Jaewon buntu. Apa yang perlu dibuat? Hawon sedang bergelut dengan biokimia di dalam badannya dan dia tak berbuat apa-apa. Jaewon perlu fikirkan sesuatu.
"Hawon, bertahan ya? " Jaewon mengangkat tubuh Hawon lalu segera membawanya keluar dari tempat itu.
Tiga pintu besi sudah dilepasi. Jaewon membawa Hawon ke bilik mereka. Dia perlu menyembunyikan Hawon daripada orang lain. Kalau tak, Hawon akan.. Akan ditangkap.
Setelah meletakkan Hawon di atas katil, Jaewon berfikir sejenak.
Fizikal Hawon adalah lebih dari 80%. Kalau ikut pengiraan aku, tubuh Hawon akan bergerak balas terhadap biokimia dalam sekurang-kurangnya 19 jam lagi.
Jaewon mengunci pintu bilik Hawon dari dalam, lalu menuju ke arah pintu biliknya yang bersambung dengan bilik Hawon.
◈
Jam loceng Jaewon berbunyi tepat pada pukul 6 pagi. Perkara pertama yang difikirkannya ialah keadaan Hawon.
Dia membuka pintu yang memisahkan biliknya dengan bilik Hawon. Suis lampu ditekan. Mata Jaewon melirik ke arah katil. Lalu, dia mendapat Hawon sudah tiada di situ.
"Hawon! " Jaewon berlari keluar dari bilik dan terus ke makmal utama, Hawon mungkin dihantar ke sana.
Jaewon tak membuang masa. Apabila langkahnya berhenti di hadapan pintu makmal, dia terus menekan punat buka di sebelah pintu. Dia lantas meluru masuk dan mencari Hawon. Macam cari jerami dalam timbunan jarum, hampir mustahil untuk menemukan Hawon.
Jaewon tak berputus asa, dia terus mencari di setia lajur dan baris. Satu persatu dia lihat. Bunyi lariannya menghentak ke lantai menarik perhatian ketua di sudut yang lain.
Mana kau?
Dia meneruskan pencarian. Kemudian, sebuah kapsul menarik perhatiannya. Tubuh di dalamnya amat dikenali.
"Hawon. " Jaewon berlari ke arah kapsul itu lalu melihat ke dalam. Memang Hawon.
Jaewon memandang status kapsul itu. Proses manipulasi sedang dijalankan, dan ia sudah mencapai 10%.
"Apa kau buat kat sini? Patutnya kau kerjakan projek bionic kau. " malangnya, belum sempat Jaewon berbuat apa-apa, ketua sudah menjumpainya dulu. Jaewon dengan penuh rasa geram dan marah, dia mengenggam penumbuk dan mengetap giginya kuat.
"Apa yang appa dah buat? Appa sepatutnya selamatkan Hawon. " ujar Jaewon dengan nada yang marah.
"Dia dah dijangkiti. " jawab ketua dengan separa tenang.
"Jadi, appa tak boleh halang biokimia tu dari merebak ke seluruh badan?! Sekurang-kurangnya, appa perlu cuba bantu Hawon! " Jaewon menengking.
"Cara ni adalah yang terbaik. " kata ketua lagi. Setiap kata-kata yang disebut ketua, membuatkan Jaewon naik angin.
"Dengan cara manipulasikan dia? Biarkan dia jadi mutant? Appa, Hawon anak appa jugak. " Jaewon menjadi semakin negatif. Cemas, proses manipulasi itu masih dijalankan.
"Son Jaewon! Kalau biarkan dia tanpa dimanipulasi dengan segera, dia akan menjadi mutant yang sangat ganas, mungkin lebih ganas daripada semua mutant yang ada. Semua orang akan berada dalam bahaya. Appa sebagai ketua, perlu fikirkan cara terbaik untuk melindungi organisasi ni. "
"Sekarang, keluar dari makmal! " arah ketua dengan nada yang garau dan tinggi. Jaewon memandang wajah Hawon di dalam kapsul. Nak je dia duduk meneman Hawon di situ.
Namun, nak atau tak, dia perlu akur arahan ketua.
◈
Jaewon bersandar pada dinding selepas dia keluar dari makmal. Lalu, sandarannya jatuh. Jaewon merapatkan lututnya ke dada lalu memeluknya erat-erat. Justeru, dia menggugurkan air matanya dalam pelukan.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Misterio / Suspenso"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...