Bayangkan gambar atas tu Harris. Dengan suitnya Masya Allah. Imanku gugur nak.
Credit to syahirahkmrjs for this beautiful pic HAHAHAHAHAHA.
Tugasan di syarikat semakin banyak dan semakin mencabar buat Harris dan para pekerjanya. Manakan tidak apabila nama syarikat Harris iaitu IH Sdn.Bhd. sedang memuncak di negara Singapura dalam membina sebuah kondominium yang bernilai lebih daripada RM1 juta unit jika dibandingkan dengan harga Malaysia biasa.
Harris sememangnya setiap hari dia akan pulang lewat dan kadang-kadang, pada hari Ahad, dia akan pergi ke kerja. Begitu juga dengan para pekerjanya yang menjadi orang penting dalam menjayakan projek yang besar. Ada juga ketika di mana Harris tidak pulang ke rumah dan tidur di pejabat akibat kerja yang terlampau banyak. Harris memang harus segera menyiapkan kerja ini sebelum mengambil cuti untuk menunggu Husna bersalin dan berpantang.
Pelipis kiri dan kanan dipicit perlahan sebelum dia menutup mata,cuba untuk berehat sebentar walaupun dia tahu dia takkan terehat. Indahnya jika saat ini Husna berada di belakangnya, sedang memicit kepalanya yang sedang berdenyut kan? Cakap tentang Husna, dia belum menelefon lagi Husna yang berada di rumah. Entah apalah yang kanak-kanak fanta tu sedang buat agaknya?
Memikirkan Husna membuatkan Harris tersenyum sendiri tanpa sedar. Tubuh Husna yang kecil bersama perutnya yang bulat membuatkan Husna semakin bertambah comel. Kadang-kadang terasa seperti Husna ni sebuah doraemon bersama perutnya yang bulat. Heh.
Saat Harris ingin menarik tangannya dari pelipis, sepasang tangan telah memegang tangannya terlebih dahulu. Dengan perasaan terkejut dan kecut, Harris terus menepis tangan tersebut dan berdiri. Tubuh dibalikkan dan dia membuka langkah karate.
"Hahahahaha!"
Gelak tawa meletus kuat saat melihat Harris membuka langkah karate yang entah dari mana dia belajar. Tangan ke depan dan disilang dengan tangan lagi satu seperti membuat gaya Ultraman King.
"Sayang?" Terpacul gelaran buat Husna di bibir Harris. Dengan serta-merta, bibir Harris mengukirkan senyuman dan tangannya diturunkan perlahan-lahan. Husna tersenyum lalu mengangguk dan dengan sekali lompatan kecil, dia selamat berada di dalam dakapan Harris.
Harris memejamkan mata sambil menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya bukan hantu atau mak nyah yang berada di belakangnya yang sedang sibuk memegang tangannya yang berurat. Fuh, simpang 44 malaikat!
Bau wangian Husna menusuk ke dalam rongga hidung Harris yang membuatkan Harris berasa tenang. Sesekali tangan Harris akan mengusap kepala Husna yang hanya berada di dadanya. "Sayang buat apa kat sini?" Harris menyoal apabila dia melepaskan pelukan namun bukan pinggang Husna. Mereka masih dalam jarak yang dekat di mana Husna merangkul leher Harris dan Harris merangkul pinggang Husna.
What a nice posture.
Astaghfirullah al adzim.
"Rindu," sepatah perkataan membuatkan jiwa Harris seperti berterbangan di dalam taman yang penuh dengan rama-rama dan anak-anak mereka. Eh? Namun, Harris hanya beriak biasa malah dia menguak rambutnya ke belakang. Bibirnya mengukirkan senyuman senget. Serius acah.
"Abang tahu. Tu sebab abang sengaja lama-lama duduk sini."
Serius tipu.
Padahal, Harrislah yang selalu meracau, merengek seorang diri dan melihat gambar Husna di dalam telefonnya bimbitnya malah sentiasa melontarkan ayat-ayat jiwang di Whatsapp story dan Instagram story. Contoh ayat jiwang, 'missing my angel and future baby eventhough home and office only 10 minutes to get here. Please forgive your leader, my wife. Abi apologised too my future baby. Please wait for me. I love both of you. 💓' lepastu letak gambar mereka berdua.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...