Bab 11 : P.E class

146 11 8
                                    

Bab 11 : P.E Class

    Akari dan pelajar kelasnya baru sahaja menukar baju seragam mereka kepada pakaian sukan. Akari melilitkan jaket sukan di pinggangnya, mendedahkan bajunya yang tidak berlengan itu. Pakaiannya ala-ala pemain bola keranjang.

Dia tidak berminat untuk memakai baju lengan panjang.. Panas katanya.

       " hari ini, kita akan bermain bola tampar dan di sebabkan pelajar lelaki kita sangat kurang, Akari awak perlu join mereka seperti biasa. " guru sukan mereka, Minho menambah.

Akari mengangkat ibu jarinya dan memasuki pasukan lelaki. Dia berjalan ke arah kumpulan mereka dan menepuk tangan mereka. Siapa tak gembira dapat kumpulan dengan geng sendiri.

     " ok semua, sila rancang strategi anda dalam masa 10 minit " ujar Cikgu Minho. Kumpulan mereka mula berkumpul dan memilih para pemain.

      " aku nak korang main macam biasa. Menang kalah adat permainan. Kalau boleh, menang lah. Aku tahu kau boleh lawan mereka, Hwanhee " aku menyebut nama kawan lelakiku. Hwanhee yang terpinga-pinga segera menjawab.
 
            
        " saya akan buat demi awak " ujar Hwanhee sambil memalingkan wajahnya, malu dengan pengakuannya itu.

      " WO!! " Para pelajar lelaki menjerit. Ada yang bersiul apabila mendengar luahan hati itu. Akari hanya tersenyum sinis segera menghentikan keriuhan mereka.

      " dah.. Dah. Sekarang ini kita rancang.. Wei dan DK ambil bahagian tengah. Sunyoul, Gyujin dan Joshua sambil posisi kiri dan yang lain kita serang je " kata Akari.

     " bagaimana dengan Wooshin ? " Seungcheol memandang Akari. Akari berpaling dan tersenyum. Oh dia terlupa akan kewujudan Wooshin.

        " join je .. " kata Akari lagi.

 
   " pitttt!! " wisel dibunyikan. Akari memandang ke arah cikgu Minho dan para pelajar perempuan yang memandang dengan perasaan marah padanya.

        " kita mulak--- "

      Eunseo menjerit.

      " ini tidak adil! Asyik Akari je geng dengan budak lelaki! Asal P.E Class je mesti Akari geng dengan mereka! Cikgu pula asyik asyik dengan Akari ! Saya bosan tahu tak! " dia menjerit lagi.

       " dahlah dorang asyik menang je! Kami yang selalu kalah! Saya taknak main kalau cikgu masih tetap dengan Akari! " Eunseo memberi amaran.

     " tapi Eunseo.. "

    " No! Saya tak suka.. " Eunseo berkata lagi sambil menyilangkan tangannya. Dia bertekad dengan apa yang dikatakannya. Cikgu Minho menghembuskan nafasnya sambil memandang Akari.

      " its okay lah cikgu. Benda kecil macam ini tak perlu dah diperbesarkan. " kata Akari sambil tersenyum. Lol! Eunseo memang kebudak-budakan.

       " saya tak setuju! " Kuhn membantah. Dia tidak suka sekiranya Akari berkumpulan dengan orang lain. Pelajar perempuan akan membuli Akari secara mental.

         " pula.. " cikgu Minho menepuk dahinya.

     " saya tetap dengan pendirian saya " Eunseo berkata. Kuhn hanya tersenyum sinis.

      " so do I " dia berkata dengan senyuman sinis lagi. Kedua-dua tidak mahu mengalah. Cikgu mereka hanya menepuk dahi, tidak mampu berbuat apa-apa.

Apa aku nak buat ?

        " saya ada cadangan .. " Wooshin berganjak ke hadapan sambil mengangkat tangan. Semua memandang ke arah Wooshin, ingin tahu akan cadangannya.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now