#14

98K 5.4K 594
                                    

Hari ni hari minggu. Sepatutnya mereka berdua meluangkan masa bersama-sama seperti pasangan yang lain buat. Tapi, bagi Husna dan Harris pula, mereka ada benda penting yang harus dibuat. Ha, apa dia? Mestilah pergi ke tapak pembinaan kuikui. Ingat senang ke jadi CEO? Memang taklah.

Harris fokus pada pemanduannya. Dari Kuala Lumpur ke Bukit Sentosa mengambil masa sejam setengah kalau kadar traffic biasa sahaja. Husna hanya memandang pemandangan di tepi tingkap. Memandangkan tingkap kereta diaorang ni jenis yang gelap, orang luar tak nampaklah kan.

Husna membuka radio kereta. Siaran radio yang diambilnya ialah .. Era FM. Kenapa? Sebab lagu kegemaran dia kebanyakannya di sini. Tiba-tiba lagu Cemburu. Ha! Memang kena. Inilah peluang untuk dia kenakan Harris.

Dia datang menyapa
Aku perhatikan saja
Benar aku terlalu cemburu
Bila dia selalu cuba tuk menggodamu
Usah kau toleh dia kembali
Kerana aku di depan kamu

Husna menjeling ke arah Harris yang sedang fokus memandu. Suara radio dibesarkan sehingga mencapai 50%. Bergema kereta Audi tersebut. Dengan pantas, Harris menoleh ke arah Husna. "Sayang, what are you doing? Noisy lah." Ujar Harris lalu memusingkan stereo radio. Husna mencebik.

"Lagu ni untuk abang. Dengar betul-betul!" Husna kembali membesarkan suara radio. Harris cuma mampu menggeleng. Ada-ada je isteri dia ni.

Aku cemburu
Aku cemburu
Benar aku terlalu cemburu
Bila dia selalu cuba tuk menggodamu
Usah kau toleh dia kembali
Kerana aku wuuu
Di depan kamu wuu

Harris tersenyum. Isteri dia punya cemburu masih tak hilang lagi rupanya. Tapi tak apa, cemburu tu tandanya sayang. Eh, yeke?

Harris mematikan radio. Dia mencapai tangan isterinya lalu dibawa ke dada. "Cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang kalau curiga itu kerna ku takut kehilangan. Kalau dekat bertengkar kalau jauh ku rindu. Jadi serba-salah buat ku dilema tapi aku selalu ai ai aishiteru." Harris mula mendendangkan lagu Aishiter daripada Zivilia. Ha! Amik kau! Kena setepek!

Husna segera menarik tangannya lalu dia menoleh ke tingkap. Saia malu! Adeh, kantoilah. Habislah. Kantoi yang perlahan-lahan dia dah mula cintakan suami dia, Ifhzan Harris.

Aik, kenapa cepat sangat?

Well, satu alasan aku bagi.

Sebab Harris suami Husna. Nak tak nak, Husna kena cintakan Harris sebab Harris suami dia. Ada faham semua?

Harris tersenyum melihat gelagat Husna. Malulah tu. Harris menggeleng kecil lalu memusingkan stereng kereta ke kiri. Mula memasuki Bukit Sentosa. "Do you want anything before we start our meeting sayang?" Soal Harris apabila Husna terlalu lama mendiamkan diri dan tidak bergerak. Macam patung baju kat kedai.

"Tak."

Balas Husna sepatah tetapi dia masih lagi dengan posisi begitu. Tak sakit leher ke kak? Harris mengangguk. Cuti-cuti pun ada meeting? Well, kau ingat CEO ni senang ke dik? Macam drama tu? Sorry naik lori. Itu semua hanya drama. Kalau realiti, sampai kau nak masuk kubur pun urusan tak settle settle.

Apabila sampai di destinasi, Harris memakai cermin mata hitam. Cermin mata hitam yang lebih kecil saiznya dihulurkan kepada Husna. Husna menyambutnya. Hari ni, mereka bukan ada mesyuarat macam kat meja tu. Diaorang ada mesyuarat antara arkitek dan juga buruh. Harris sebagai ketua, kenalah turun padang, pantau. Husna pula? Husna kan penolong Harris. Wajiblah datang juga.

"How is it?" Soal Harris kepada salah seorang arkitek. Arkitek tersebut tunduk hormat sedikit. "For this time, no problem yet sir." Harris mengangguk. Dia mendongak memandang buruh-buruh yang sibuk menyimen batu-bata di atas. "Mana ketua buruh?"

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now