"Welcome home honey," ujar Harris lalu melebarkan tangannya. Seperti gaya Titanic. Husna hanya tersenyum melihat perlakuan Harris lalu dia memerhatikan sekelilingnya. Jujur. Ini pertama kali dia melihat rumah sebesar dan seindah ini. Mungkin tidak setaraf dengan rumah-rumah dalam rancangan Unreal Estate. Tapi, ini sudah cukup bagi dia.
Harris menarik tangan Husna untuk berjalan ke arah setiap tempat di rumah itu. Seperti pertama kali mereka masuk ke rumah ini. "This is our favourite part. Our room," Harris memandang Husna lalu senyum dengan cara yang amat menggoda. Matanya menikam lembut mata Husna. Husna hanya tersengih lalu melarikan pandangan. Tinja.
"Awak, saya nak mandi, solat lepastu tidur boleh? Ke awak nak makan dulu?"
"It's okay. Abang boleh masak maggi. Sayang tidurlah dulu. Nanti, abang kejutkan." Husna mengangguk. Dia mencapai begnya dan mengeluarkan baju yang dia ada setakat ini. Dia belum tahu lagi bahawa di dalam bilik dia dan Harris, masih ada banyak lagi baju. "Sayang, baju sayang ada dalam almari tu."
Husna menoleh memandang almari yang dimaksudkan Harris. Oh. Ini ke almari mereka? Husna mengangguk lalu membuka almari itu. Subhanallah. Besarnya. "Abang turun dulu. Rehat secukupnya ya sayang," ujar Harris lalu merangkul pinggang Husna. Ubun-ubun Husna dikucup sebelum dia menerbitkan sebuah senyuman.
Apabila pintu ditutup rapat, Husna termenung sendiri. Kenapa jantung dia berasa berdebar-debar? Kenapa dia rasa yang dia teramat sayangkan Harris? Tangan dibawa ke dada sebelah kiri. Degupan jantung yang pantas itu dapat dirasai. Nampaknya, dia memang betul-betul sudah jatuh cinta dengan Harris.
***
Harris P.O.V
Aku melangkahkan kaki ke arah dapur. Sebuah gelas kaca aku ambil lalu aku letakkan di sinki. Air itu aku minum dengan rakus sebelum aku menambah untuk kali kedua. Mangkuk yang telah diisi dengan mi, air dan perencah aku letak dalam ketuhar. Sekejap je aku dapat makan maggi.
Sementara tu, aku berfikir mengenai Husna. Cincin yang terletak di tanganku aku belek sebentar. Tak sangka memang Husna dah jadi milikku dan apa yang aku usahakan selama ni tak sia-sia. Cuma, aku perlu pastikan yang dia jadi milikku buat selamanya.
Cakap pasal ni, aku sebenarnya semakin tertanya-tanya. Kenapa Husna boleh jadi amnesia begitu cepat? Macam aku tak belajar sains dengan biologi semasa sekolah dulu. Aku belajar tau tapi itulah. Aku pelik. Ini memang dah takdir Husna atau Husna sengaja merekakannya?
Kalau aku dapat tahu Husna sengaja merekakannya, memang nahas Husna. Aku takkan lepaskan Husna macam tu je. Sebab aku tahu, kalau Husna sengaja berbuat demikian, maknanya Husna nak menjauhkan diri daripada aku.
Ting!
Bunyi ketuhar mematikan lamunan aku. Aku segera mencapai chopstick dan sudu. Masa untuk makan tapi masa untuk makan bagi aku sebenarnya bukan ini. Tapi, makan orang.
***
Nik memandang bangunan di hadapannya. Tulisan "Rumah Anak Yatim D.I.H" menyapa pemandangan Nik. "D.I.H? Apa tu?" Soalnya sendirian sebelum melangkahkan kakinya melepasi pagar besar bangunan itu. Dia membuka cermin mata hitamnya dan disangkutkan ke baju tshirt nya. Hari ini dia tidak bekerja. Okey, tipu. Dia bekerja tapi dia turun ke padang untuk berjumpa dengan ayah Harris.
"Assalamualaikum pak cik," Nik menegur salah seorang guard yang berada di situ. Senyuman menghiasi bibirnya yang comel itu. "Waalaikumsalam. Ya encik? Boleh saya bantu?"
"Saya Nik Mikail. Saya datang nak berjumpa dengan Tan Sri Irwan," Pengawal keselamatan itu mengangguk sebelum dia masuk ke dalam pondok pengawal dan memeriksa nama Nik di dalam buku catatan. Rupanya, di dalam buku itu sudah tertulis nama-nama orang yang mempunyai appointment dengan tan sri hari ni.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...