Bab 16: cause i am hungry

150 12 1
                                    

Bab 16 : Cause i am hungry

        Akari memakirkan motornya di tempat biasa. Dia membuka jaket hitamnya dan topi keledar yang menutupi wajahnya.

     " aduh.. Lapar " Akari mengumam sambil mengosok perutnya. Jam baru menunjukkan 7.15 pagi. Aku paling awal datang sekolah! Aku mengeluh dan melangkah dengan lemah. Menyesal aku tak makan dekat rumah tadi.

       Akari mengeluh. Mana ada orang dekat kawasan sekolah ini malah Pakcik tukang sapu pun belum sampai lagi.

        Geng Akari pun belum sampai. Akari mengeluh lagi dan duduk di anak tangga. Dia tidak suka makan berseorangan kecuali ketika dia tengah marah.
     
         Terpaksalah ..

       Akari bangun dari anak tangga dan berjalan dengan malas ke kafeteria. Mindanya sibuk berfikir bagaimana dia nak makan berseorangan hari ini.

      " Onodera Akari ? "

     Aku mencari suara berkenaan.

      " sini lah.. Saya berada di kanan awak " suara itu berkata sambil tertawa kecil. Aku segera memandang ke arah kananku.

      " Sanha ? "

     Dia tersenyum. Lelaki yang telah meluahkan perasaan pada aku. Aku mengukirkan senyuman dengan penuh terpaksa memandang ke arahnya. Kenapa dalam banyak-banyak pelajar, aku mesti jumpa dia ?

       " awalnya awak datang ? " dia menegur. Aku masih tersenyum dan menggaru kepala.

       " saya terbangun awal dan tiada kerja yang hendak dibuat di rumah. " aku menjawab.

      " awak buat apa datang awal ni ? " aku pula bertanya.

       " saya baru sahaja selesai bermain bola keranjang. Saja bertukar arah dari bola tampar ke bola keranjang hari ini " dia menjawab seperti mengetahui apa aku sedang aku fikirkan.

Well.. Mana ada orang main bola tampar seorang diri kan ?

        Aku melihat manik-manik peluh membasahi wajahnya. Dia dapat melihat yang Sanha berusaha dengan kuat.

      Krong..

        Kami serentak memandang antara satu sama lain. Aku menundukkan wajahku yang mula kemerahan sambil memegang perutku yang berkeroncong.

Masa ini lah dia nak berbunyi !

        " jom kita pergi kafeteria " aku menarik tangannya. Sanha terkedu apabila Akari menarik tangannya. Dadanya berdebar apabila Akari mengenggam erat tangannya dan mereka berlari ke kafeteria bersama-sama.

Malu! Semalu malunya!!

        Akari mengenggam tangannya tatkala teringat akan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. Sanha, lelaki yang meluahkan perasaannya mendengar perutnya berkeroncong !

       " malunya! " Akari menghentakkan tangannya yang digenggam di atas meja di kaunter. Makcik yang sedang membuat air itu terkejut sehingga bekas yang dipegang itu hampir jatuh.

     " Akari .. Jangan ketuk meja ini. " tegur pekerja di kafeteria yang sedang berdiri di hadapan ini. Aku mendiamkan diri dan meminta maaf.

      " saya nak set sarapan pagi 1 dan ice chocolate 2 " aku memesan pada pekerja kafeteria itu. Dia mengangguk dan menaip pesanan aku di komputer di hadapannya. Seusai sahaja memesan dan membayar, aku berjalan ke arah Sanha yang sedang duduk memandang ke arahku.

" awak, awak lupakan peristiwa tadi ok ? " aku berkata sebaik sahaja duduk di kerusi. Sanha hanya tersenyum dan tertawa kecil.
  
      " saya takkan beritahu pada sesiapa. Perkara yang mengaibkan tak patut dibuka. Kalau saya buka perkara mengaibkan awak tak mustahil suatu hari nanti ada orang pula membuka cerita perkara yang mengaibkan saya. Saya tidak mahu menjadi seperti membuka pekung di dada sendiri " ujar Sanha lagi. Aku tersenyum dan menunduk. Apa yang dikata itu benar. Kami berbual kosong sehingga pekerja kafeteria mula menghidangkan sarapan ku.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now