Bab 68 : Cinderella

108 7 0
                                    

Bab 68 : Cinderella

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya di belakang pentas. Entah mengapa perasaan gemuruh menyelebungi aku secara tiba-tiba. Selalunya, aku tidak mengalami perasaan ini tetapi mengapa hari ini situasinya agak berlainan.



" Aka-chan.. Are you okay ? " Eunwoo yang tiba-tiba memunculkan diri di sebelah aku. Dia yang sudah memakai sut putera itu menepuk bahu aku.




Aku mengangguk perlahan. Entah mengapa pada hari ini, mataku agak gatal sedikit untuk menatap wajah Eunwoo. Perlahan-lahan aku mencuri pandang wajah Eunwoo di sebelah aku.




Oh My.. Hensem gila dia!

       Aku kembali memandang hadapan setelah melihat wajahnya di sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Aku kembali memandang hadapan setelah melihat wajahnya di sebelah. Hatiku turut berdebar apabila melihat wajah kacak yang sedang risau melihat keadaan aku.



Tenang Akari! Dia tu hanya kawan!




Aku menarik nafas panjang, cuba melupakan perasaan aku yang semakin berdebar apabila melihat Eunwoo.




" saya ok. Terima kasih kerana risaukan saya.. " aku berkata lagi. Aku kembali memandang ke arah pentas yang bakal menjadi tempat aku melakonkan watak Cinderella itu.




" betul ni ? " dia menundukkan badannya dan memandang ke arah aku. Aku mengangguk kecil, menahan debaran yang makin kuat itu.





" semua pelakon diminta bersedia! Kita akan mulakan lakonan ini dalam masa 5 minit! Akari.. Bersedia untuk ambil posisi! " cikgu Suzy memberi arahan. Aku segera berdiri dan memandang Eunwoo di sebelah.





" saya pergi dulu.. " Akari tersenyum. Eunwoo mengangguk sambil melambaikan tangan.




" berusaha Aka-chan! " dia memberikan kata-kata semangat pada Akari sebelum Akari melangkah ke pentas. Akari yang mendengar hanya mengangkat tangan dan dia mula menaiki tangga yang menghubungkannya dengan pentas itu.




" bersedia Onodera ? " salah seorang pelakon menegurnya. Aku mengangguk dengan yakin sambil menunggu tirai itu dibuka.



" bersedia dalam 3.. 2.. " cikgu Joongki mula mengira detik pementasan Cinderella itu.




1..




    Aku menarik nafas dan berjalan ke atas pentas. Kerana aku ialah Cinderella, aku perlu lakonkan watak dengan sehabis baik.

•••••






" Omma, bolehkah Cinderella ikut Omma dan Unnie-unnie pergi ke majlis tari-menari ? " Cinderella bertanya pada ibu tiri dan kakak-kakak tirinya.





[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now