#50 (Epilog)

104K 4.1K 858
                                    

Husna menggosok telapak tangannya apabila kesejukan mula dirasai di seluruh tubuh. Walaupun sudah memakai jaket dan baju berlapis-lapis, kesejukan masih terasa. Bibir Husna terketar-ketar dan terasa ingin mulai membeku. Walaupun dia dan Harris berada di Korea pada musim panas, suhunya masih sejuk.

Figura Harris yang berada di hadapan, Husna tarik dan rangkul tangan Harris. Terasa hangat sedikit berbanding tadi, rasa ingin menyorok tubuhnya di dalam jaket Harris pula. "S..sejuk," bergetar nada Husna menunjukkan dia tidak tahan sejuk. Harris tersenyum senget. Dia dah biasa dah dengan cuaca macam ni. Kalau pergi dekat United Kingdom masa musim sejuk, tambahan pula hujan masa tu, memang berganda-ganda sejuknya.

"Nak abang hangatkan ke?" Harris tersenyum nakal sambil merapatkan tubuh mereka. Pinggang Husna dirangkul erat supaya Husna tidak dapat berganjak sedikit pun. Husna memberikan pandangan tajam kepada Harris. Nasib baik suami kalau tidak, memang dia buat drama Korea kat sini. "Jomlah balik," rengek Husna sambil menggoyang-goyangkan tangan Harris. Mata dikedipkan beberapa kali, cuba untuk meraih simpati.

"Sekejaplah. Kita pergi Namsan Tower dulu jom. Lepas tu, kita pergi Itaewon. Kat situ ada banyak makanan tau."

"Okey jom."

Citttt. Cakap pasal makanan laju je Husna ni. Segala kesejukan tadi dibuang daripada tubuh serta-merta. Kali ini, Harris pula ditarik-tarik supaya suruh cepat. Sampai sahaja di Namsan Tower, Husna termengah-mengah kerana terpaksa menaiki anak tangga sebelum sampai di tingkat aktiviti love lock yang selalu dibuat oleh pasangan dari seluruh negara.

Mereka tidak mengikuti jalan hiking semasa ingin ke Namsan Park kerana perjalannya agak jauh. Tambahan pula, keadaan Husna sekarang yang sedang mengandung. Takut jika ada apa-apa terjadi jika berjalan terlalu jauh. Husna dan Harris menggunakan perkhidmatan kabel di mana semuanya dapat dilihat daripada atas.

Husna erat memegang jaket Harris kerana berasa gayat dan kadang-kadang dia akan menyorok di sebalik jaket Harris. Harris tersengih dan menggenggam tangan Husna erat sambil membisikkan sesuatu. "Setinggi-tinggi menara Namsan ni, lagi tinggi cinta Ifhzan Harris kepada Husna Raudhah. Saranghae." Wajah Husna mula berona merah namun mengukirkan senyuman malu. Wajahnya disorokkan sekali lagi di dada Harris membuatkan para pelancong yang berada di dalam kabel tersebut tersenyum memandang mereka berdua.

Setibanya di hadapan Namsan Tower, Harris menarik Husna dan menyuruh Husna menggengam tangannya agar tidak berpisah kerana saat ini ramai orang yang sedang berkunjung di Namsan Tower. Husna hanya menurut, almaklumlah. Husna ni pendek. Kalau hilang nanti, susah pula laki dia nak mencari. Lainlah kalau Harris hilang, sekejap je dapat cari dengan kepalanya macam zirafah tu. Masya Allah.

Di Namsan Tower terdapat restoran, kedai dan muzium. Jika nak pergi ke tingkat lebih atas, bayaran akan dikenakan tetapi tidak pada tempat yang terdapat love lock. Ramai warga tempatan Korea yang menjual mangga dan kunci beserta pen marker mahupun pelekat. Ini semua untuk aktiviti love lock sahaja. Apabila tiba di situ, ramai orang yang sedang bergambar, mengunci mangga bersama pasangan masing-masing. Warga luar negara mahupun warga tempatan memenuhi setiap tempat.

Harris menarik Husna di suatu sudut yang agak menarik jika dipandang dari atas dan mangga bersama kunci yang mereka beli tadi diletakkan di atas palang besi sebelum menulis sesuatu di atasnya. 'There's 1 thing 2 tell you 3 words 4 you, I love you Husna Raudhah, my wife, mom to my kids, grandma to my grandchildren. May we meet at Jannah with our big family :) . Sincerely from, your husband, dad to your kids, grandpa to your grandchildren. 💜'

Husna tersenyum lalu mencium pipi Harris. Leher Harris dirangkul sebelum Harris mendukung Husna. Terkekek-kekek Husna ketawa. "Tak berat ke?" Harris menggeleng. "Tak berat tapi berat sangat!" Pipi Harris ditarik dan digerakkan ke kiri dan ke kanan sebelum dilepaskan. Dada Harris ditepuk perlahan. "Jahat tau," barisan gigi yang rata ditunjukkan oleh Harris.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now