#13

97.4K 4.5K 471
                                    

Husna hanya memerhatikan Harris berbual-bual bersama wanita Cina tadi. Entah apa yang serius pun dia tak tahu. Dari tadi kot diaorang berborak-borak. Sekejap angguk, sekejap gelak. Heh. Hati beta panas. Dahlah bercakap bahasa asing. Bahasa Cina. Fikir Husna faham ke?

"Nǐ de qīzi hěn piàoliang (isteri awak sangat cantik) ," puji wanita Cina lalu memandang ke arah Husna. Husna yang perasan akan pandangan tersebut mengangguk lalu tersenyum ke arah wanita Cina itu. Wanita Cina tersebut membalas senyuman Husna.

"Zhēn de ma? Xièxiè (betulkah? Terima kasih) ." Balas Harris pula dalam bahasa Cina. Yu Mi mengangguk.

"Zhēn de. Nǐ hěn xìngyùn yǒu tā (betul. Awak sangat bertuah dapat dia)"

Harris hanya mampu tersenyum mendengar pujian yang dilemparkan oleh Yu Mi kepada isterinya. Sebagai seorang suami, mestilah dia bangga bila isteri dia dipuji cantik kan? Hoho. Itu fitrah manusia tapi Harris tak suka kalau lelaki yang puji Husna. Kau nampak penumbuk dia yang penuh urat ni? Kalau melayang kat muka, baru tahu.

"Xiànzài, wǒ xiǎng huí jiā. Dānxīn nǐ de qīzi chīcù. Tā bǎ kàn zǎoqí hāhā hā diǎn. Bié wàngle míngtiān (sekarang, saya mahu pulang ke rumah. Bimbang kalau isteri awak cemburu. Dari tadi dia perhatikan kita hahaha. Jangan lupa esok) ." Harris mengangguk.

Setelah Yu Mi bersalaman dengan Husna, dia berlalu meninggalkan Harris dan Husna di dalam bilik mesyuarat. Husna mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 4 petang. Lama juga ya Harris berbual dengan Yu Mi. Memang benar, Yu Mi ialah klien dari China tapi yang dia pelik kenapa Yu Mi seorang sahaja datang awal? Kenapa yang lain tidak? Sanggup tunggu dari pukul 8.30 pagi sampai 2 petang pula tu.

Musykil.

Husna memandang ke arah Harris. Harris turut memandang Husna. Kening sebelah dijongketkan. "What?"

"Apa yang abang cakap dengan Yu Mi tadi? Siap gelak bagai. Lucu sangat ke?" Husna menyoal Harris dengan penuh emosi. Emosi cemburulah apa lagi. Gila kau tak cemburu. Dahlah suami kau tu hensem ala-ala pelakon Thailand dah tu berborak dengan awek Cina yang cun. Ya ampun nak hati beta sakit.

Harris hanya membuat riak selamba. "Luculah. Tu sebab abang gelak. Kenapa? Cemburu?" Harris memandang Husna sambil tersenyum senget. Sengaja memancing api kemarahan wanita. Husna mengecilkan matanya lalu mengepalkan penumbuk. Geram!

"Cemburulah! Ish. Kalau Husna borak dengan lelaki lain baru tahu!" Gertak Husna pula. Serta-merta Harris memandang Husna dengan pandangan serius. "Don't you dare to say like that Husna." Ujar Harris sambil mencengkal lengan Husna. Wajahnya juga serta-merta berubah menjadi serius dan bengis. Husna terkejut.

"Ab..bang.. Husna gurau je. Husna tak--"

"Jangan pernah cakap benda tu lagi. Faham?!" Herdik Harris. Bahu Husna terhinjut lalu Husna mengangguk laju. Lengan Husna dilepaskan lalu Husna ditinggalkan sendirian di dalam bilik mesyuarat.

"Kenapa dengan Harris?"

***

Tok. Tok. Tok. Husna mengetuk pintu Harris. Harris cuma mengarah 'masuk' tanpa melihat dulu siapa gerangan yang ingin masuk ke dalam biliknya.

Husna berdiri di hadapan Harris. Sebenarnya dia masih takut kalau-kalau Harris masih marah dengan dia. Jujur, dia hanya bergurau tadi. Tak sangka Harris sanggup mengherdik dia sebegitu rupa. Memang Harris tak dapat diguraulah.

"Abang. Abang tak nak balik ke? Dah pukul 6 petang." Husna menyoal takut-takut sambil memandang Harris yang masih sibuk menaip sesuatu di papan kekunci. Harris mendongak memandang Husna. Pandangan dingin diberikan. "You can go home if you want."

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now