Aku tak sangka yang Wooshin tidak pandai bermain bola keranjang.
Malah yang lebih teruk, aku jamin Wooshin akan kalah pada Eunwoo.
" yah Akari! Oppa penat lah! " keluh Wooshin apabila Akari tidak henti-henti menyuruhnya menjaringkan bola ke dalam tiang gol.
Aku menepuk dahi apabila mendengar keluhan Wooshin. Ini baru jaringkan gol.. Belum lagi aku rampas bola dari tangan dia.
" yah! Oppa kata oppa nak menang! " Akari berkata sambil melabuhkan punggung di atas lantai. Wooshin turut serta duduk di lantai itu sambil memegang bola keranjang.
" memanglah.. Tapi oppa tak tahu main permainan ni. " keluh Wooshin lagi. Akari menghela nafas sambil memandang ke arah jaring gol itu.
" salah satu sebab kenapa Akari suka Eunwoo adalah disebabkan dia handal dalam bola keranjang. Dia tu macam Aomine, oppa! " Akari tersenyum apabila teringat Aomine, pujaan hatinya.
" siapa Aomine ? " Wooshin mengangkat kening. Jarang sekali Akari menyebut nama berkenaan di hadapannya. Malah senyuman Akari itu turut mengundang perasaan cemburunya pada Aomine." Aomine tu lelaki dalam cerita anime. Dia handal dalam bola keranjang. Ala.. Kalau cerita pun bukan oppa kenal pun. " ujar Akari lagi. Wooshin hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.
" abaikan siapa Aomine tu.. Sekarang ni Akari nak oppa sambung balik shoot bola. Jadi, mari kita sambung! " Akari bingkas bangun dari posisi duduk. Dia perlu menang dalam pertandingan ini. Jikalau tidak, dia akan menjadi milik Eunwoo.
" oppa penat lah Akari.. " Wooshin mengeluh. Dia mula membaringkan badannya di atas court berkenaan. Malah Wooshin juga memejamkan matanya, menunjukkan dia tidak mahu bermain lagi.
" yah.. Bangunlah Kim Woseok! " Akari kembali duduk di tepi Wooshin yang sedang berbaring itu. Ditolak-tolak bahu Wooshin supaya dia bangun. Namun lelaki itu masih tidak berganjak. Masih dalam posisi berbaring dan masih menutup mata.
" oppa ni.. " Akari mengeluh. Kadangkala lelaki yang berada di hadapannya agak menjengkelkan. Dengan perlahan, Akari berganjak ke kepala Wooshin. Dia tahu, hanya satu sahaja cara untuk membangunkan Wooshin.
Akari segera mengusap rambut Wooshin dan mula menundukkan wajahnya ke wajah Wooshin. Dengan perlahan, dia merapatkan dahinya dengan dahi Wooshin dan bibirnya mula mengucup bibir Wooshin.
Chup!
Tiba-tiba Akari merasakan jarak mereka semakin dekat apabila tangan Wooshin memegang kepalanya. Malah tangan itu merapatkan lagi jarak mereka. Selang beberapa saat, Akari meleraikan kucupan itu.
" Thank you sayang " Wooshin tersenyum manis apabila menerima kucupan itu. Malah rancangannya berjaya dengan jayanya apabila Akari sendiri yang mengucupnya. Dia berpura-pura tidur supaya dia mendapat kucupan itu.
" oppa saja je kan.. " Akari mengigit bibir. Dia dapat rasakan pipinya semakin membahang dan mula bertukar menjadi merah. Argh.. Malunya!
Wooshin tertawa kecil. Dia kemudiannya bangun dari posisi baring dan duduk di hadapan Akari. Lalu digosok kepala Akari dengan lembut." comelnya dia! " Wooshin kemudiannya mencubit pipi Akari. Kasihnya hanya tumpah pada Onodera Akari sahaja dan bukan orang lain.
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanfictionNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...