Jam dikerling. Sudah pukul 9 malam! Aduh! Aku belum makan lagi!
Aku terus berlalu ke dapur. Kabinet diselongkar. Kosong? Biar betul? Aku menyelongkar peti ais pula. Hanya ada air fanta. Aduh! Terpaksa keluar! Malasnya!
Aku mencapai cardigan hitam dan tudung shawl aku lilit. Lipbalm neutral aku calit sedikit di bibir. Bedak Johnson dipakai. Sudah siap. Kunci kereta dicapai lalu aku memulakan pemanduan.
Hari ini, aku terpaksa pergi ke Tesco. Banyak barang dah habis tanpa pengetahuan aku. Like seriously? Aku bukannya jenis tak ambil tahu pasal barang rumah. Tapi..haih!
Kereta diparkir. Aku terus membawa beg dompetku. Nampaknya, kena keluarlah sikit duit ni. Bau wafer dan coolblog menyucuk hidungku. Wah..sedapnya. Aku terus memesan wafer blueberry bersama coolblog flavour orea. No topping because I dislike.
Dah habis belanja, aku balik rumah. Sempat jugalah aku makan mi kari kat Tesco tadi. Kenyang jugalah perut ni. Esok baru aku nak masak. Tapi..bila aku masuk rumah. Ada satu benda pelik. Iaitu lampu bilik tak bertutup. Setahu aku, aku dah tutup. Tapi..kenapa?
Aku menggelengkan kepala. Jangan fikir bukan-bukanlah! Dahlah kau ni tinggal sorang! Aku terus meletakkan barang-barang tadi di dapur. Kertas kerja di meja makan aku tenung. Macam ada tak kena. Ya Allah..kenapa dengan aku ni?
Aku cuba mengetepikan fikiran negatif. Malam ni, aku kena tidur awal. Esok, aku kerja. Cardigan aku sangkut di belakang pintu. Begitu juga dengan kunci kereta. Sampai di bilik, ya aku dapati satu lagi benda pelik. Iaitu..tingkap balkoni aku terbuka. Tudung yang aku ingin buka, tidak jadi ku buka. Aku ingin menapak ke balkoni tetapi tidak berani. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk turun ke bawah semula.
Apabila aku sampai di anak tangga kedua, tubuhku ditarik. Aku meronta. Ya Allah! Tolong hambaMu! Aku tak nak meninggal hari ni Ya Allah! Banyak dosa aku buat Ya Allah!
Aku terus beristighfar. Mataku mula mengepam air. Lelaki tersebut masih tidak melepaskan aku. Macam mana aku tahu lelaki? Sebab tangan dia berurat. Nasib baik aku masih bertudung. Alhamdulillah. Badanku dipeluk dari belakang olehnya. Terasa dadanya bergerak ketika bernafas. Aku senyap. Tidak berani berkata.
"Hai sayang," ucap si dia.
Aku diam. Aku hanya mampu menangis. Ya Allah, siapa dia?
"I miss you so bad. How could you leave me at prison? It hurts you know sayang," ucap dia lagi.
Hati aku berdetak laju. Prison? Penjara? Maknanya dia? Ya Allah..
Dia terus memusingkan tubuhku menghadap tubuhnya. Aku memandang anak matanya. Ya Allah.. Dia... Dia dah kembali.. Ifhzan Harris dah kembali.
Si psiko.
Psikokan aku.
"Happy to see me dear?" Harris tersenyum sinis memandang wajahku terkebil-kebil.
Tangannya meluncur halus di pipiku. Aku..kaku.. Aku tak boleh nak melawan. Kenapa ni?
Aku lupa.
Aku memang begini kalau dia di hadapanku.
Ya Allah..tolong bagi aku kekuatan.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...