Bab 46 : The accident make Akari's left
Sebaik sahaja majlis berakhir, Akari bergegas beredar. Dia tidak mahu terserempak dengan mana-mana lelaki lagi kerana sebaik sahaja habis majlis, para lelaki akan meluahkan perasaan pada perempuan. Dengan status yang dipegangnya, dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki dah. Nanti mereka kecewa.
Koichi sudah menunggu di kereta. Dia tersenyum apabila melihat Akari yang sudah menunggunya.
" seronok cik muda ? "
" boleh lah.. Kecewa.. Sedih.. Gembira semua ada. " jawabnya sambil memasuki perut kereta. Koichi tersenyum lalu melangkah ke kereta.
" kita balik ke mana ? " tanya Koichi.
" kita ? Wow.. Koichi, awak dah jatuh cinta dengan saya ke ? " Akari menjongketkan keningnya. Koichi hanya tersenyum.
" ya.. Tetapi saya ni tak sama taraf dengan cik muda. Cukuplah dapat tengok cik muda hari-hari dah buat hati saya gembira " ujar Koichi lagi. Akari hanya tersenyum. Dia juga turut gembira melihat pemandu muda itu.
Tak lama kemudian, mereka tiba di kondominium itu. Akari segera keluar dari kereta itu dan melambai pada Koichi. Dia memasuki lobi utama dan berjalan ke lif. Lif itu terbuka apabila dia sampai. Lalu dia memasuki lif itu. Seketika kemudian, dia keluar dari lif itu apabila tiba di tingkat rumah itu. Akari melangkah ke pintu rumahnya dan mengeluarkan kunci. Kemudian, dia melangkah masuk dan mengunci pintu berkenaan.
" penat gila! " Akari berkata sambil menghempas badannya ke atas tilam. Dia sangat penat hari ini. Dengan pemergian Jungkook, dengan amaran Taehyung dan rahsia yang terbongkar itu.
Apa harus aku buat sekarang ni ?
Akari memejamkan matanya, cuba melupakan masalah itu.
Clack!
Pintu depan rumahnya dibuka. Akari segera bangun dari posisi baring ke posisi duduk. Siapa yang datang ke rumahnya ? Dia melihat sekeliling dan cuba mencari alatan untuk memukul orang itu.
Krek..
Pintu biliknya dibuka. Akari yang berada di situ terkaku apabila melihat orang berkenaan. Matanya merenung tepat wajah Akari. Kot dibuka di hadapan Akari dan dia segera membuang kot itu ke bawah. Hari ini dia akan pastikan Akari akan menjadi miliknya.
" jangan apa-apakan saya.. " Akari mengundur ke belakang. Lelaki itu telah membuka butang di leher bajunya dan berjalan menuju ke arah Akari. Dengan pantas, dia sudah berada di atas Akari.
" kau seksa hati aku, sayang. Kau buat aku cemburu tahu .. " dia berkata sambil memandang wajah Akari yang ketakutan itu.
" setakat macam ni takkan kau dah takut, sayang. " dia bermain dengan rambut Akari. Getah rambut dibukanya dan dia segera mencium rambut Akari.
" jangan apa-apa kan saya! Tolong ! " Rintih Akari. Air matanya mengalir apabila melihat wajah itu. Dia menjadi takut apabila lelaki itu sudah mengelus rambutnya.
" Kau dah cium orang lain. Takkan lah benda macam ni kau dah cuak. Kita bukannya salah pun.. " dia tersenyum sinis. Dia menarik Akari dan mengucupnya. Tangannya mengenggam pergelangan tangan Akari manakala kakinya menahan kaki Akari daripada bergerak.
" oppa.. Tolong lepaskan Akari! " jerit Akari. Dia menjadi takut apabila melihat Wooshin yang tidak melepaskannya. Dadanya sesak apabila diperlakukan begitu.
" wah.. Dah panggil saya, oppa. " sindirnya lagi sebelum kembali mengucup Akari. Hati lelakinya begitu marah pada akari yang senang-senang hati bermesra dengan lelaki lain di hadapannya. Wajah Akari yang dikucup pipinya oleh Taehyung.. Dahinya dicium oleh Jungkook dan tubuhnya di peluk oleh ahli kumpulannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/95956404-288-k38398.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanficNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...