"Keluar."
"Abang.."
"Just get out Husna. Please."
Husna akur. Dia meninggalkan Harris sendirian di dalam bilik. "Tapi itu dulu," ujar Husna perlahan setelah dia keluar dari bilik Harris. Itu sebab dia tak nak beritahu Harris. Mesti Harris jadi begini. Mesti.
Husna mengeluh perlahan. Kan bagus kalau dia menipu sunat tadi. Sekurang-kurangnya benda macam ni takkan terjadi. Kenapalah dia membuat keputusan bodoh? Memberitahu Harris perkara sebenar? Kenapa?
Tiba-tiba Husna terdengar bunyi sesuatu pecah dari dalam bilik Harris. Husna segera meluru ke arah bilik Harris. Terkunci. "Ya Allah. Awak!! Kenapa ni? Buka pintu ni!! Awak!!" Tombol pintu dipulas banyak kali. Husna juga mengetuk pintu banyak kali namun Harris tidak menghiraukan langsung. Sama sekali tidak.
Para pekerja yang satu tingkat dengan Harris mula berkerumun di hadapan pejabat Husna. "Puan, kenapa ni?" Soal salah seorang pekerja perempuan dengan cemas. Tiba-tiba sahaja Harris mengamuk.
"Ambilkan kunci pendua cepat! Now!!" Arah Husna buat pertama kali kepada pekerjanya. Dia berasa cemas. Cemas yang teramat. Dia mana pernah secemas ini. "Ya Allah.. abang.." Husna menutup matanya. Perlahan-lahan air jernih mula membasahi pipi.
"Puan, ni kuncinya." Segugus kunci diberikan kepada Husna. Dengan tangan yang menggigil, Husna cuba memasukkan satu per satu. "Puan, sabar puan. Jangan cemas sangat." Tegur salah seorang pekerja Harris. Husna mengangguk. Kalau cemas, semakin lambatlah jawabnya.
Akhirnya, setelah beberapa kunci dicuba, pintu pejabat Harris terbuka. Husna terus meluru masuk dan ternampak pejabat Harris dalam keadaan bersepah. Kaca pecah di sana dan di sini. "Abang.." panggil Husna lalu melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik. Para pekerja Harris masih di luar melihat Husna. Di mana Harris?
"Abang.. Husna minta maaf. Abang.." Husna mencari Harris di dalam bilik Harris namun hampa. Langsung tiada kelibat Harris berada di situ. Husna terduduk sambil mengesat air matanya. Itu dulu bukan sekarang. Sekarang Harris dah menjadi suami Husna. Sekarang, hati dia telah dimiliki oleh Harris.
"I'm sorry. Husna jahat. I'm so sorry abang." Husna terus-menerus menangis sehinggakan bahunya terhinjut kuat. Salah dia. Semua salah dia. Dari awal perkahwinan sehinggalah sekarang. Dia tidak pernah cuba untuk mengambil hati Harris. Yang dia tahu, hanyalah mengoyakkan hati Harris.
Para pekerja yang memandang Husna dari luar menundukkan kepala mereka. Mereka pun tidak tahu apa yang terjadi dan mengapa. Sedar-sedar saja, Harris sudah mengamuk. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah syarikat ini. Kali pertama. Kawan baik Husna iaitu Elly yang baru naik ke tingkat atas juga tergamam. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Apabila dia melihat para pekerja yang lain memandang Husna yang sedang menangis di dalam pejabat Harris, dia segera menutup pintu pejabat Harris dan menyuruh yang lain beredar.
Perlahan-lahan para pekerja Harris bersurai. "Husna.." keluh Elly perlahan. Elly hanya memandang dari luar pintu. Entah apalah masalah Husna dan Harris sampai begini jadinya. Dia tidak ada hak untuk masuk campur. Sama sekali tidak. Biarlah Husna dan Harris selesaikan masalah rumahtangga mereka.
Husna memandang ke kiri dan ke kanan. Di mana Harris? Mengapa dia tidak nampak Harris? Husna mula bangun lalu dia melangkahkan kaki ke meja kerja Harris. Tiba-tiba tangannya ditarik dari arah lain dan pap! Tubuh Husna ditolak ke dinding. "Auch.." ringis Husna yang sememangnya menyakitkan.
Pipi Husna dicengkam kuat. Serta-merta Husna terdongak memandang ke hadapan atau lebih tepat memandang ke arah mata Harris. "Apa lagi yang kau tak bagitahu aku Husna?! Apa?!" Bentak Harris dengan nada yang kuat. Tangan Husna dicapai lalu ditekapkan ke dinding. Husna meringis kesakitan.
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...