Aku memandang kotak Iphone di meja lampu. Aku mengeluh. Nak percaya atau tak, Harris belikan Iphone 7 Rose Gold 2++ GB (Tak ingat GB haha)
Aku tertanya-tanya. Harris ni siapa sebenarnya? Anak Tengku bukan. Anak Tan Sri ke? Mungkin. Lagipun kenapa receptionist tadi panggil Harris dengan gelaran 'tuan muda'?
Serabut je.
Aku mengambil kotak tadi. Aku buka dengan cermat. Kad sim Maxis aku keluarkan sekali. Ini semua Harris yang beli. Aku? Mana mampu. Tunggu gaji 4 bulan baru mampu rasanya.
Bila aku buka Iphone, terus sahaja mesej masuk. Bukan satu atau dua tapi banyak kali. Siap ada missed call sekali.
Belum sempat aku ingin buka mesej, Harris menelefon. Pelik. Bila masa dia simpan nombor dia dekat aku?
Nak jawab ke tak?
Jawab jelah.
"Assalamualaikum," sapaku di panggilan. Dia menjawab dengan nada yang agak tak bermaya mungkin?
"Kenapa ni? Harris sihat tak?" soalku prihatin. Pelik juga dengar suara dia macam ni. Macam ada tak kena.
"Kenapa Husna tak angkat call Harris tadi? Mesej pun tak balas?" suara Harris kali ni lebih kepada serak basah. Aku diam. Harris nangis ke?
"Harris, awak nangis ke?" soalku. Aku membetulkan kedudukan di katil. Biar betul Harris nangis?
"Husna, jawab soalan aku"
"Saya baru on phone ni. Kad sim pun baru masuk. Kenapa?"
"Kau keluar sekarang. Aku nak jumpa," ha? Keluar?
"Maksud Harris?" soalku pelik. Aku mengenepikan cadar. Kaki dihayunkan ke arah balkoni.
Aku memandang Harris yang berada di bawah. Oh, tidak!
"Aku ada dekat bawah sekarang. Keluar jelah!" aku terus mencapai tudung sarung dan cardigan. Pintu dibuka. Kelihatan Harris sedang berdiri di luar pagar dengan wajah bengis.
Aku tidak membuka pagar. Hanya mendekati Harris begitu sahaja.
"Kenapa ni Harris? Saya ada buat salah ke?" soalku agak takut. Dia memeluk tubuhnya sendiri sambil bersandar pada kereta Audinya.
"Ada," jawabnya ringkas.
Aku mengerutkan dahi. "Apa dia?"
"Kau tak jawab call dan tak balas mesej aku! Dah berjam-jam aku tunggu tahu tak?!" tengking Harris secara tiba-tiba.
Bahuku terhinjut. Aku tergamam. Bukan salah aku sebab hidupkan telefon tu lambat. Tapi kenapa Harris masih salahkan aku?
"Harris.. Saya kan baru onkan Iphone tu. Belum sempat saya nak balas mesej awak, awak dah call saya," ujarku dengan lembut. Aku mengusap lenganku yang terasa sejuk.
Harris menumbuk keretanya. "Aku tak kisahlah si*l! Yang penting, kau kena jawab! Dasar perempuan s*al!"
Aku terkedu. Apa yang Harris panggil aku tadi? Perempuan sia*? Aku menggeleng.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...