Sehari sebelum perlawanan, Jinhoo mengambil keputusan untuk bertemu dengan Wooshin. Ada perkara yang perlu dijelaskan sebelum Wooshin dan Eunwoo berlawan esok. Nak diharapkan yang lain, memang tak lah jawabnya. Ada ke patut waktu sekarang ini mereka boleh lepak dekat taman bunga, posing gambar semua then post dalam Instagram. Kemudian kapsyen,Tengah lepak dengan member. Esok lawan bola keranjang! Wish me luck!
#kuhnkacak#weihensem#kogyeoltampan#bittosmart#kamigenghipstur#kamitakkangentar#jangankecamkami#kamiwiraesok#kemenangandalamtangan
Kemenangan dalam tangan benda kalau tak berlatih! Memang tempah kekalahan lah cerita dia!
Jinhoo mendengus apabila teringat akan perilaku kawan-kawannya. Ada ke patut rileks je waktu macam ni! Si Eunwoo tu pula aku tengok asyik berlatih sahaja. Mungkin kemaruk nak cinta Akari kot .. Ah, lupakan! Misi aku sekarang aku kena jumpa Wooshin tak kira macam mana pun!
Jinhoo berjalan ke rooftop blok pelajar senior. Dia tahu Wooshin pasti berada di sana, sedang berfikir tentang perlawanan esok. Yelah, Itulah tempat Wooshin dan Akari meluangkan masa suatu ketika dahulu. Ala, bukan dia tidak tahu mereka saling bergurau senda di sana suatu ketika dahulu. Well, Jinhoo seorang spy yang terlatih.
#mohonjangankecamjinhoo.
Ok mari berbalik pada cerita. Jinhoo segera mendaki tangga ke rooftop. Seperti biasa, pintu rooftop dikuak dan dia segera melangkah ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri sambil memerhatikan pemandangan awan di atas sana.
*mohon buka lagu Menahan Rindu pada bahagian ini itupun kalau ada..*
Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyiBiarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua iniBiarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu" biarlah aku.. Menaha-- " belum sempat Wooshin menghabiskan lagu berkenaan, bahunya ditepuk dari belakang. Habis terangkat bahu dibuatnya apabila disergah sedemikian rupa.
" sedap suara " jawab Jinhoo sambil berdiri di sebelah Wooshin. Diletakkan tangannya di atas palang besi berkenaan dan mula memandang ke arah langit.
Wooshin mengetap bibir. Ada ke patut orang tengah feeling feeling menahan rindu pada isteri yang tidak dilihat wajahnya sejak dua hari lalu ni, boleh pula mamat ni kacau line.
Mana Akari?
Jangan ditanya ke mana Akari pergi sebab Wooshin sendiri pun tidak tahu dia di mana.
" kau nak apa sebenarnya datang jumpa aku ? Tak cukup ke lepak dengan isteri aku dan sekarang ni datang depan aku cakap yang isteri aku taknak balik pada aku kan! " Wooshin memutarkan biji matanya. Rasa sakit hati terhadap Jinhoo semakin membuak-buak.
" bodoh tu simpan sikit. Aku datang ni nak tolong kau lah, pandai " jawab Jinhoo sambil merenung Wooshin. Suka hati dia je nak tuduh aku macam tu! Patutlah bini pun lari..
Wooshin berdecit. Dia memandang Jinhoo dengan pandangan sarkastik." tolong ? Heh, tolong lepaskan Akari kan ? "
DUSH!
Jinhoo memberikan satu tumbukan padu pada pipi Wooshin. Dia benar-benar hilang sabar terhadap Wooshin yang asyik menuduhnya. Benarlah kata pepatah, kerana mulut badan binasa.
![](https://img.wattpad.com/cover/95956404-288-k38398.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
Hayran KurguNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...