Bab 13 : Agreement
Akari memandang ke arah jam di dinding rumahnya.
" dah pukul 5 " keluhnya perlahan. Dia berjalan ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Masih ada 15 minit untuk dia menunggu ketibaan bapanya. Dia nekad, dia ingin meminta pandangan bapanya.
" pin! " bunyi yang ditunggu Akari bergema. Dengan pantas, Akari segera berlari ke muka pintu untuk menyambut ketibaan bapanya yang tersayang.
" Pa ! Selamat kembali " Akari menunduk dan segera memeluk Pa nya yang baru sahaja memasuki rumah. Pa hanya tersenyum melihat anak perempuannya itu menyambutnya di muka pintu. Segala kepenatan yang digalas beransur hilang tatkala wajah itu tersenyum padanya dan senyuman itu khas untuknya sahaja.
" saya nak bincang dengan Pa " suara anak perempuan itu berkata. Dia menyuarakan hasrat untuk mengajaknya berbincang. Kerana tidak mahu menghampakan permintaan anak perempuan itu, dia segera mengangguk.
" tapi.. Pa nak mandi dan rehat dulu. Pukul 9.00 baru kita bincang ye " ujarnya dan mengusap lembut rambut anaknya itu. Apa lagi yang nak dibincangkan ?
Tepat pukul 9.00 setelah selesai makan malam,
Akari menjengah bilik bacaan Pa nya yang masih malap. Selalunya Pa sudah berada di dalam bilik ini untuk menenangkan fikirannya. Dia menggerutu sendirian apabila kelibat Pa masih tiada.
" Onne-chan... "
Akari berpaling dan melihat adik lelakinya, Atsutshi memandangnya dengan pandangan yang pelik. Di tangannya terdapat anak patung harimau yang berwarna putih yang dirangkul kemas.
" Atsutshi-chan " aku memegang lembut kepala adik ku.
" Apa yang Onne-chan buat di sini ? " soalnya.
" Onne-chan nak jumpa Pa. " jawabnya lagi.
" Atsutshi nampak Pa tak ? " dia menyoal. Atsutshi hanya mendiamkan diri sebelum menjawab soalan kakaknya itu.
" ada dekat depan TV .. Kejap lagi dia naik lah tu " jawab si adik.
" Onne-chan, kenapa Wooshin hyung tak datang dengan Onne-chan ? soal si adik.
Aduh! Adik .. Jangan tanya soalan macam tu pada kakak.
" Onne-chan nak cakap dengan Pa bersendirian. " ujarnya.
Atsutshi hanya mengangguk. Entah faham entah tidak aku tak pasti.
" Akari-chan, Atsutshi-chan " serentak mereka berdua berpaling. Senyuman manis terukir di bibir mereka." Otousan ( dad ) ! " mereka menjerit kegembiraan. Mereka segera berlari ke arah Otosan A.k.a Pa dan berdiri di hadapannya.
" wah.. Kenapa tiba-tiba panggil Otousan ni? Selalu panggil Pa je " Otosan mengusap kepala kedua-dua anaknya dengan lembut. Cahaya mata yang paling disayanginya di dunia ini.
" ala.. Bosanlah asyik panggil Pa je. Tak cool lah .. " Akari berkata.
" tak cool.. Tak cool " Atsutshi mengajuk.
Otosan tertawa apabila mendengar jawapan Akari dan Atsutshi.
" baiklah .. Lagipun Pa rindu juga nak dengar anak Pa ni panggil Pa 'Otousan' " ujarnya lagi sambil mengusap rambut anaknya itu.
" Otousan ! " mereka mengulang dan memeluk bapa mereka. Kasih sayang anak dan bapa tidak akan putus kerana air yang dicincang takkan putus.

YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanfictionNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...