⚠ Warning! Content 15+ Scene! ⚠
⚠ For those who is UNDEARAGE. PLEASE DO NOT READ! ⚠
Kelihatan sebuah kereta Alfat berwarna hitam berhenti tepat di hadapan SMK Sri Angsana. Harris yang duduk di bahagian penumpang keluar. Hari ini, keputusan SPM bakal keluar. Dia yakin bahawa dia dapat straight A's. Semua pelajar junior dan seumur dengannya memandang Harris yang memakai baju Tshirt Playboy berwarna hijau dan berseluar jean hitam dengan penuh kagum. Sungguh simple namun sangat bergaya.
Setelah menemui guru kelasnya di dewan, dia segera berlari anak-anak menuju ke kelas 4Akaun di mana Husna berada. Apabila sampai sahaja di sana, semua memandangnya dengan pelik terutama rakan-rakan Husna. "Husna mana?" soal Harris sambil memandang wajah satu per satu para pelajar yang berada di kelas tersebut.
"Dia dah pindah." Jawab salah seorang pelajar. Harris terkedu. Husna dah pindah? Pindah tanpa memberitahunya? Harris mengangguk lalu terus berlalu. Tong sampah yang berada di sebelahnya disepak sehingga sampah jatuh bertaburan. Harris mendengus geram. Tangannya menggepal penumbuk. Tak guna!!
Harris terus keluar daripada kawasan sekolah. Dia memasuki kereta Alfat berwarna hitam tadi. "Jalan." Arah Harris. Pemandu tersebut mengangguk lalu kereta Alfat laju meninggalkan perkarangan sekolah.
***
"Tahniah Harris! Papa bangga dengan kamu!" Ucap papa Harris iaitu Dato Irsyad Hafiz kepada anaknya, Ifhzan Harris. Harris tersenyum kecil. Dia buat semua ni bukan untuk papa, datuk dia mahupan diri dia sendiri. Tapi dia buat semua ni untuk Husna Raudhah.
Ya. Dia berjaya menjadi CEO seawal umur 24 tahun kerana dia berjaya membuktikan dan menyakinkan datuknya, Irwan Hamdan untuk mengambil alih syarikat ini. Ya. Syarikat yang sepatutnya diambil alih papa dia menjadi miliknya. Pada waktu papanya muda, papanya tidak dapat menyakinkan dan membuktikan kepada datuknya bahawa papanya layak mengambil alih syarikat ini. Tapi, Harris berjaya. Oleh itu, datuknya menyerahkan syarikat ini sepenuhnya kepada Harris.
Harris tersenyum sinis. Nampaknya segala syarat yang diberikan oleh Husna telah berjaya dilangsaikan. Lepas ni, jika dia nampak Husna lagi, dia yakin yang dia akan memiliki Husna dari segi luar dan dalam. Faham kan?
***
Pertemuan di Shopping Mall menyebelahi nasib Harris. Tak sangka. Gadis yang dia gila-gilakan selama ini berada di hadapannya. Harris terus meluru ke arah Husna. "Husna.." panggil Harris dengan nada yang meleret. Mukanya menggambarkan bahawa dia sekarang sungguh bahagia. Bahagia kerana dapat berjumpa dengan Husna.
Husna kaku. Kepalanya didongakkan memandang empunya suara. Ah, Harris! Husna tidak menjawab sahutan Harris malah kakinya dilangkahkan untuk menjauhi Harris. Dia tak nak dekati Harris lagi. Cukuplah peristiwa semasa dia Tingkatan 4. Peristiwa itu telah menggambarkan bahawa Harris adalah seorang psiko!
"Husna." Panggil Harris lagi. Langkahnya semakin dipercepatkan untuk mengejar separuh jiwanya. Namun, semakin cepat dia mengejar Husna, semakin tangkas lagi Husna menjauhkan diri daripadanya. "Husna sayang." Lengan Husna dicengkal. Terdorong badan Husna ke belakang dibuatnya. Husna membulatkan matanya. Terkejut!
Husna memandang ke kiri dan kanan. Kelihatan ada beberapa pasang mata memandang mereka. Husna mengetap gigi lalu menunduk. Dia malu! "Husna. Kenapa Husna tinggalkan abang? Husna tak sayangkan abang ke?" Harris menyoal Husna sambil memandang anak mata Husna. Cuba mencari cinta untuknya. Husna senyap. Otaknya diperah untuk mengeluarkan kata-kata. Namun, tiada sepatah perkataan pun yang terhasil.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...