"Ya. Saya tak tipu puan. Harris memang ada masalah psikologi." Ujar seseorang di dalam talian. Aku rasa korang dah boleh agak ni siapa kan? Siapa lagi kalau bukan Syafiq.
Jari Husna yang memegang telefonnya menggeletar dan menggigil. Benarkah apa yang dikatakan oleh Syafiq? Harris ada masalah psikologi? Teruk sangatkah? "Ma..macam mana doktor tahu?"
"Saya dengar perbualan dia dan Doktor Najihah masa saya baru balik daripada bilik pembedahan tadi. Puan kena berhati-hati sebab kemungkinan Harris boleh menyakitkan puan. Sama ada mental atau fizikal."
Husna menggeleng. "Tak mungkin. Dia tak akan sakitkan saya. Saya tahu macam mana perangai dia. Dia takkan sesekali sakitkan saya." Jawab Husna dengan yakin. Kedengaran Syafiq hanya mendiamkan diri sebelum dia menarik nafas. "Ya. Saya tahu Harris sangat mencintai puan tapi-- kita tak boleh jangka apa akan jadi pada masa depan. Kemungkinan Harris akan sakitkan puan dan saya harap puan sentiasa berhati-hati."
"Okey. Terima kasih doktor."
"Sama-sama puan."
Teet.
Telefon terus dimatikan. Husna melekapkan telefonnya ke dada. Betulkah Harris akan sakitkan dia macam tahun lepas? Atau lagi teruk? Husna menggeleng. "Astaghfirullah.. tak baik bersangka buruk Husna." Husna terus membuat kerjanya walaupun sebenarnya dia risau. Risau dengan keadaan rumahtangganya nanti.
***
Harris memerhatikan tangan kanannya yang sudah merah. Ini pasti akibat dari pukulan tadi. Dia tak rasa sakit cuma risau kalau Husna nampak lepastu bertanya. Dia risau itu je. "Abang," panggil Husna yang membawa Harris segelas air jus. Ya. Mereka dah balik rumah. Sepanjang perjalanan balik tadi, Husna tak banyak bercakap. Begitu juga dengan dirinya. Masing-masing mendiamkan diri.
Semasa Harris memandu kereta, nasib baik Husna tak perhatikan dia. Jadi, Husna tak nampak tangan Harris yang dah merah walaupun Harris risau yang Husna akan nampak. Just sooner or later.
Harris memandang Husna yang mendaki anak tangga. Dia pun tak tahu kenapa Husna banyak mendiamkan hari ni walhal selalunya Husna akan bertanya kenapa dia senyap tapi ini tidak. Masing-masing mendiamkan diri. Harris mengeluh perlahan lalu memfokuskan matanya ke hadapan. Televisyen yang terbuka itu dipandang dengan pandangan kosong.
Tanpa sedar, gelas yang dia pegang terjatuh.
Prak!
Harris terus memandang ke bawah. Gelas pecah. Harris segera berdiri dan tunduk untuk mencapai kaca itu namun dia belum sempat mencapainya, sebuah suara telah menghalangnya. "Abang, kenapa tu?" Soal Husna sambil tergesa-gesa turun anak tangga. Harris segera berdiri semula lalu memandang Husna.
"Ha..ha.. tak.. tadi abang nak ambil gelas tapi terjatuh pula."
Harris berdiri berjauhan sedikit apabila Husna datang kepadanya. "La. Erm tak apalah. Biar sayang kemas. Abang naik atas dulu, mandi. Tunggu Husna tau. Nak solat jemaah." Harris mengangguk. "Nak abang tolong tak?"
Husna memandang Harris dan tersenyum. "It's okay. Sayang boleh buat sendiri." Senyuman tu. Ahh. Rindunya. Harris menarik lengan Husna agar mendekatinya. Husna segera memeluk pinggang Harris. Takut terjatuh.
"I miss you."
Tiga patah perkataan yang mampu mencairkan mana-mana hati termasuk Husna dan saya sendiri. Hiks. Harris terus memeluk tubuh Husna dan dahi Husna dicium. Di sebalik pelukan itu, Husna tersenyum. Dia semakin mengeratkan pelukan. "I miss you too."
"I wonder why I still miss you even you are in front of me." Ujar Harris lalu mengusap pipi Husna. Husna melentokkan kepalanya di tangan Harris. "Because we are not being like this? Act sweet to each other."
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...