Kalau korang dah lupa cerita ni macam mana, hero dan heroin dia siapa (kes parah dah ni) mohon scroll balik ya. Sebab aku sendiri pun dah tak ingat *emoji tepuk dahi*
Anyway, continue reading!
"Kau buat apa kat sini?"
Deg.
Jantung Nik hampir luluh ketika wajah Harris menyapa pandangannya. Terkejut weh. Tetiba ja ada lelaki ni dekat depan mata dia. Lepastu, tegur Nik pula.
Tapi, hebat jugalah tu kena tegur dengan Instafamous (Harris).
Nak juga Instafamous tu bhaii.
"Aik? Kamu berdua dah kenal dah ke?" Tan Sri Irwan tiba-tiba mencelah apabila melihat situasi menjadi tegang. Harris dengan muka dinginnya dan Nik sudah semestinya dengan muka suci dia tu. Belum sempat Nik ingin membalas, Harris sudah membalasnya terlebih dahulu. "Lebih daripada kenal."
Macam biasa, suaranya datar. Pandangannya menggerunkan. Aku rasa korang boleh imagine kot lelaki ni macam mana. Kan? "Apa yang dia buat kat sini? Apa kaitan dia untuk mesyuarat ni?" Harris menyoal kepada Tan Sri Irwan tanpa merendahkan suaranya supaya tidak didengari oleh Nik.
Maknanya, dia memang nak Nik dengar.
"Harris, behave." Tegur Tan Sri Irwan sambil membalas renungan tajam Harris. Harris mendengus geram. "If we are wasting time over here, with this person--" jari ditunding ke arah Nik. "And this environment--" kali ini, jari ditunding pula pada suasana yang sesak dengan orang ramai. "I'll go home." Sambungnya.
Tan Sri Irwan menggeleng perlahan. "Don't be too childish Harris. Dah nak jadi seorang ayah pun macam ni ke?"
Entah mengapa, ayat itu amat mencabar diri Harris. Harris menutup mata menahan amarah dan geram. Gigi diketap sehingga urat hijau mulai timbul. "Fine." Putus Harris. Dia akan dengar. Tapi bukan bermakna dia kalah dengan Nik. Dia cuma kalah dengan ego dia. Itu sahaja.
Husna tidak berani bertindak apa-apa. Melihat perubahan Harris kali ini, menyebabkan dia berasa gerun berlipat ganda. Mungkin sudah lama tak nampak Harris jadi macam ni. Mungkin?
"Nik ni CEO baru syarikat kamu yang dulu tu. Atuk adakan mesyuarat ni supaya Is dengan dia boleh bergabung dari segi saham. Kamu boleh beli saham daripada syarikat Nik dan Nik boleh beli saham daripada syarikat kita. Kamu faham tak?"
Harris mengangguk sekilas.
"Itu sebab atuk bawa Nik sebab atuk tahu kamu dengan Nik ni busy orangnya. Kalau atuk tak jumpakan korang berdua, lambat nanti hasilnya."
Harris cuma menadah telinga. Dia sendiri pun tak tahu macam mana nanti kalau dia bekerjasama dengan Nik. Adakah akan terjadinya perang ataupun mereka akan menjadi sahabat?
Ish.
Tak nak lah.
"Jadi, Nik. Kamu setuju?" Pandangan Tan Sri Irwan terhala pula kepada Nik. Nik mengangguk sambil tersenyum kecil. Beradab gila weh. Tak macam Harris.
Haters gonna hate. Oh yeah.
Harris membuat reaksi menyampah. Konon baiklah tu? Baik sampai nak rampas bini dia! Puih! Layak diberi peludahan (bahasa baru lel) jelah!
"Kamu, Harris--"
"Harris tak nak. Harris tak setuju." Harris membangkang sebelum Tan Sri Irwan menyambung percakapannya. "Atuk tak minta izin kamu Is. Atuk belum habis cakap lagi. Atuk nak kamu beli saham dari syarikat Nik no matter what! Kamu ingat tu!"
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...