#41

65.1K 2.9K 331
                                    

"Bos. Ada orang nak jumpa."

Harris menoleh memandang ke arah pintu. Dia memandang personal assisstantnya. "Kau dah ketuk ke belum pintu tu?"

"Dah bos."

"Berapa kali?"

"Lima."

Harris menepuk dahinya. Sah. Sah dia bukan berada di alam realiti tadi. Selalunya, dia akan perasan kalau orang ketuk pintu walaupun sekali. Pendengarannya memang sensitif. "Okey. I'll be in meeting room in 10 minutes."

"Okay boss."

Pintu ditutup rapat kembali. Harris menyandarkan tubuhnya ke kerusinya sambil merenung ke dinding yang berwarna coklat. Fikirannya melayang. Apa yang dia perlu buat supaya Nik tak berjaya masuk ke dalam keluarganya tanpa perlu membuat kerja kotor?

Apa?

"Ingat Harris, kau dah ada isteri sekarang. Bakal jadi ayah. Jadi matang please," kedengaran suara suci terngiang-ngiang membisikkan kata-kata di kotak fikiran Harris. "Kalau Nik masuk dalam keluarga kau, mungkin dia akan rampas Husna daripada kau."

Kali ini, suara jahat mulai kedengaran. Harris menggeleng. Tak. Dia tak akan benarkan itu terjadi! Dia takkan benarkan sesiapa sentuh Husna apatah lagi merampas Husna! Itu tak akan jadi!

Jadi, apa perlu dia buat?

Harris mendegus kasar. Nantilah. Nanti dia akan fikirkan mana cara yang 'terbaik' untuk halang Nik.

Bunuh?

Atau berdamai?

Senyuman sinis terukir.

***

Harris melangkahkan kaki ke arah bilik mesyuarat. Siapalah nak jumpa dia agaknya? Pintu bilik mesyuarat ditolak dan kelihatan sebuah figura sedang duduk di atas kerusi sambil memandang telefonnya. Mulutnya pula terkumat-kamit. Membaca artikel mungkin?

"Ehem." Harris berdehem untuk menarik perhatian figura itu. Ya. Rancangan berjaya. Figura tersebut terus mengangkat wajah dan memandang Harris. Telefonnya kembali disimpan ke dalam kocek seluar. Senyuman ikhlas diberikan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Kau nak apa?"

Dingin sahaja suara Harris. Dia berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar. Figura Nik dipandang dengan tajam. Baru je sebut lelaki ni dalam fikiran tadi. Tengok-tengok dah muncul.

Jodoh ke sia?

Nik menarik nafas. "Aku rasa aku nak explain kat kau apa yang terjadi antara aku dan Husna." Harris tersenyum sinis. Explain? "No need. Aku dah tahu dah pun."

"Tapi kau salah faham. Aku memang betul-betul sukakan Husna tapi itu dulu. Sebelum dia kahwin dengan kau."

Harris mengambil tempat duduk berhadapan dengan Nik. Dia memandang wajah Nik lalu mengangkat kening. "Proceed," kata Harris apabila Nik menghentikan percakapannya sebentar. "Bila aku dah balik Malaysia, aku ingatkan dia masih belum kahwin tapi rupa-rupanya dia dah."

"Dan kau tetap panggil dia taman syurga kan?" Sinis sahaja soalan Harris.

"Ya. Sebab aku dah terbiasa. Aku minta maaf untuk tu. Tapi, aku dah berhenti panggil dia dengan gelaran tu sebab dia sendiri tak suka. Tambahan pula, dia dah ada suami. Jadi, aku ambil keputusan untuk move on daripada dia. Aku harap kau faham."

"Okey. Jadi apa tujuan kau datang sini sebenarnya?"

"Aku nak jelaskan balik kisah lama aku dengan Husna dulu dan sekarang. Aku pun nak minta restu kau." Harris mengangkat kening. Restu apa benda pula? Dia bukannya sesiapa pun buat Nik. Heh.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now