Bab 33 : He's back

132 9 7
                                    

Bab 33 : He's back

Percutian bersama rakan baiknya telah selesai. Mereka tiba di daerah mereka pada waktu petang. Wei mengajaknya untuk pulang bersama sementalah driver Wei akan mengambilnya namun ajakan itu ditolak dengan lembut. Hari ini di dalam sejarah, dia rindukan Uncle Austin. Tiga hari tidak berjumpa dengan Uncle Austin telah menyebabkan hatinya gundah-gulana. Bukan apa, dia rindukan kilauan rambut pulau Uncle Austin itu. Lalu, Akari menelefon Uncle Austin untuk menjemputnya di lapangan terbang.

Tidak sampai 15 minit, orang tua itu sampai. Aku tak tahu sama ada Uncle Austin ini sedar atau tidak meter di kereta kerana dia membawa kereta tersebut tersangat laju. Aku memasuki perut kereta dan mula bersandar di kerusi itu. Entah mengapa cepat sahaja mataku terlelap sebaik sahaja Uncle Austin menutup pintu kereta itu. Yang aku tahu, sedar sedar sahaja aku sudah sampai di hadapan rumah itupun Uncle Austin yang kejutkan. Aku yang masih mamai segera bangun dan meregangkan badanku di luar kereta.

Fuh.. Sedap dapat tidur.

Aku segera melangkah masuk ke salam rumah dengan senyuman yang paling manis. Tak sabar rasanya nak beritahu Ma dan Pa mengenai percutian kami. Dengan semangat yang tinggi, aku dengan rakusnya membuka kasut ku dan Baling ke luar.

" Biarlah Auntie Lily kemaskan.. " Kataku sendirian sambil membuka stoking berjenama Puma.

" oh.. Kena tunjuk gambar kami pada Ma dan Pa ni.. " dia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar sambil membukanya. Dia terlihat satu mesej di aplikasi mesejnya.

" mesti mesej please top up to stay alive " desis hati Akari sambil mengabaikan mesej itu. Dia segera membuka aplikasi Gallery dan mendapatkan Ma dan Pa nya. Dia mencari Ma dan Pa namun kelibat itu tidak dijumpai.

Mana mereka ni ?

Gerutu aku sendirian. Ruang tamu tiada.. Ruang makan tiada. Dekat kolam renang pun tiada.

Sedang dia berdiri, dia terdengar sayup-sayup suara orang berbual. Semakin lama semakin jelas. Dia berlari semula ke ruang tamu dan melihat ibu bapanya sedang berbual. Perbualan itu diselangi dengan gelak-ketawa. Mungkin Atsutshi kot dengan mereka.

Sebaik sahaja sampai, Akari langkah Akari terhenti. Matanya membulat dan mulutnya bergetar tanpa sebab. Dia tercengang apabila melihat kehadiran tetamu yang dia tidak jangka di hadapan keluarganya.

" apa yang dia buat di sini ? "

•••••

Ibu bapanya tersenyum tatkala melihat anak perempuannya yang agak terkejut melihat tetamu yang hadir itu. Ma mendekati Akari dan menyuruhnya duduk bersama namun Akari cepat-cepat mengambil kerusi di hadapan orang itu.

" jadi.. Macam mana ? " Ma bertanya pada ku. Aku hanya Kelu tidak dapat menjawab soalan Ma.

" Wooshin pula bagaimana duduk di sana? " Ma bertanya pada figura itu. Wooshin hanya tertawa kecil sambil memandang ke arah Ma.

" baik Ma .. Terubat juga lah rindu pada Omma dan Appa di sana " dia menjawab bersahaja. Aku masih diam seribu bahasa. Pelbagai persoalan bermain di minda ku.

" Ma .. Boleh tak Akari nak ajak Wooshin keluar kejap ? Nak berbual " aku bertanya sebaik sahaja mereka menyambung perbualan mereka. Wajahnya masih kacak seperti dulu cuma kali ini rambutnya diwarnakan hitam. Well, dahulu Wooshin yang dikenalinya berambut merah.

Ma mengangguk memberi kebenaran. Akari memberi isyarat pada Wooshin untuk bertemunya di luar sambil berdiri. Wooshin menunduk pada mertuanya dan meminta diri. Mereka berjalan ke luar dari rumah dan menuju ke taman bunga di belakang rumahnya. Akari mengambil tempat di kerusi putih itu dan menongkat dagunya. Dia tidak menoleh pada Wooshin yang mula duduk di hadapannya.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now