Appa! " Jimin mengheret bagasi-bagasinya ke dalam bangunan utama sambil melambai ke arah ibu bapanya yang berada di dalam kereta.
Pintu dibuka, Jimin melangkah masuk ke dalam dan menuju ke kaunter pertanyaan.
"Park Jimin-ssi? " seorang wanita memanggil nama Jimin. Dia menoleh, dan nampak wanita tersebut.
"Sila ikut sini, ya.. " wanita itu menunjukkan jalan ke bahagian pendaftaran akademi. Jimin sambung mengheret bagasi-bagasinya dan mengikut wanita tersebut.
Jimin ketinggalan dalam 7 meter di belakang. Rasanya, dia kagum dengan hiasan dalaman akademi ini. Hiasannya seperti bangunan British. Lantai yang berwarna kayu dan marmar hitam bercorakkan bentuk-bentuk geometri. Siling pula dilengkapi dengan chandelier yang berkilauan.
Jimin memandang ke hadapan lalu mengejar wanita tersebut. Bunyi roda bagasi tersebut bergema du koridor itu ketika Jimin berlari.
"Letak barang-barang kamu di sini, pekerja akademi akan bawa ke bilik asrama kamu. " Jimin menuruti sahaja arahan wanita itu. Kemudian, dia membawa Jimin ke tingkat atas di mana taklimat akan berlangsung.
Jimin masuk ke dalam bilik tersebut. Terdapat enam orang lelaki sedang duduk di sebuah meja yang besar. Jimin menunduk lalu menyertai mereka.
"Memandangkan semua dah ada di sini, kita akan mulakan taklimat. " wanita yang membawa Jimin ke sini tadi duduk di bahagian hujung meja.
"Pertama sekali, saya Cik Ahn. Pengurus Kemasukan Pelajar Baharu di KIA. Saya akan menguruskan pendaftaran, bilik asrama, pemilihan bidang dan buku-buku berkaitan kamu semua. " terang wanita itu, yang mengaku dirinya sebagai Cik Ahn.
"Kedua, di hadapan kamu semua ialah kad ID pelajar dan kad akses bilik asrama kamu. Kad ID pelajar ini perlu disimpan baik-baik. Kamu akan masuk ke dewan kuliah menggunakan kad ID ni. Dan kad ini hanya diberikan sekali sahaja. " terangnya lagi.
"Di hadapan kamu juga ada laptop pemberian akademi. Gunakan laptop itu sebaik mungkin. Semua maklumat terkini tentang bidang yang kamu ambil nanti akan dihantar ke laptop tersebut dan kamu perlu siapkan assignment di laptop itu juga. " sekali lagi, panjang lebar Cik Ahn menerang.
"Setakat ni, ada apa-apa soalan? " tanya Cik Ahn.
Semua membisu. Mereka cuma meneliti barangan yang diberikan sahaja.
"Kalau tiada, kita akan terus beralih ke pendaftaran. Kemudian, pemilihan bidang dan buku. Dan akhir sekali, bilik asrama. "
Mereka beralih ke pemilihan bidang. Hampir tiga puluh minit kemudian, mereka akhirnya berpindah ke bilik asrama.
Cik Ahn dengan selambanya masuk ke dalam asrama lelaki. Mereka hanya mengikut jejak kaki Cik Ahn ke dalam.
Suasana yang agak bising di lobi asrama tadi menjadi senyap apabila Cik Ahn melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Mereka berasa hairan. Macam mana seorang wanita boleh mendiamkan suasana yang tak ubah seperti pasar tadi?
Cik Ahn membawa mereka ke tingkat empat, di mana bilik asrama mereka terletak. Cik Ahn membuka pintu lalu masuk ke dalam.
Ketujuh-tujuh jejaka tadi terpaku. Ini bukan asrama, ini tak ubah macam apartmen.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...