Harris memandang kosong halaman belakang rumah mamanya yang menghijau. Dia menarik nafas sedalamnya lalu nafas dihembus dengan berat. Pagi tadi, dia ambil keputusan untuk melawat kubur arwah neneknya. Semasa dia pulang, dia nampak semua ahli keluarganya sedang breakfast.
Dia memang tak akan makan selepas pulang dari tanah perkuburan neneknya. Sekarang ini, dia memerlukan masa bersendirian. Masa bersendirian untuk mengenang balik peristiwa lepas. Bukan mudah untuk dia melepaskan orang yang dia sayang. Ini baru arwah nenek dia. Apatah lagi kalau mama, ayah dan Husna.
Harris menggeleng. Tak. Dia tak akan mampu nak tanggung semua tu. Tapi, Allah akan beri ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan kan?
Ya Allah, kuatkanlah imanku.
"Abang?"
Harris tersentak. Dia menoleh ke belakang memandang Husna. Senyuman tipis diberikan sebelum dia melemparkan kembali pandangannya ke halaman belakang rumah.
"Abang buat apa ni?" Soal Husna setelah Husna melabuhkan punggungnya di sebelah Harris. Dia turut memandangan pemandangan yang ada di situ. Namun, pemandangan di sebelahnya iaitu Harris lebih menarik perhatiannya.
Harris memandang Husna lalu menarik tubuh Husna agar rapat dengan tubuhnya. "Layan perasaan."
"Eiii jiwangnya!" Bahu Harris ditepuk perlahan. Harris ketawa kecil. Tubuh Husna ditarik lebih rapat dengannya lalu tangannya mengusap perut Husna yang berlapik baju. "Semenjak sayang mengandung ni, semakin kasar eh. Agresif," komen Harris. Husna terkebil-kebil. Betulkah dia semakin kasar? Kasar macam mana tu?
"Yeke?"
Harris mengangguk.
"Kasar macam mana tu?" Harris tersenyum senget. Ini peluang yang sangat baik untuk kenakan isteri dia, Husna. Hehehe. "Kasar macam.." jari-jemari dilarikan di lengan Husna perlahan-lahan dan "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA geli! Geli! Berhentiiii!"
Husna ketawa terbahak-bahak apabila Harris mula menggeleteknya di bahagian tepi perut iaitu pinggang. Tangan Harris cuba ditangkap namun tidak berjaya apabila Harris sungguh bijak untuk melepaskan tangannya. "Abanggg stop! Geli lah! Hahahahahahahahahahah."
"Tak nak muahahahahaha." Dan geletek diteruskan dengan ketawa penuh dengan kejahatan dan kedurjanaan. Heh. Memang Harris mahu diberi jari ni. Em.
Jari kelingking au.
"Abang! Pe..perut sayang sakit! Hahahahahahahahah!"
Aku tak tahu berapa lama proses penggeletekan ini berlaku tapi sepanjang proses ini terjadi, Husna asyik ketawa je. Aku bet lepas ni kotak ketawa Husna akan jadi pelik sikit.
Macam alien.
Akhirnya, Harris mula menjadi normal balik. Dia 'melepaskan' Husna buat sementara waktu. Sementara waktu sahaja. Lepas ni, tidaklah. Muehehehe.
Tanpa dijangka, tiba-tiba buk!
"Aduhhh!" Harris mengerang kesakitan apabila menumbuk kuat dada Harris. "Ha padan muka! Siapa suruh berlaku kejam terhadap insan yang lemah macam Husna ni? Ini baru sikit tau Husna tumbuk. Kalau nak lagi, ha cubalah buat lagi."
Lengan baju disinsingkan. Persis seperti budak gangster yang sungguh kebudak-budakan. Dengan pendeknya. Masya-Allah. Sungguh perasan Husna ni. "Oh. Dah pandai ya bertumbuk dengan abang. Tak apa tak apa. Lepas ni, kita masuk pertandingan boxing. Siapa menang, dia dapat buli orang yang kalah tu!"
"Ingat sayang takut ke? Heleh. Setakat pertandingan boxing tu apalah sangat. Pejam mata je tau!"
Masya-Allah. Sungguh kamu ini seorang yang bercakap besar. Ish ish ish.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...