Bab 39 : Kim Taehyung

137 8 2
                                    

Bab 39 : Kim Taehyung

Dua hari selepas ditahan di hospital, aku dibenarkan keluar. Berita baik, Ma dan Pa menjemputku dan berita kurang baik, Wooshin turut bersama malah sibuk berlakon watak suami mithali. Aku hanya mendiamkan diri dan bersikap dingin.

Memang tak lah aku nak baik semula dengan dia setelah apa yang dia buat pada aku. Baiklah, kita lupakan kisah hal rumah tangga aku ni.

Yang paling baik, aku dapat ke sekolah semula hari ini yang kebetulan hari Khamis. Seperti biasa, aku menunggang motosikal berkuasa tinggi aku yang telah dibaik pulih beberapa hari lalu. Memang seronok gila lah jawabnya. Rasa macam dah bertahun tak menunggang motor tau! Baiklah Akari, sila kontrol kegirangan anda di hadapan orang ramai.

Motor berkuasa tinggi itu memasuki pintu pagar sekolah dan terus meluru ke parkir motor. Aku mematikan enjin motosikal lalu memandang meter yang mula bergerak menuju ke angka 0 . Topi keledar aku buka dengan perlahan supaya tidak mencacatkan rambut hadapanku lalu ku sisir rambut belakangku dengan jari. Kemudian, sarung tangan dan jaket ku buka dan diletakkan di atas motor. Tanpa membuang masa, aku melangkah turun dari motosikal berkenaan dan berjalan keluar dari tempat letak motosikal berkenaan.

" cuaca hari ini sangat baik " Aku menarik nafas panjang, menikmati udara segar pada pagi itu. Indahnya suasana pagi Khamis ini.

Aku tersenyum sambil melangkah ke bangunan kelas. Tiba-tiba aku didatangi sekumpulan pelajar dan mereka mengepungku.



" Akari-san ! Bagaimana keadaan awak hari ini! Adakah awak ingin membalas dendam pada Kim Taehyung ? "


" adakah awak akan membuli Kim Taehyung kerana meracuni awak? "


" adakah Kim Taehyung akan menjadi mangsa awak seterusnya? "


" adakah disebabkan awak selalu lari daripada Taehyung menyebabkan dia memberi racun pada awak ? "


Akari segera menutup matanya apabila pancaran cahaya kamera mengenai wajahnya. Matanya terasa gelap apabila cahaya itu memasuki biji matanya. Dia menolak mereka yang mula menghimpitnya.


" jawab soalan kami, Akari-san! " mereka saling berbalah apabila Akari menolak. Keadaan yang semakin sesak itu menyebabkan Akari hampir lemas. Matanya meliar mencari kawasan yang boleh dia mencelah dan meloloskan diri. Entah bagaimana dia terfikir akan sesuatu idea.


" TENGOK! UFO ! " Akari menjerit sambil menunjukkan langit. Mereka segera mengangkat wajah apabila mendengar perkataan UFO itu. Akari hanya tersenyum sinis dan berjaya meloloskan diri daripada kumpulan pelajar berkenaan. Dia segera berlari dan mencari tempat untuk bersembunyi.

bilik stor lama.



Hanya itu bilik yang dapat difikirkan oleh Akari. Dia segera berlari ke stor dan memasuki bilik berkenaan. Dia tahu, kumpulan pelajar itu tidak akan mengetahui tempat dirinya bersembunyi. Akari menghela nafas yang panjang apabila dia berjaya meloloskan diri dan bersembunyi di bilik stor yang sudah usang itu.


" selamat.. "



Akari terduduk di atas lantai lalu bersandar ke dinding stor itu. Bau barang-barang lama, sarang labah-labah yang melekat di dinding dan habuk-habuk yang berterbangan tidak dipedulikan Akari. Yang penting, dia selamat di situ. Dia lega apabila duduk di situ. Biarlah dia jadi penunggu di stor usang ini daripada dia dikejar oleh raksasa yang sibuk membuat spekulasi yang tidak munasabah.


Aku segera menilik jam di tanganku. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Aku segera bangun sambil menepuk baju yang sedikit kotor akibat debu-debu habuk yang berterbangan itu. Dengan langkah berjaga-jaga, aku membuka pintu stor itu dengan perlahan-lahan dan menjenguk kepalaku keluar.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now