#30

74.9K 3.2K 469
                                    

Harris memandang wajah doktor di hadapannya. "Macam mana boleh jadi doktor?" Soalnya pelik. Bukan amnesia ni berlaku apabila kepala terhentak dekat sesuatu ke? Dia bukan hentak kepala Husna pun cuma tarik rambut je. Tu pun boleh jadi ke?

"Puan Husna dah banyak kali mengalami hentakan di bahagian kepala. Pada mulanya, ia tidak memberi kesan sangat tapi apabila kena berulang kali, ia mula memberi kesan dan hentakan kali ini memberi kesan."

"Saya nak tanya, Puan Husna macam mana boleh jadi macam tu? Lebam kat badan, tak bermaya, pengsan. Kenapa?" Sambung doktor itu lagi dengan persoalan.

Harris terkedu dengan soalan itu namun dia cuma menunjukkan riak selamba dan tenang. "Dia terjatuh dekat bilik air. Waktu I balik I dah nampak dia pengsan. So, I bawa dia ke hospital cepat-cepat. Tapi tak sangka, macam ni pula boleh jadi." Harris memang pandai berlakon. Berkata seolah-olah dia tidak bersalah langsung.

Doktor itu mengangguk lalu dia mencapai sehelai kertas di sisinya. Mata pen dibuka. Dia menulis sesuatu di atas kertas itu. "Give this to the nurse at pharmacy. She will give you what you need," kertas tadi diberikan kepada Harris. Harris mengambilnya lalu berdiri. "Okey. Thanks doctor."

"You are welcome."

Harris segera keluar dan berlalu ke farmasi seperti yang dikatakan oleh doktor tadi. "Nurse," kertas tadi dihulurkan kepada jururawat yang bertugas. Sementara dia menunggu jururawat itu memberikan ubat yang sepatutnya, Harris memandang sekeliling. Ada yang sedang menunggu giliran, menunggu seseorang dan ada yang tidur?

Keh.

Benda normal.

"Encik, ni ubatnya. Semuanya RM80.60." Harris memberikan sehelai not kertas berwarna ungu. Apabila dia mendapat baki, dia terus berlalu ke wad Husna. Dia sebenarnya belum lagi melihat Husna kerana doktor tadi beritahu dia bahawa Husna belum bersiap-sedia nak jumpa Harris lagi.

Harris mengintai sedikit dari tingkap kecil. Dia melihat sebuah susuk tubuh sedang berselimut. Tutup semuanya. Entah kenapa. Harris menguak pintu dan perlahan-lahan dia melangkah masuk. Dia meletakkan plastik yang berisi ubat-ubatan tadi di atas meja. Susuk tubuh Husna dipandang.

"Sayang," panggil Harris perlahan. Selimut yang membaluti tubuh Husna ditarik perlahan-lahan namun selimut itu ditarik dari arah bertentangan. "Sayang, janganlah macam ni. Ni suami sayang, Harris." Harris cuba memujuk Husna lalu selimut berwarna putih itu ditarik lagi.

"Jangan ganggu saya!" Bentak Husna sambil menarik kembali selimut itu dan menyelubung keseluruhan badannya. Tiada apa yang nampak. "Hey, kenapa ni? Abang ada buat salah ke?" Kerusi di sebelah Husna ditarik dan Harris melabuhkan punggungnya di situ. Dia tidak mahu bermain tarik selimut dengan Husna kali ni.

Soalan Harris dibiar sepi. Husna langsung tidak menjawab. "Sayang, cakaplah. Apa salah abang?" Soal Harris lagi tanpa putus asa. Susuk tubuh yang seratus peratus dibaluti dengan selimut putih itu dipandang dari jauh. Tanpa sedar, keluhan meniti di bibirnya.

"Saya tak nak jumpa encik. Sila keluar," Husna berkata dengan dingin namun dia masih tidak menunjukkan wajahnya. Mungkin kerana dia tidak berada dalam keadaan yang baik? Maksudnya, diri dia? "Tapi kenapa? Abang ada buat salah ke? Abang ni suami Husna. Ifhzan Harris."

"Saya tak percaya. Kalau encik betul-betul suami saya, saya takkan ada kat hospital ni."

Entah mengapa jawapan Husna kali ni sangat menyentapkan hatinya. Memang benar apa yang Husna katakan. Kalau betul-betul diri dia ni adalah seorang suami kepada Husna, Husna takkan tersakiti. Langsung tidak.

"Kemalangan tak boleh dijangka sayang. Are you put the blame on me for the reason you're here?"

Husna mengeluarkan kepalanya dan menoleh melihat Harris. Dia menganggukkan kepalanya. "Dengan memori yang saya ada, saya tak percayakan encik. Saya tahu, sebab enciklah saya ada kat sini." Wah. Harris memang tersentak dengan percakapan Husna. Sangat-sangat tersentak. Dia sekarang menjadi semakin berani dan tidak berselindung lagi.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now