Bab 4 : Bad Luck

191 12 0
                                    

Bab 4 : Bad luck

   
     Seminggu telah berlalu dan Wooshin telah pulang semula ke rumahnya semalam.  Hati Akari seakan-akan lega apabila Wooshin keluar sahaja daripada rumah keluarganya. Seakan-akan keluar daripada sebuah sangkar perkahwinan. Hari itu adalah hari Isnin. Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh Akari.

No more Wooshin..

No more acting..

No more marriage..

           Akari segera menghidupkan motosikalnya. Uncle Austin sudah menjadi pemandu tetap PA jadi sedikit sebanyak hati aku lega. Tak perlu lagi berjumpa dengannya. Hahahaha ..

        " Akari... Hati-hati " Auntie Lily berkata. Aku mengangguk sahaja dan segera menunggang motosikal. Sambil menunggang, aku menyanyi lagu So far away nyanyian Avenged Sevenfold.

Will you stay?
Will you stay away forever?
How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

        Akari menyanyi sekuat hatinya. Hatinya sudah puas. Seakan-akan beban yang dipikul telah hilang. Hatinya berkobar-kobar setelah menyanyi lagu berkenaan.

      " puas hati aku " Akari tersenyum puas dan membawa motornya  dengan lebih laju.

         Setiba sahaja di sekolah, Akari seperti biasa memakirkan motornya di tempat letak motor.

Pelik..

      Hanya satu perkataan yang timbul di hati Akari. Selalunya waktu ini jarang pula para pelajar penuh di kawasan sekolah. Dia mengerutkan dahinya apabila para pelajar sudah beratur di kawasan perhimpunan. Dia melihat jam tangan dan terkejut.

Gila! Aku paling lambat !

         Jam sudah menunjukkan 8.45 pagi dan para pelajar sedang khusyuk mendengar laporan guru mereka. Ada beberapa mata yang memandang sinis kepadanya dan sesetengah daripada mereka tergelak melihat Akari yang masih tercegat bak patung di tempat letak motosikal.

     " you're late, Miss Akari " Cikgu Gemuk gedempol bersuara di mikrofon. Aku memandang ke arahnya dan tersenyum.

Cool.. Aku King di sekolah ini.

       Aku menunduk tanda minta maaf dan berjalan ke arah barisan ku. Well, aku masih ada budi bahasa.

       " puff.. Dia tak tengok jam ke Weh ?" Kai menyindir dengan suara yang kuat. Kawan-kawannya ketawa tanda menyetujui.

    Durh.. Budak tak matang memang suka menyakitkan hati orang. Aku tersenyum sinis.

      " budak lambat memang macam tu. Gaduh je kerja dia sehingga datang sekolah pun lambat. Mungkin tiada masa depan " Kai menyindir lagi tetapi kali ini lebih pedas. Dia ingin menyalakan api kemarahan Akari. Pada dia, melihat Akari didenda sudah cukup untuk membuatkan dirinya puas.

          Akari melangkah keluar dari barisannya. Naluri untuk menumbuk membuak-buak di dalam hatinya. Dia mendekati Kai dan mencengkam cekak baju sekolahnya. Semua pelajar terkejut.

      " lepaskan aku , tak guna ! " Kai menjerit. Dia berasa tercekik apabila Akari mencengkam dengan lebih kuat.

        Akari tersenyum sinis. Dia masih tidak mahu melepaskan cengkaman itu.

     " Miss Akari, please let go Kai.. Now " guru gemuk gedempol bersuara dengan nada yang lebih tegas daripada selalu.

      " See Onodera.. Even the teacher protect me. " dia tersenyum sinis. Dia terasa kemenangan berada di pihaknya.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now