Bab 43 : A day before Prom Night
" Koichi! " Akari tersenyum apabila melihat Butler yang baru diperkenalkan padaku beberapa hari lalu. Rambutnya yang berwarna coklat dan iris mata yang berwarna coklat cair itu dipandang oleh Akari.
Hensem!
Butler yang tua beberapa tahun daripadanya itu tersenyum sambil menunduk.
" ye cik muda " dia tersenyum sambil membuka pintu kereta untuk Akari. Timbul niat nakal akari apabila melihat wajah Butler yang kacak itu.
" awak tahu tak apa beza saya dengan awak ? " Akari mengeluarkan pick up line nya. Koichi hanya menggeleng.
" saya tetap saya tetapi awak telah mencuri hati saya. " ujarnya selamba sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Butler muda itu hanya tersenyum lalu menutup pintu itu. Seketika kemudian, dia melangkah ke tempat duduk pemandu.
" cik muda tahu tak apa beza cik muda dengan kereta ini ? " ujarnya sambil memandang cermin sisi. Akari mengangkat kening.
" tak .. " jawabnya lagi.
" beza dia.. Kereta ini milik ayah cik muda tetapi cik muda milik saya " ujarnya sambil tersenyum. Wajah Akari mula merona apabila Butler itu berani berkata demikian.
" awak ni ada-ada sahaja! " Akari membuang pandangan ke luar tingkap. Dia terkena dengan Butler baharu itu.
Koichi hanya tersenyum sambil memandu kereta itu ke rumah.
Tiba sahaja di rumah, dia disapa oleh orang tua botak itu.
" Akari ! " jerit Uncle Austin sebaik sahaja Koichi membuka pintu untuk Akari.
" hai Uncle " sapa Akari sambil keluar dari kereta itu. Dia melambai tangannya pada Uncle Austin yang sudah berlari ke arahnya.
" amboi sejak dapat pemandu baru ni langsung tak tegur Uncle dah .. Tahulah Uncle tua " katanya berpura-pura merajuk.
" Ha'ah.. Uncle tua dan tak kacak " selamba Akari menjawab. Terus melopong orang tua itu apabila mendengar jawapannya. Yelah, kononnya nak Akari pujuk.
" gurau jelah " Akari tertawa kecil. Koichi turut tersenyum apabila melihat mereka berdua. Uncle Austin hanya tersenyum apabila mendengar jawapan Akari.
" nanti kalau rajin, naik pula dengan Uncle dan Wooshin kan.. " katanya lagi.
" taknak lah sebab Ada Wooshin. Lagipun Akari taknak tinggalkan Koichi sebab Akari milik dia" balas Akari selamba.
Ambik kau Koichi !
Uncle Austin terus menoleh ke arah Koichi. Wajah Koichi yang pucat lesi itu direnungnya.
" Akari milik Koichi ? " dia menjeling tajam pada Koichi. Akari hanya tersenyum.
" gurau jelah Uncle. Uncle janganlah ambil serius sangat dengan jawapan saya " balas Akari lagi. Karang orang tua ni report pada Otousan tak pasal-pasal Koichi kena berhenti pula disebabkan mulut dia yang selamba itu.
" Akari ni.. Uncle ingat betul. Haih, kalau betul, Uncle akan pastikan Koichi ni takkan jadi pemandu Akari dah. Biar dia kerja jadi tukang kebun " bebel Uncle Austin. Koichi hanya menunduk. Orang atasannya sudah memberi amaran.
" sorry Uncle. Gurau je " Akari mengangkat tangannya. Uncle Austin hanya mengangguk dan beredar.
" cik muda ni, lain kali jangan buat macam tu. Nasib baik saya tak kena buang kerja " kata Koichi dengan wajah yang masih pucat.
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
Fiksi PenggemarNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...