Hari Ahad. Di mana Tan Sri Irwan meminta Harris dan Husna hadir ke rumahnya. Awal-awal pagi Harris dan Husna sudah bersiap-sedia kerana tidak mahu lewat. Tambahan pula bila mereka berdua mendengar suara Tan Sri Irwan di hujung talian seperti serak dan tidak bermaya. Adakah beliau sakit?
Hati Harris dan Husna semakin menjadi tidak keruan lebih-lebih lagi Harris. Dia seperti terkocoh-kocoh bersiap-siap untuk segera bertemu dengan Tan Sri Irwan walhal selama ini, dia taklah sekocoh ini.
"Sayang! Cepat sikit please!" Nampak tak? Harris sudah mula memanggil Husna untuk segera siap. Kunci kereta yang tersangkut di belakang pintu dicapai. Kasut yang berjenama Adidas berwarna hitam putih disarung. "Sayang, abang tunggu dalam kereta!" Laung Harris lagi lalu dia segera masuk ke dalam perut kereta untuk memanaskan enjin kereta.
Husna yang berada di atas terkocoh-kocoh. Nasib baik dia sudah memakai tudung. Dia hanya perlu memakai stoking dan mencapai beg tangan. Husna turun dengan agak laju nasib sahaja dia tidak jatuh. Nasib baik lantai rumah mereka tak terlalu licin atau kesat. Pintu rumah mereka yang berukiran bunga ditutup dan dikunci dari dalam. Husna terus membolos ke dalam perut kereta Harris dan kereta Audi laju membelah jalan.
Di dalam kereta, tiada suara yang berborak. Kedua-dua mereka mendiamkan diri seperti terdapat beribu soalan yang bermain di fikiran. Harris sudah semestinya risau dengan keadaan Tan Sri Irwan yang secara tiba-tiba tidak sihat. Ini tak boleh ditipu langsung sebab Harris dah lama perasan tentang kesihatan atuknya. Hatinya terasa sakit. Dia akan kehilangan atuknya pula ke? Mampu ke dia tahan kesedihan nanti? Mampu ke?
Sampai sahaja di hadapan rumah atuknya, ibu dan ayah Harris menyambut kedatangan Harris. Saat Harris dan Husna ingin masuk, terdapat banyak pasang kasut, selipar yang berada di luar. Tahulah Harris bahawa sepupu-sepupu dan adik-beradik ayah Harris berkumpul pada hari ini. Semakin berdebar dada Harris melihat semua ini. Seperti ada sesuatu. Peristiwa ini sama dengan peristiwa apabila Harris kehilangan arwah neneknya.
Harris terus meluru ke bilik Tan Sri Irwan. Saat itu, Pak Ngah Harris sedang duduk di atas kerusi yang disediakan. Apabila Pak Ngah Harris ternampak Harris, dia terus menepuk tangan Tan Sri Irwan perlahan lalu tersenyum. Sebelum beliau keluar, dia sempat menepuk bahu Harris dan memberikan senyuman. Harris turut membalas senyuman dan dia mengambil tempat di sebelah Tan Sri Irwan.
Peluhnya mula mengalir keluar. Sistem adrenalin mula berfungsi dengan sungguh baik. Wajah Tan Sri Irwan yang pucat lesi, tidak bermaya dan lesu memenuhi ruangan pandangan Harris saat ini. Fizikal datuknya yang sekarang sungguh berbeza dengan keadaan fizikal datuknya yang dulu. Kalau dulu, Tan Sri Irwan sangat gagah sehingga mampu menguruskan cawangan syarikatnya yang sedang beroperasi di negara jiran terdekat.
Harris mengangkat tangannya perlahan-lahan. Dia teragak-agak untuk mengusap wajah Tan Sri Irwan kerana takut andai perlakuannya menyakiti Tan Sri Irwan. Belum sempat dia ingin mengusap wajah Tan Sri Irwan, Tan Sri Irwan sudah pun menyebut namanya. "Harris."
"Ya..ya tuk. Is kat sini," jarak antara mereka berdua didekatkan. Jantung Harris yang tadinya berkencang kuat, semakin bertambah kencang. Tangan Tan Sri Irwan digenggam erat. "Atuk nak cakap dengan kamu," Harris mengangguk laju. Nada Tan Sri Irwan yang semakin rendah telah mengesahkan analisis Harris bahawa memang Tan Sri Irwan tidak sihat.
"Sebelum tu, atuk nak minta maaf dengan kamu kalau selama ni atuk tak--"
"Tak atuk. Tak. Jangan minta maaf dengan Is. Is.. Is yang sepatutnya minta maaf dengan atuk. Is banyak buat salah dengan atuk. Is tinggikan suara dekat atuk. Is selalu buat atuk stres. Is minta maaf tuk. Is yang salah. Is minta maaf. Is sayang atuk. Is tak nak kehilangan atuk. Tolong atuk, jangan pergi tinggalkan Is."
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...