Husna mendiamkan diri. Dia meramas-ramas jari-jemarinya. Dia menunduk dari tadi sehingga sekarang. Langsung tak berani nak bertentang mata dengan Harris. Harris menyandarkan badannya di kerusi sambil memeluk tubuh. Figura Husna yang berada di hadapan dipandang. "Kenapa tak tunggu abang tadi?" soal Harris memecahkan suasana. Tegas saja suara Harris kedengaran.
Husna diam tidak berkutik. Rasa menyesal tak lunch dengan Harris. Serius! "Aku tanya, jawab!!" Herdik Harris lalu memukul meja makan. Orang yang berada di sekeliling Husna dan Harris menoleh ke arah mereka. Husna tunduk. Dia malu! Tak tahu kenapa hati dia terusik dengan herdikan Harris tadi dicampur pula di depan umum. Ini tak boleh diterima!
"Husna nak balik." Husna berkata dengan nada yang perlahan. Dia tak nak air matanya menitis di sini. Di hadapan khalayak orang ramai. Harris tersenyum sinis. "Balik? Balik kau cakap?!" Herdik Harris sekali lagi. Kali ini dia memejamkan matanya menahan amarah. "Aku tunggu kau sejam kat bawah bangunan tu dengan panas teriknya lepastu kau cakap kau nak balik?! Woi perempuan kau ni jenis betina macam mana eh?! Aku tak fahamlah dengan kau!"
Husna terus mendongakkan wajahnya. Matanya mula berkaca-kaca. Hati dia sakit. Sakit teramat. Tanpa membalas ucapan 'sopan' Harris, Husna terus meninggalkan restoran tersebut. Dia mengelap air matanya yang mulai turun. Sabar Husna, sabar. Tak ada guna bergaduh dengan orang macam Harris tu. Tak ada guna.
Harris meraup wajahnya. Dia nampak. Nampak yang mata Husna berkaca. Dia tahu. Dia tahu Husna pasti akan nangis. Rambut dikuak kasar ke belakang. Not 50 diletakkan di atas meja lalu dia berlari mengejar Husna. Mata Husna menggambarkan yang Husna sedih. Dia takkan benarkan Husna menangis!
"Husna! Husna!" Jerit Harris sambil mengejar Husna. Husna terus berjalan dengan pantas. Skirtnya yang labuh menyekat tindakannya. Dia mampu melangkah setakat yang mampu. "Husna." Lengan Husna dicengkal. Dengan kasar, Husna menepis lalu meneruskan perjalanannya. Pengajaran hari ini, kalau Harris ajak keluar, jangan tolak.
"Husna abang." Lengan Husna dicengkal lagi. Husna menepis. Dia mengesat air mata yang masih berbaki. Tiba-tiba langkahnya berhenti apabila Harris berada di depannya. Husna memandang wajah Harris. "Apa?" Soal Husna dengan nada yang mendatar. Matanya memandang Harris dengan penuh rasa marah. Tak patut Harris buat dia sebegitu.
Tangan Husna ditarik dan serta-merta badan Husna terdorong menghampiri Harris. "I'm sorry. I don't meant it." Ucap Harris lalu mengusap kepala Husna yang dibaluti tudung Pashmina berwarna hitam. Husna mengelak sedikit. "Senior tak patut buat saya macam tu depan khalayak ramai. Saya masih ada maruah." Nada Husna kedengaran kendur sedikit. Dia memandang mata hitam Harris. Harris sungguh kacak namun, dia gila. Tak seperti lelaki normal.
Harris mengeluh. Dia memegang kedua-dua lengan Husna. "Okey. Husna kata abang tak patut buat Husna macam tu tapi kenapa Husna buat abang menunggu Husna? Husna dah dapat kan pesanan daripada abang? Jadi, kenapa Husna tak tunggu abang?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Harris. Husna senyap. Wajahnya ditunduk. Okey, dia ngaku dia salah. Tapi, takkan sebab tu Harris balas dia macam sampai macam tu sekali? Ataupun memang patut pun?
"Husna minta maaf." Pohon Husna dengan nada yang perlahan. Cukup didengari oleh mereka berdua. Panas terik di luar bangunan IH Sdn.Bhd tidak menjadi penghalang. Harris tersenyum lalu mengusap kepala Husna. Kalau boleh, ingin sahaja dia memeluk tubuh gadis di hadapannya. Namun dia tahu, dia belum layak lagi. Dia cuma perlukan masa dan tak lama lagi, Husna akan menjadi miliknya.
"Abang maafkan. Abang pun minta maaf."
Husna mendongak. "Janji tak malukan Husna lagi macam tu depan orang ramai?" Harris mengangguk. "Janji sayang." Husna tersenyum kecil. Kalau Harris dah berjanji, Harris pasti tak akan mungkiri. Buktinya, Harris cari dia dan buat semua syarat dia beri.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...