Bab 7 : Dream
Akari segera bangun dari sofa. Dia mengeliat dan segera meraba meja untuk mencari iPhone nya.
Jam menunjukkan pukul 6 pagi.
Dia melihat katil dan susuk tubuh Wooshin tiada di katilnya. Akari segera meregangkan badannya dan menguap. Hari ini dia terbangun awal. Melihat kelibat Wooshin tiada di katil, dia segera berlari dan berbaring di atas katil King nya dan merehatkan badannya yang sengal dan lenguh akibat berbaring di atas sofa di dalam biliknya itu.
Fuh! Leganya badan aku!
Akari berkata sambil memeluk bantal busuknya yang tidak sempat dia ambil akibat Wooshin telah menakluki katilnya semalam. Dia memeluk bantal busuknya dengan lebih erat sehingga dia dibuai mimpi.
Di dalam lena, Akari termimpi akan Wooshin. Wooshin sedang memerhatikannya dengan pandangan yang tajam. Setajam hulu pisau. Kemudian, Wooshin berjalan mendekatinya selangkah demi selangkah. Peluh membasahi tangannya apabila Wooshin semakin hampir dengannya.
Tiba-tiba Wooshin bertukar menjadi seekor raksasa yang hodoh. Matanya merah seperti darah. Kukunya tajam dan panjang. Lebih hodoh daripada zombie daripada cerita Train To Busan tetapi yang peliknya giginya tersusun cantik dan bau nafasnya seperti ubat gigi Darlie.
What the Heck ?
Aku bingung. Raksasa ada bernafas Darlie ke? Aku mengerut dahi dan menggaru kepalanku yang tidak gatal. Raksasa yang bernafas Darlie untuk mendekatiku dan memegang bahu ku. Dia mencengkam tubuh badanku dengan tangannya yang hodoh itu. Kulit yang bersisik dan menggerutu terasa di bahuku.
Aku cuba untuk menendang perutnya tetapi sayang, kaki ku pendek. Aku tidak dapat mencapai apa-apa untuk melawan raksasa hodoh itu.
" cup! " raksasa itu mencium pipinya. Akari terkesima tatkala raksaksa tersenyum-senyum selepas menciumnya. Dengan segera Akari mengusap pipinya dan menjerit.
Dia berasa jijik dan geli apabila mulut raksaksa itu mengenai pipinya. Raksasa itu hanya tergelak sekuat hatinya dan melepaskan Akari. Entah mengapa tiba-tiba bayang-bayang raksasa itu hilang. Akari masih mengosok pipinya sekuat hati cuba untuk menjejaki raksaksa itu.Dia menjejaki sehingga terdengar namanya dipanggil dari suatu arah. Akari segera mencari suara itu sehingga dia terjumpa sebuah pintu yang bercahaya.
" Akari ! " Aku membuka mata. Wooshin betul-betul berada di hadapanku dan seinci lagi dahi kami akan berlaga. Rambutnya yang basah itu menunjukkan dia telah selesai mandi. Air rambutnya menitik di atas pipiku.
" warg!!! " aku menjerit. Wooshin yang sedang berada di hadapanku segera bangun dan menutup mulutku.
" awak nak Ma datang ke dan Tengok saya macam ni " kata Wooshin sambil menunjukkan dirinya yang hanya memakai jubah mandi sambil memandang Akari.
Pipi Akari mula merona merah. Dia dapat rasakan bulu romanya mula meremang dan dia segera memalingkan mukanya ke arah lain.
Walaupun aku tiada perasaan tengok lelaki waktu bergaduh dengan mereka tapi kalau tengok lelaki macam ni.. Memang gugur hati aku ni.
" dah pukul berapa? " tanya Akari mengubah topik.
" 6.45 " kata Wooshin lagi mengambil pakaian yang telah tergantung di dalam almarinya.
" mak!!! Dah lambat!! " Akari mengambil tuala dan terus berlari ke dalam bilik air. Dia sudah lambat!
Wooshin memandangnya dengan pandangan yang pelik. 6.45 pagi dah lambat? What the Heck dia tu.. Wooshin menggelengkan kepalanya dan terus memakai pakaian seragamnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/95956404-288-k38398.jpg)
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanficNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...