Bunyi kanak-kanak menjerit kegembiraan menambahkan lagi suasana funfair pada malam itu. Harris yang masih berumur lima tahun melompat kegembiraan. Oh yes, akhirnya dia dapat pergi funfair juga!
Hari ni, dia dapat pergi funfair atas pencapaiannya dalam peperiksaan akhir tahun. Dia juara dalam kelas yang mempunyai 35 anak murid. Harris memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari orang yang disayanginya.
"Atok, nenek. Ih (is) nak naik oller oster (roller coaster) oley? (Boleh?)" Saat tangan kecil Harris memegang tangan atuknya, Tan Sri Irwan dan neneknya, Datin Normah, mukanya didongakkan memandang kedua-dua insan yang paling dia rapat setelah mama dan ayahnya.
Tan Sri Irwan tersenyum. Begitu juga dengan Datin Normah. Kedua-duanya memandang Harris. "Tak boleh sayang. Roller coaster tu bahaya untuk budak comel macam Is ni. Kita main benda lain nak?" Harris mendiamkan diri kerana dia sedang berfikir. Matanya juga ligat memandang ke tempat lain. Cuba mencari permainan yang lebih seronok.
Harris mengangguk. "Nak tu. Yang ada ola (bola) dalam tu," jari kecilnya menunding ke arah satu sangkar kecil yang mempunyai pelbagai bola. Ada yang bersaiz besar, sederhana dan kecil. Hanya kanak-kanak yang ada di dalam sangkar itu.
"Ha. Yang tu boleh. Jom." Kali ini, kedua-dua tangan Harris dipimpin oleh Datin Normah dan juga Tan Sri Irwan. Kedua-duanya melangkahkan kaki ke sangkar itu. Setelah mendapat kebenaran, Harris masuk dan bermain bersama anak-anak kecil yang lain. Dia kelihatan sangat gembira.
Keadaan seperti biasa. Masih meriah seperti tadi. Datin Normah dan Tan Sri Irwan memandang Harris sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Harris. Harris membalasnya dengan senyuman dan lompatan. Sungguh bahagia. Hari ini, hanya atok dan nenek Harris yang menjaganya kerana mereka ingin meluangkan lebih banyak masa kepada anak tunggal ini.
Bahagia memang terasa namun hanya sekejap. Malang tidak berbau apabila salah seorang pemain sarkas yang meniupkan api, tertiup pada sangkar tempat permainan Harris. Pada awalnya, api tidak marak dan tiada siapa yang menyedarinya sehinggalah api tersebut menjilat kain yang menutupi sebahagian sangkar permainan.
Harris terpegun melihat api itu yang disangkakan bunga api. Dia menepuk-nepuk tangannya berkali-kali. "Atok, nenek. Unga (bunga) api! Antiknya (cantiknya)!" Dia melompat-lompat bersama-sama anak-anak kecil yang berada di dalam. Masing-masing menunjukkan perasaan gembira. Gembira berjumpa dengan api.
Datin Normah dan Tan Sri Irwan segera memandang api yang dimaksudkan oleh Harris. Apabila mereka tahu api itu akan menyebabkan kebakaran besar dan kecederaan, terus mereka memberitahu pihak utama yang menjaga funfair tersebut.
"Encik, cepat encik. Padam sekarang encik! Cucu kami dengan budak-budak lain ada kat dalam!"
"Baiklah encik, puan. Kebakaran tu di mana?"
"Sana!" Jari ditunding ke arah api yang semakin marak. Melihatkan keadaan itu, Datin Normah terus berlari mendapatkan Harris. "Encik cepat keluarkan semua budak dalam tu! Cucu saya ada kat dalam! Encik, cepat!" Datin Normah mendesak penjaga yang bertugas. Hatinya tidak berasa tenang. Suaminya, Tan Sri Irwan sudah lama ditinggalkan bersama petugas utama tadi. Dia harus selamatkan Harris, cucu dia!
Satu per satu anak kecil dikeluarkan. Datin Normah turut membantu mengeluarkan mereka dengan harapan Harris juga turut cepat dikeluarkan. Api di belakang semakin marak dan giat menjilat benda-benda yang ada di sekeliling sangkar itu. Tambahan pula kain dan plastik yang sememangnya menjadi hiasan dan permainan dalam sangkar ini.
"Ya Allah, kau selamatkanlah Harris, cucu aku." Datin Normah berdoa sambil mencari kelibat Harris. Di mana Harris? Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan Ya Allah. "Awak, Is mana?" Soal Tan Sri Irwan. Beliau datang bersama pihak utama funfair.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...