#15

91.4K 4.2K 215
                                    

Matahari yang terik memanaskan permukaan kulit Husna. Dia kini berada di bawah bangunan yang belum siap. Walaupun duduk kat bawah bangunan, gelombang panas masih terasa.

Husna mengelap peluh di dahi lalu berdiri. Dia tak tahan. Dia dah panas. Mata dia sampai berair menahan silau. Dahlah kaca mata hitam dia ada kat kereta. Cis. Kepala tiba-tiba rasa berat. Kalau waktu dia kecil dulu, dia tak aktif sangat dalam kokurikulum. Akademik je dia aktif. Sebab apa? Sebab dia tak tahan panas. Dah berapa kali dia pengsan kat tengah padang. Berapa kali juga hidung dia berdarah. Disebabkan masalah inilah, dia kurang ambil bidang dalam sukan.

Lainlah macam Harris. Aktif dalam sukan namun, malang. Tak aktif langsung dalam akademik. Menyakat perempuan bukan sikap dia walaupun dia budak kelas bawah. Dia lebih suka berbual kotor dengan kawan dia sendiri dan bukan di hadapan gadis. Terutama Husna. Memang taklah. Kau nak mati ke? Lelaki, berbual benda kotor itu normal. Macam kau tak pernah.

Harris yang sedang sibuk berbincang bersama arkitek ditepuk perlahan dari belakang. "Bos, saya nak masuk dalam kereta dulu." Pamit Husna sambil memicit pelipisnya. Harris berhenti berbincang lalu memandang ke arah Husna. "Why?" Dahi dikerutkan. Apalah tak tahu ke crush yang kau minat selama lapan tahun ni tak tahan panas? Tak tahu ke?

"Saya--" tiba-tiba Husna tumbang. Nasib baik Harris sempat menyambutnya. Para pekerja di bawah Harris mula berkerumun. "Puan okey ke bos?" Soal salah seorang pekerja. Harris mengangkat tangannya menunjukkan okey. Badan Husna didukung. "Sambung kerja kamu semua. Saya balik dulu."

Harris terus meluru ke arah keretanya. Tempat duduk Husna dibaringkan. Penghawa dingin diturunkan untuk lebih sejuk. Kenapalah Husna boleh pengsan? Harris membuka sedikit baju Husna untyk membebaskan haba. Kasut dan stoking Husna juga dibuka. Bagus. Sangat menjaga aurat dengan sempurna.

"Sayang, why you can be like this?" Harris berkata sendirian lalu memejamkan matanya. Salah dia. Harris membuka laci kereta lalu mengambil air mineral di belakangnya. Mula untuk mengelap muka Husna. Mana tahu dapat hilangkan haba kan? "Darling, please wake up." Ujar Harris sendirian lagi sambil mengelap wajah Husna. Kepala Husna diusap. Ha, tahu pula kau sayang. Tadi bukan main merajuk.

Harris menuang sedikit air di telapak tangannya lalu merenjis ke muka Husna. Sedikit demi sedikit, Husna mula memberi respon. Harris terus menutup botol tadi lalu mencampakkannya di belakang. "Awak.."

"Yes sayang? Sakit kat mana? Pening ke? Nak muntah? Are you okay now?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Husna mengerutkan dahinya lama lalu dia ketawa. Tubuh Harris ditarik sehingga dia dapat memeluk tubuh suami sah dia. Suami sah okey bukan tunang bukan pakwe. Suami sah. "I'm okay if you were here. By my side as my husband."

Harris tersenyum dalam diam mendengarkan butir bicara daripada Husna. Tetapi, dia hanya berlagak selamba. Kenalah jaga ego yang disimpan kemas sepanjang dia lahir ni bukan?

"Abang.."

"Hm." Sahut Harris tanpa memandang Husna. Harris hanya memerhatikan perbuatan Husna yang sedang bermain dengan jarinya. Macam-macam Husna ni nak ambil hati dia. "Husna minta maaf."

"Hm."

"Husna tak sengaja pun nak cakap macam tu kat abang. Husna tak biasa berkongsi sangat selama ni. Maafkan Husna tau?" Husna mendongak memandang wajah Harris. Perbuatannya dihentikan. Sebenarnya dia nak latih diri jadi perempuan yang manja dan bukannya perempuan yang ganas. Maksudnya, kasar.

Almaklumlah diri ini bukanlah sosial sangat.

"Hm." Hanya itu sahaja balasan Harris dari tadi sampailah sekarang. Husna mencebik. Asyik-asyik hm je. Cubalah bagi ayat yang mampu mencairkan hati wanita dia ni. "Abang ni kan.." Husna menjeling Harris dari tepi. Tangan Harris ditepuk perlahan lalu pelukan dirungkaikan. Tak seronok betul.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now