Sebelum korang baca, aku nak cakap sikit.
Rajinkan lah diri anda untuk menekan emoji star bawah tu. Aku tahu ramai silent readers. Jadi, apa salahnya untuk menekan emoji bintang ni. Tak rugi pun. Tak kena bayar pun nak.
Aku cakap macam ni sebab yelah cerita ni dah nak tamat pun. Aku pun sengaja lambat-lambatkan update sebab tinggal beberapa chapters ja.
Oleh sebab itu, aku minta korang vote HUWAA. Dah macam batak vote ja aku ni.
Aku nak cakap lagi, memandangkan aku lambat update, aku tahu korang agak lupa / dah terlalu lupa dengan watak sampingan. Jadinya..
Tan Sri Irwan - Atuk Harris
Dato' Irsyad - Ayah Harris
Datin Yana - Ibu HarrisHa hamek.
Jumpa bawah nanti.
Langit yang terbentang luas digabung pula dengan bintang-bintang yang berkerlipan. Subhanallah indahnya. Angin malam menemani suasana malam itu. Kadang-kadang, Tan Sri Irwan menggosok tubuhnya. Dia memikirkan sesuatu sambil memandang langit yang luas terbentang.
Memikirkan keluarganya lagi-lagi cucu kesayangannya, Harris. Walaupun kejadian Harris dan Nik bergaduh telah tutup semenjak beberapa hari yang lepas, namun dia masih belum dapat lupa.
Harris, cucu pertama dia yang paling dia rapat. Mungkin kerana cucu pertama? Ayah Harris, Dato' Irsyad Hafiz pula ialah anak sulung Tan Sri Irwan. Itu sebab keluarga Harris mempunyai kelebihan. Kenapa Tan Sri Irwan serahkan jawatan CEO kepada Harris? Kenapa bukan adik-beradik ayah Harris dulu? Bukan mereka lebih berhak?
Sebab Tan Sri Irwan dah agihkan jawatan masing-masing dan jawatan yang diagihkan akan diwarisi turun-temurun dan hal ini adalah tetap. Setiap cawangan mempunyai ketua masing-masing dan ketua tersebut terdiri daripada keluarga Tan Sri Irwan. Jadi, bagi syarikat Harris sekarang, memang Harris sahaja layak ambil disebabkan Harris anak tunggal.
Sekarang ini, dia perlu jadikan keluarga mereka seperti dahulu. Bahagia seperti dahulu. Bukannya seperti sekarang. Nak tak nak dia kena pujuk Harris. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba selimut menyelimuti tubuh Tan Sri Irwan. Beliau tersentak lalu menoleh ke belakang.
"Tak tidur lagi bah?" Tan Sri Irwan menggeleng. Dato' Irsyad mengambil tempat duduk di bangku lagi satu. Dia turut memandang ke atas langit sebelum memandang kembali ke arah Tan Sri Irwan. "Abah fikir apa?" Ya. Memang kebiasaanya jika Tan Sri Irwan mempunyai masalah dia akan tidur lewat dan duduk di luar seperti ini. Kononnya untuk mententeramkan jiwa dan raga.
Tan Sri Irwan menarik nafas kecil lalu menghembuskan nafas. "Abah fikir tentang Is."
"Kenapa abah? Dia buat hal lagi ke?"
Tan Sri Irwan pantas menggeleng. Dia tidak mahu anaknya berasa risau dengan Harris. "Abah nak satukan Ilyahani dengan Nik Mikail. Kamu tahu pasal tu kan?" Dato' Irsyad mengangguk. Dia mendekatkan jarak antara mereka berdua. Kini, fokus beliau sememangnya seratus peratus terhadap Tan Sri Irwan. "Kenapa bah? Is tak setuju?" Tepat sangkaan Dato' Irsyad. Tan Sri Irwan mengangguk mengiyakan. Sememangnya benarlah bahawa perangai Harris tu dalam poket Dato' Irsyad sahaja.
Anggukan Tan Sri Irwan menyebabkan Dato' Irsyad mengeluh kecil. Dia memang faham sungguh dengan perangai Harris yang satu ni. Ego. "Nanti saya sendiri akan bercakap dengan Is. Abah janganlah risau sangat ya. In shaa Allah perkara kecil je ni."
"Tak. Tak perlu. Biar abah selesaikan." Cepat sahaja Tan Sri Irwan menangkas kata-kata Dato' Irsyad. "Abah pun ada benda nak selesai dengan Is tu." Dato' Irsyad mengangguk. Dia kembali duduk di posisi asal apabila keadaan sudah menjadi seperti biasa.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...