#12

95.9K 4.8K 648
                                    

Harris cuma memerhatikan gelagat isterinya yang sedang seronok berbual-bual. Siap bertepuk tampar lagi. Perkataan 'kan' mesti wajib keluar. Entah apa pahala yang diaorang dapat kalau guna perkataan 'kan' tu. Harris hanya mengasingkan diri di majlis ini. Semua kawan Husna berbual sesama sendiri. Bukan diaorang tak ajak Harris tapi, itulah. Harris bukannya suka bercampur sangat pun.

Husna masih seronok di dunia dia. Masa berlalu pun dia tak sedar sehinggalah Harris menepuk bahunya. Harris mengangkat kening sebagai tanda kita-patut-balik-sekarang. Husna yang memahaminya mengangguk lalu bangun. Mereka semua terkejut dengan perbuatan Husna.

"Kau nak pergi mana?" Soal Aqila yang berada di sampingnya dari tadi. Husna senyum. "Sorry semua. Aku kena balik. Dah malam ni." Jam tangan Daniel Wellington couple set dipandang. Jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Hampir menginjak jam 11. Semua membuat memek muka sedih dan ada yang ber'alaa' sebanyak enam harakat. Biasalah tu.

"I'll wait at car." Bisik Harris lalu pergi meninggalkan Husna. Yang lain hanya mampu menghantar pemergian Harris dengan mata. Pandangan Aqila terus tertancap pada susuk tubuh Husna. Dia bakal merindui Husna sepanjang di Italy nanti. Sebenarnya, dia dan Husna satu kumpulan bersama Elly. Ketiga-tiga mereka bersama-sama dari tingkatan satu hingga tiga namun, apabila menginjak ke tingkatan empat, masing-masing terpisah.

Aqila mengambil jurusan lukisan kejuruteraan, Elly mengambil jurusan kewangan dan perakaunan manakala Husna mengambil jurusan ekonomi dan perniagaan.

"Aku balik dulu ya semua. Thanks for this night. Aku happy sangat tengok korang semua dah berjaya. Dah ada kerjaya sendiri. Walaupun gaji tak besar, tapi cukuplah rezeki korang ni halal dan berkat. In shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan korang pada masa akan datang."

"Aamiin."

"In shaa Allah."

Husna senyum lalu bersalam-salaman dengan rakan sejantina dengannya. Dengan rakan yang lain jantina, Husna cuma melambaikan tangan sebagai tanda perpisahan. Ada jodoh, jumpa lagi. Tiba sahaja di hadapan Aqila, Aqila terus memeluk tubuh Husna dengan erat.

"Thanks babe because you always with me in sweet and sour moment. I love you so much my bestie. Doakan yang terbaik untuk aku kat sana tau. I'll miss you so much Husna. I'll." Ujar Aqila bersama sedu-sedan. Menangislah tu. Yelah, siapa je tak menangis kalau nak pindah kan. Mungkin ada. Siapa?

Hati kering.

Husna cuma mampu tersenyum lalu melepaskan pelukan. Pipi Aqila dilap. "Apa nangis ni. Tak cantik dah. Aku tahu kau kuat Aqila. In shaa Allah, aku doakan yang terbaik untuk kau. Untuk kita semua. Kau kat sana belajar elok-elok. Bawa imej Islam baik-baik. Aku nak kau datang sini bawa segulung ijazah sarjana muda dari Italy faham? Aku yakin kau boleh buat Aqila. Aku yakin."

Sekali lagi, tubuh Husna ditarik. "Thanks Husna. Thanks."

"You're welcome bestie."

***

Gambar-gambar selfie di telefon ditatap dengan senyuman. Manis betul suasana tadi. Tapi, suasana tu tak akan berkekalan buat selamanya sebab yang tinggal cuma memori. Memori manis. Husna tergelak apabila melihat muka hodoh dia bersama-sama rakan-rakan yang lain. Mereka memang dah berpakat untuk buat muka hodoh. Tak sangka terlalu hodoh pula jadinya.

Harris yang baru keluar dari bilik air hanya memerhatikan Husna yang seronok gelak. Entah apa yang lucu pun dia tak tahu. Harris mematikan suis lampu dan menghempaskan tubuh lampainya di atas katil. Nikmat betul.

Apabila merasakan gegaran di sebelah timur, Husna terus menoleh. Harris nak tidur. Mesti penat. Kesian. Husna mematikan telefonnya lalu segera merapati Harris. Tubuh Harris dipeluk seperti memeluk bantal peluk. Tahulah kan? Husna memandang wajah Harris dari sisi yang berjarak 2 sentimeter daripada wajahnya. Ya Allah, sungguh sempurna ciptaanMu.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now