Figura di hadapannya dipandang. Pantulan dirinya sendiri. Necktie di leher dibetulkan sedikit sebelum mencapai jam tangan Daniel Wellington kulit berwarna coklat lalu dipakai di pergelangan tangan kirinya. Dia memandang ke arah sisi. "Sayang!" Laung Harris di dalam bilik. Husna yang baru ingin melangkah masuk ke dalam bilik segera meluru ke arah Harris.
"Ya?"
"Abang hari ni balik lewat sikit around 8 or 9 o'clock. Hati-hati okey kat rumah." Pesan Harris lalu menarik Husna merapatinya. Husna mengangguk. Hari ni hari Ahad. Kenapa Harris balik lewat? "Tapi hari ni kan hari Ahad, kenapa abang balik lewat?"
"Ayah nak jumpa abang. Dia kata ada sesuatu nak cakap lepastu abang ada meeting dengan client pukul 8 macam tu." Sekali lagi Husna mengangguk tanda memahami. Necktie Harris diperbetulkan sedikit. Harris hanya memandang perlakuan Husna lalu tersenyum. Comel sungguh muka serius Husna. Dagu Husna didongakkan dan cup.
Husna membuka mata lalu tersenyum. "Gatal."
"Tapi suka juga." Husna mencebik. "Asyik nak menang je." Bahu Harris ditampar perlahan lalu Husna menarik Harris turun ke bawah. Bersiap-sedia untuk makan tengahari. Harris hanya mengikuti sambil tersenyum. Biasalah lelaki, kalau tak menang, tak sah. Nasib baik Husna jenis yang boleh mengalah. Kalau perangai sama macam Harris, harapanlah nak bahagia.
Ikan kerapu tiga rasa, ayam masak kicap bersama sayur campur menjadi menu mereka hari ini. Husna segera mengambil pinggan lalu menyedokkan nasi ke dalam pinggan. Pinggan itu diberi kepada Harris. "Abang nak makan apa? Ayam atau ikan?"
"What do you prefer?" Soal Harris balik. Husna mengangkat kening. "Sayang tanya abang dulu."
"Tapi abang nak tahu jawapan sayang dulu." Harris mengangkat kening tanda dia menang dalam perdebatan kecil ini. Husna membuat muka kerek. Teruk betul Harris ni. "Fine. I want fish."
"Great. I want that too." Husna terus mengambil seekor ikan lalu meletakkan ke atas pinggan Harris. Sayur campur diletakkan di tepi pinggan Harris. Harris pantang kalau tak ada sayur. Mesti ada sayur walaupun itu sekadar timun. Percayalah.
Husna menarik kerusi di sebelah Harris lalu melabuhkan punggungnya. Seperti menu Harris tadi, ikan kerapu tiga rasa dan sayur campur menjadi santapannya pada hari ini. Dia memandang Harris lalu menepuk lengan Harris perlahan. "Doa." Ujar Husna lalu segera menadah tangan. Harris mengangguk dan mula membacakan doa.
"Aamiin."
***
Husna menjengketkan kakinya perlahan-lahan ke arah bilik stor yang Harris tidak membenarkan dia masuk. Setelah Harris pergi pejabat, barulah dia berani nak masuk. Suasana bilik itu tidak berubah sepertimana dia menjejakkan kaki pada pertama kali. Pengcahayaan yang suram, meja yang bersepah dan semestinya dinding itu penuh dengan gambarnya. Husna merapati meja yang berhadapan dengan dinding. Sebuah buku yang tebal diambil lalu dibuka. Masa untuk membaca! Helaian yang keenam dibuka dimana dia berhenti di situ.
Rabu 13.10.2008
Demi menggapai cintamu, aku sanggup mengubah diri. Win kan ayat aku? 😎 Ye aku tahu. Walau apapun, hari ni aku dah ambil satu langkah pertama yang kebanyakan lelaki gengster dan dingin macam aku, tak buat. Kau rasa apa? Confess? Tak. Bagi hadiah? Lagilah tak. Bagi senyuman menawan? Tak perlu. Tanpa senyuman aku pun, dia akan jatuh 😏😎. Hari ni, aku bagi dia surat. Surat perkenalan. Esok aku akan baca surat dia balik.
Khamis 14.10.2008
Orang selalu cakap, jangan over confident tapi nak buat macam mana. Aku memang macam tu. TAGUNA BETUL. INI PERTAMA KALI AKU DAPAT BALASAN SURAT SEPENDEK NI. SEBELUM NI AKU TAK DAPAT BALASAN DARIPADA PEREMPUAN SEBAB PEREMPUAN YANG SELALU BAGI AKU SURAT DAN AKU TAK BALAS TAPI INI?! YA ALLAH. SUNGGUH. SUNGGUH KU TAK MAMPU MENAHAN DUGAAN INI. YA ALLAH. Tak apa, yang penting usaha lagi :') please honey jangan buat bie macam ni :')
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...