#45

54.7K 3.8K 231
                                    

Husna dan Harris masih berpusing di sekitar Avenue K. Mereka melihat banyak sangat kedai dan restoran. Yang pasti, harga bukan mampu milik buat Husna. Okey tipu. Husna kan dah kaya sekarang sebab Harris kaya. Jadi,tak ada masalah pun.

"Abang. Sayang lapar. Jom cari makanan," pinta Husna sambil menggoncangkan lengan Harris. Harris mengangguk-angguk lalu menaikkan semula kameranya. "Okey semua. Kami nak pergi makan dulu. Mungkin kami akan makan kat KLCC sebab kat sana banyak pilihan plus, aku nak makan nasi sekarang."

Kamera diletakkan di bawah kembali dan sekali lagi lantai menjadi pandangan. Mereka menuju ke tingkat bawah di mana tangga untuk menuju ke Suria KLCC disediakan. "Sayang! Welcome to Suria KLCC!" Husna bersorak sambil menepuk tangan apabila mereka sudah sampai di hadapan Suria KLCC. Saat ini, mereka terjumpa ramai kaum dan bangsa. Husna menjadi teruja. Lalu, dia mengeluarkan telefonnya.

Beberapa keping gambar diambil untuk dijadikan kenangan. Setelah puas, dia meletakkan kembali telefonnya ke dalam beg tangan dan tangan Harris dirangkul kembali. "Jomlah masuk," Husna segera menarik Harris untuk melangkahkan kaki ke dalam Suria KLCC. Saat mereka ingin masuk, kereta Mercedez Benz lalu di hadapan mereka. Langkah Husna terhenti.

"Lawanya kereta tu.." puji Husna perlahan. Harris turut memandang kereta tersebut. Mercedez je pun. Harris punya Audi kot. Harris sekadar menggeleng. Saat kereta Mercedez itu sudah pergi, mereka melintas. Rupanya, kereta Mercedez itu berhenti tepat di pintu utama Suria KLCC. Tak sangka, orang yang berada di dalam kereta tersebut ialah orang Cina dan mereka mempunyai driver.

Kayanya!

Husna terkedu. Apabila dia dan Harris berjalan bersama orang kaya tadi, dia berasa kerdil. Huhu. Tak sangka aye berjalan dengan orang kayo. Sedari Husna yang hanya mendiamkan diri, Harris segera menarik Husna menjauhi orang kaya tersebut. "Kenapa ni?" Pertanyaan Harris menyentakkan Husna. Husna terus mendongak memandang Harris lalu menggeleng perlahan.

"Sayang rasa kerdil ke dengan orang kaya macam tu?" Husna mengangguk. Macam mana Harris tahu? Fuh. Hebat juga Harris ni. "Tak payahlah nak kerdil sangat. Abang pun mampu nak beli Mercedez dengan hire driver tapi aku tak nak sebab membazir je. Selagi abang ada kaki, biarlah abang jadi driver sayang."

Ha sudah. Ayat manis dari abang manis sudah keluar. Husna lantas tersenyum lalu rangkulan dieeratkan. Mereka berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah itu. Banyak kedai yang menjual barang berjenama seperti Louis Vilton, Adidas, Gucci dan macam-macam lagilah. Ternganga mulut Husna apabila melihat harga sehelai baju paling murah RM50. Fuh. Gila.

Husna sekadar melilaukan matanya di pusat membeli-belah tersebut. Semua orang yang berada di dalam menara ini sepertinya bergerak dengan pantas. Tak sangka orang yang berkulit putih pun bekerja kat sini. Wah, terbaik! Kadang-kadang, Harris akan membawa Husna naik ke atas dan berjalan di setiap tingkat. Apabila sudah berjalan, mereka naik lagi.

Semasa mereka sedang berjalan, Husna ternampak benda seperti sangkar tergantung. Husna terpaku. Subhanallah. Lawanya. "Abang. Berhenti jap. Tolong tangkapkan gambar sayang kat sini. Nampakkan sangkar atas ni sekali tau." Telefon dihulurkan kepada Harris. Husna sudah bersiap sedia berdiri sementara menunggu orang lalu lalang. Terasa malu pun ada juga.

Klik! Gambar ditangkap. Husna tersenyum lalu berjalan terkedek-kedek mendapatkan Harris. Skrin telefon ditengok. "Wah lawanya. Pandai abang tangkap gambar," puji Husna sambil matanya masih ralit memandang gambarnya. Lawa gila. Harris layak jadi jurugambar professional.

Semasa mereka sedang berjalan, sudah semestinya banya mata-mata yang sedang memandang. Yelah. Macam mana tak pandang kalau sepasang kekasih di mana wanita itu berada di paras bahu sang lelaki dan lelaki pula mempunyai tubuh seperti seorang model? Lagi-lagi dengan perlakuan Husna yang tak pernah leraikan rangkulan. Memang jadi buruan mata orang ramailah. Fuh. Sweet sweet.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now