#11

105K 4.6K 270
                                    

Memandangkan semua orang tak nak Husna mati, maka tiadalah Psycho of Love 2 😂😂 yeayy *tepuk tangan*

Sis ni pemalas orangnya 😁

Here you go!!

Selama Husna menjadi isteri sah kepada Ifhzan Harris, selama itu jugalah Husna tidak dibenarkan bercakap dengan lelaki mahupun keluar sesuka hati.

Ya. Rasa seperti dikongkong tapi itulah Ifhzan Harris. Seorang psiko.

Hari ini, sepatutnya Husna berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lamanya ketika di sekolah menengah dahulu. Lapan tahun yang lepas, mereka telah meracang untuk melakukan aktiviti reunion. Namun, hajat Husna tidak kesampaian apabila Harris tidak membenarkan dia pergi.

Rasa sakit?

Ya. Ada. Tapi nak buat macam mana, sebab Harris suami dia.

Bila Harris tak bagi, dia tak akan buat.

Husna menopang dagu sambil melihat siaran televisyen yang memaparkan cerita apa tah. Mungkin drama Melayu. Lelaki kaya,hensem, tinggi, sado, CEO, ada kereta gempak pastu dipaksa kahwin. Ha. Cliche.

Husna sudah tahu apa endingnya. Pasti mereka hidup bahagia dengan anak-anak. Setiap cerita, mesti nak bahagia je sepanjang masa kan? Tapi, Husna sedar. Alam realiti tak seindah drama atau novel.

Buktinya? Harris.

Ahh cakap pasal Harris. Husna mula terkilan. Well, siapa yang tak terkilan kalau suami sendiri tak percayakan isteri? Harris tak bagi Husna pergi aktiviti reunion atas alasan takut classmate Husna suka kat Husna. Mengarut betul! Sepatutnya ini hari yang gembira buatnya. Hari yang dia dapat berjumpa dengan kawan-kawan dia setelah lapan tahun tak bersua muka. Sepatutnya dia pergi tapi!!! Ergh. Malas nak cakap.

Jam dinding dikerling. Dah pukul 8 malam. Lagi sejam reunion tu bermula. Husna mengeluh pendek. Agaknya, apa hikmah dia eh?

Harris masih belum pulang. Entah apa yang ada kat pejabat tu. Sekarang, dia seorang diri kat rumah. Rasa menyampah. Dahlah tinggal sorang-sorang lepastu tak bagi orang keluar. Hello, dia pun ada perasaan okey!

Husna rasa malas nak menghadap televisyen. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk menutup televisyen dan naik ke atas. Belum sempat dia mendaki anak tangga, telefonnya berbunyi. Nombor tak dikenali. Ha! Siapa?

Husna menjawab sahaja panggilan tersebut lalu dia diam sebentar. Kalau lelaki, dia matikan terus. Kalau perempuan, dia akan jawab.

"Assalamualaikum. Ni Husna ke?" Soal pemanggil. Setelah memastikan pemanggil ini perempuan, Husna barulah menjawab.

"Waalaikumsalam. Ya saya. Ni siapa ye?" Soal Husna kembali.

"Ni akulah, Aqila! Ya Allah wey kau lupa aku? Sampai hati."

"Ya Allah! Sorry beb! Ni, macam mana kau dapat nombor aku?"

"Daripada Elly. Ni ha, kau datang tak malam ni? Elly dengan yang lain dah bising dah ni." Husna mengetap bibir. Nak jawab apa? Kalau jawab suami tak izinkan confirm Aqila pelik melainkan Elly bagitahu sebab Elly kan satu pejabat dengan dia. Semua khabar pasal dia, Elly mesti tahu!

"Aku..aku..aku ada hal. Tak pasti boleh pergi ke tak. Kalau aku pergi, aku bagitahu kau. Kalau tak jadi, aku bagitahu juga okey?"

Talian senyap sebentar.

"Sebelum Subuh nanti aku dah nak pergi." Tutur Aqila di hujung talian. Husna tersentak. "Ha? Pergi mana?"

"Italy." Balas Aqila sepatah. Italy bukannya dekat. Jauh tu!

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now