#17

93.4K 4.7K 188
                                    

Harris memasuki bilik rahsianya atau lebih tepat bilik memori dia dan Husna. Tepat pada pukul 12 malam, dia akan melawat tempat ini dan menulis kenangan dia bersama Husna setiap hari. Walau benda kecil yang berlaku, dia tetap akan menulis.

Kamera Nikon di sisi dicapai. Dia membuka semula gambar-gambar yang dia telah tangkap. Kali terakhir dia tangkap gambar Husna ialah semalam, ketika Husna sedang tidur. Hari ini, dia akan menangkap gambar Husna lagi dan menampalnya di dalam diari dia dan Husna. Diari hari ini ditulis.

Friday, 3.3.2017

Hari ni, my princess cakap dia takut aku bertukar jadi psiko, panas baran dan garang. Well, actually, aku tak boleh kawal emosi aku. Kau tahu, bila ada someone pandang bini kau macam bini kau dia yang punya, confirm kau marah. Aku tak marahkan princess tapi aku marahkan Syafiq. Because of my anger, my princess hurts. Sorry, princess. I'll try to control my anger and obsession towards you after this. I promise princess. I love you so much. 💜

Selesai menulis diari, Harris keluar dari bilik tersebut sambil membawa kamera Nikonnya. Dia segera mendaki anak tangga menuju ke bilik dia dan Husna. Dia ingin menangkap gambar Husna lagi. Pintu dibuka perlahan dan berhati-hati. Dengan langkah yang cermat, Harris memfokuskan kameranya pada wajah polos Husna yang sedang nyenyak mengulit mimpi dan klik! Gambar Husna berjaya diambil. Harris tersenyum kecil.

Dia kembali turun ke bawah lalu mula mencuci gambar yang dia telah ambil tadi. Segala peralatan untuk mencuci gambar memang telah sedia ada di dalam bilik ini. Harris mula ada semua benda ni sejak dia Tingkatan 4 lagi. Segala permintaan dia, ayah dia tunaikan. Kalau ayah dia bertanya, buat apa, dia akan jawab untuk buat homework. Alasan.

Setelah Harris menampal kepingan gambar tersebut di dalam diarinya, barulah dia puas hati. Barulah dia boleh tidur dengan nyenyak pada malam ini. Salah satu tabiatnya telah berjaya dilunaskan. Akhirnya, dia naik kembali ke bilik dia dan Husna. Wajah Husna yang sedang tidur ditatap. Wajah yang dia ingin lihat sebelum dan selepas tidur, kini berada di hadapannya. Dahi Husna dikucup lembut oleh Harris. Harris tersenyum lalu membawa tubuh Husna ke dalam pelukannya.

"Goodnight princess."

***

Husna memandang ke arah Harris setelah Harris nyenyak tidur. Dia tak tahu Harris pergi ke mana tadi. Yang dia tahu, Harris baru sahaja melelapkan mata. Sebelum Harris melelapkan mata, dia hanya mengucapkan selamat malam. Husna memandang Harris lama. Berapa lama Harris mencintainya? Benarkah dari dulu lagi atau itu sekadar penipuan?

Kalau penipuan, dari mana dia dapat gambar Husna yang Husna sendiri tidak pernah ada? Husna mengeluh pendek. Nampaknya, dia perlukan masa untuk bersendirian di rumah ini untuk membongkar rahsia Harris. Masa yang sangat lama. Tapi, bila?

Akhirnya, Husna terlelap dalam dakapan Harris. Wangian Harris membuatkan dia lebih terbuai.

"Goodnight prince charming."

***

"Encik Harris, berapa lama lagi Encik Harris perlu siapkan villa di Shah Alam? Kondominium di Putrajaya juga bila? Sudah ramai orang yang bertanya hal ini." Ujar salah seorang klien yang terkaya di dalam syarikat ini. Harris memandang ke arah klien tersebut.

"Villa di Shah Alam lagi beberapa bulan kami akan siapkan. Semuanya sudah selesai cuma kami perlukan sedikit tempoh untuk pengubahsuaian secara profesional. Kondominium di Putrajaya juga hampir siap. Lagi tinggal sebulan untuk kami letakkan perabot di setiap kondominium tersebut." Jawab Harris tenang.

"Tapi, Encik Harris janji bahawa projek di Shah Alam akan siap sebulan lagi."

"Ya. Memang saya telah berjanji malah saya dah tunaikan. I do that for our customer. Saya tak nak mereka mengadu bahawa syarikat kami ni buat kerja tak profesional. We also want the best for our customer."

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now