#34

63.4K 3K 166
                                    

Keadaan senyap sepi. Sepertinya tiada penghuni dalam kereta itu. Hanya kedengaran deru penghawa dingin sahaja. Husna memandang ke luar jendela. Otaknya ligat memikirkan kejadian tadi. Kenapa Harris bersikap macam tu?

"Sebab akak isteri tuan muda awak."

"Huh?" Syuhaila kelihatan terpinga-pinga dengan kenyataan Husna. Husna mengangguk sambil tersenyum. "Ya. Akak isteri dia. Dia tak cakap ke?" Syuhaila menggeleng perlahan sebagai balasan. Dush. Memang Husna tiba-tiba sakit hati tetapi dia masih menerbitkan sebuah senyuman.

Harris, sampainya hati awak.

Keadaan mula senyap setelah itu. Syuhaila tidak bertanya apa-apa. Begitu juga dengan Husna. Husna hanya menyedut minuman sambil memandang ke kiri dan kanan. "Syuhaila," panggil Husna. "Ya kak?"

"Sepanjang Syuhaila jadi personal assistant dia nanti, tolong jaga hati masing-masing sebab akak tak nak salah seorang daripada kita tersakiti."

"Apa maksud akak?" Soal Syuhaila kehairanan. Dia mengerutkan dahinya dan bibirnya melepaskan penyedut minuman. "Akak takut kalau--"

"Kalau saya suka tuan muda?"

Heh.

Tahu aje.

Husna mengangguk lemah. Tiba-tiba Syuhaila menepuk dahinya. "Ya Allah akak. Tuan muda tak beritahu ke siapa saya?" Soalan Syuhaila dibalas dengan gelengan. Well, Harris tak beritahu apa-apa pun kat Husna. Yang dia tahu, dingin dingin dingin. Menyampah.

"Akak. Saya ni dah kahwinlah. Saya kahwin dengan sepupu Harris, Zamri."
"Oh." Malu duh. HAHAHAHAHAHAHA. Husna tersenyum malu lalu dia kembali menyedut airnya. Syuhaila pula sudah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menahan ketawa. Kelakar sungguh. Mesti Husna ingat dia ni perampas atau orang ketiga. Gila. Tak nak dia.

Macamlah dia tak tahu yang Harris ni bahaya. Heh. Tak nak bersuamikan macam Harris even Harris lagi berjaya daripada suaminya, Zamri. "Saya kerja sebagai personal assistant bagi pihak Harris sebab Harris yang minta. Kebetulan, Harris memang perlukan P.A sekarang ni. Jadi, saya tolong jelah."

"Oh. Macam tu," Husna mengangguk faham. Malunya masih lagi tidak hilang. Entah bagaimana dia hendak memberi reaksi. "Maaflah saya terpaksa berlakon tadi. Saya cuma jalankan arahan 'tuan muda'," senyuman berupakan sengihan diberikan. Perkataan 'tuan muda' sengaja ditekankan. Heleh. Tuan muda konon.

Acah sangat.

Acah nak jadi tuan muda ala-ala jepun tu.

Husna ketawa kecil. Baru senang hati dia. Kalau tak, memang dia nak badmood dengan Harris. Tapi, tak jadi. Tapi, dia pelik. Kenapa Harris nak sorokkan perkara ni? Sengaja buat dia jealous ke apa? Heh.

Okey, dia memang jealous.

Pfft.

Soalan itu dibiarkan tertimbus di dalam hati. Biarlah suatu hari nanti bila hubungan dia dan Harris kembali baik, baru dia akan bertanya.

"Hey. Turun lah! Kau pekak ke apa?" Pekikan di telinga Husna mematikan lamunannya. Dia pantas memalingkan wajah ke arah Harris. Memang bengis muka Harris. Husna senyap lalu dia menggumam perkataan "Sorry."

Husna keluar dari kereta dan memandang sekeliling. Hey ni bukan rumah diaorang. Mana ni? "Awak, kita kat--"

"Shh. Diam. Kau jangan nak tanya apa-apa." Lalu, Husna ditinggalkan begitu sahaja di situ. Husna mengerutkan dahinya sambil memandang sekeliling. Rumah ni macam rumah berhantu je. Tak ada apa-apa pun. Macam rumah bagi lokasi khas tempat pembunuhan, penderaan dan--

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now