Bab 12 : Bad Luck III
" welcome guys " Akari menjemput sambil membawa baldi keluar dari stor berkenaan. Mereka hanya tergelak apabila mendengar jemputan Akari itu. Mereka tahu Akari sudah biasa dengan tempat berkenaan.
" maaflah rumah tuan hamba ini kecil sahaja. Ada baldi, beberapa batang mop lantai, kain buruk, papan awas lantai basah dan semua peralatan berkebun dan peralatan membersihkan sekolah " ujarnya lagi.
" ini anak tuan hamba.. " kata Akari sambil memegang penyodok. Dia mengendong penyodok itu seolah-olah memegang seorang bayi.
" siapa nama anaknya itu ? " seloroh Kuhn.
" Kuhnnie " jawabnya lagi dengan nada selamba. Merah padam muka Kuhn mendengar nama berkenaan. Dia terkena!
" siapa suaminya ? " Bit-To bertanya sambil tersengih. Mana tahu, Akari berkata namanya. Yelah, Akari mengatakan anaknya itu adalah Kuhn. Mungkin Akari akan menjawab namanya sebagai suami Akari.
" dia.. Yang sedang memegang baldi itu. Nampak sahaja garang tetapi hatinya sangat baik. Sebab itu lah tuan hamba terpikat " kata Akari lagi sambil menunjukkan suaminya itu.
" Jinhoo ? " mereka menjerit.
" aku ? " dia menunjukkan dirinya. Aku suami Akari ? Jinhoo tersenyum lebar mendengar pernyataan itu. Bit-To segera menundukkan wajahnya. Hampa dan kecewa apabila Akari memilih Jinhoo sebagai suaminya.
" tapi itu hanyalah sementara. Hamba sudah berpisah dengan dia disebabkan dia terlalu baik pada hamba. Jadi, hamba telah bertemu dengan lelaki yang sesuai dengan hamba. Sekejap lagi dia lalu di muka pintu stor " ujarnya selamba. Mereka memerhatikan gerangan yang akan lalu di hadapan muka pintu itu.
Namun dua derapan berjalan di hadapan muka pintu itu. Ya, ada dua orang sedang lalu di hadapan bilik stor. Mereka menunggu dan terus menunggu sehingga....
" hai pakcik Jung dan Pakcik Han " kami menyapa mereka. Sekali si tukang sapu sampah da... Dahlah tak tampan malah tersenyum-senyum memandang kami terutama Akari.
" oh hai.. Rajinnya kemas stor " Mereka menyapa dan memuji kami. Kami hanya mengangguk.
" biasalah kami nak ringankan beban pakcik-pakcik semua. " jawab Kogyeol sambil mengangkat penyodok. Acah-acah buat kerja.
" baguslah .. Terima kasih ye " ujar pakcik Han. Mereka berjalan pergi. Kogyeol memerhatikan mereka sehingga bayang mereka hilang. Akari dan yang lain hanya menunggu sehingga Kogyeol memberi isyarat yang menunjukkan pakcik-pakcik itu sudah hilang dari pandangan.
Kogyeol mengangkat ibu jarinya menandakan kawasan mereka sudah selamat. Serentak dengan itu mereka ketawa terbahak-bahak!
" ya.. Itu lah suami Akari ! HAHAHAHA " Kuhn berkata sambil ketawa. " hensem weh! " kata Wei lagi. Dia terpaksa menahan ketawa apabila melihat wajah pakcik itu yang tersenyum simpul memandang Akari. " memang suami pilihan ... Hahahaha " usik Bit-To lagi. Akari hanya tersengih. Dia tidak menyangka pakcik itu akan lalu di hadapan muka pintu itu.
" perempuan mana boleh kahwin dua jadi permainan itu terbatal. Okay, mari kita lihat jodoh aku yang lain pula " ujar Akari lagi.
" mari.. " mereka berkata sambil memandang ke muka pintu. Mereka menunggu seseorang lalu di hadapan muka pintu stor. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi orang berjalan.
3... 2...
" jodoh aku ni... " Akari segera ke muka pintu. Di dalam mindanya, dia akan menarik orang berkenaan dan menunjukkan jodohnya adalah orang berkenaan tanpa melihatnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanfictionNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...