Bab 67 : An Action 2

95 7 0
                                    

Bab 67 : An Action 2

Hubungan Akari dan Eunwoo mula menjadi rapat selepas kejadian itu. Malah lakonan yang mereka lakukan juga turut bertambah baik. Akari juga tidak lagi mengenakan Eunwoo seperti dahulu.




Dan perkara ini telah menimbulkan rasa kurang puas hati pada seseorang.





" Hoshi! " Akari melambaikan tangannya tatkala mereka bersua di kantin. Dia yang baru sahaja meluangkan masa dengan ahli kumpulannya segera bertemu Hoshi yang kebetulan baru sahaja membeli air tin di mesin air di sekolahnya.




" Yes beb! " Hoshi tersenyum sambil melambaikan tangannya. Akari terus berlari ke arah Hoshi dan menepuk bahunya sebaik sahaja dia sampai.





" jangan lupa datang pementasan kami esok! Aku jadi watak utama! " ujar Akari dengan gembira. Yelah, dia telah menerima takdirnya yang dia menjadi Cinderella.





" mestilah aku pergi! Aku nak tengok King sekolah lakonkan watak lemah! Muahahaha ! " dia berseloroh. Akari hanya tersenyum sinis lalu menumbuk bahu Hoshi.




" aku tahu aku awesome! " katanya sambil menyelak rambutnya ke belakang. Masuk bakul angkat sendiri lah katakan.




" dahlah.. Akari aku nak tanya kau satu soalan boleh ? " Hoshi bertanya. Nada suaranya agak berubah kali ini. Serius sahaja bunyinya.



Akari mengangguk.




" kau dah rapat dengan Eunwoo ke ? " Hoshi memandang mataku.




Di suatu tempat,



" Cinderella ! Cinderella! Makanlah buah epal ini. Penat nenek petik untuk Cinderella " sambil terbongkok-bongkok Kogyeol berjalan. Selangkah demi selangkah dia berjalan ke arah Bitto.


" weh! Tu bukan cerita Cinderella tapi cerita Snow White! Kau tak pernah baca cerita dongeng ke ? " Kuhn menumbuk bahu Kogyeol. Apalah! Cerita Cinderella pun tak tahu!


Kogyeol kembali bangkit dan mengosok bahunya. Agak perit juga tumbukan yang dihadiahkan padanya.



" habis kalau kau pandai sangat.. Cuba kau lakonkan cerita Cinderella yang sebenar! " dengan marah, Kogyeol menjeling Kuhn. Dia terus mengambil tempat di sebelah Bitto yang memegang watak puteri itu. Bitto memegang setangkai bunga ros yang sudah dibuang durinya.




" tengok abang pro buat ! " Kuhn menepuk dada lalu membetulkan posisi berdiri.



" an Action! " Jinhoo berkata.



" Cinderella... " dia merenung wajah Bitto dengan pandangan yang sayu. Dengan perlahan, dia mendekati susuk tubuh yang sedang duduk di bangku taman bunga itu.




" turunkan rambutmu yang panjang itu supaya aku boleh daki ke tingkat atas. Turunkan rambutmu yang panjang itu Cinderella.. Aku-- " Wei mengetuk kepala Kuhn sebelum sempat dia menghabiskan ayat.




" lain kali jangan nak jadi bodoh sombong.. Itu cerita Rapunzel lah pandai! " Wei menjentik dahi Kuhn pula. Dia mengambil tempat di sebelah Jinhoo dan terus duduk.


" tulah kau! Lain kali kaji dulu cerita Cinderella tu macam mana... " sindir Kogyeol pada Kuhn.


" tah! Acah-acah baca cerita dongeng konon.. Cerita Cinderella pun tak tahu ada hati nak memperbetulkan kesilapan orang.. " tambah Bitto lagi.



Kuhn hanya tersengih, malu apabila disindir begitu.




" habis, cerita Cinderella macam mana ? Aku dulu mana layan cerita puteri-puteri raja ni. Dulu aku membesar dengan cerita dinasour je.. " tambah Jinhoo. Mereka berlima bercadang untuk membuat kejutan pada Akari.



Secara perlahan mereka berlima mengeluh.




" search Google lah! " arah Bitto lagi.




" buat apa nak search kalau pelakon dia ada di sini ? "


Serentak mereka berlima menoleh.

Akari!




Dengan senyuman semanis gula, Akari mengambil tempat di sebelah Kuhn.


" sejak bila kau ada dekat sini ? " Kogyeol menukar topik. Mereka tidak mahu membincangkan perihal Cinderella itu di hadapan Akari. Yelah, Akari kan pelakon cerita itu dan dia tidak mahu Akari tahu kejutan yang bakal mereka buat usai sahaja pementasan itu berakhir.

" sejak Cinderella! Cinderella makanlah buah epal ini lagi.. " jawab Akari sambil memandang ke arah geng nya. Dia sengaja mendiamkan diri sewaktu pelakon-pelakon tidak berbayar itu sedang berlakon.

Wajah Kogyeol mula bertukar menjadi merah. Dia malu apabila Akari melihat hasil lakonan yang tidak menjadi itu. Kuhn pula membuang pandang ke tempat lain. Yelah, mereka berlakon bukan ikut cerita yang sebenar.

" tapi ok je aku tengok korang berlakon tadi. " puji Akari lagi. Kuhn dan Kogyeol segera tersenyum bangga apabila dipuji.

" terutama Bitto.. Aku dekat belakang tahan gelak je tengok muka Bitto yang tiada perasaan itu memegang bunga " Akari tersengih lagi. Pujian yang diberikan itu ikhlas dari hatinya.

" told you, I'm the Best " Bitto menyelak rambutnya ke belakang dengan rasa yang bangga. Dia yang memegang watak puteri turut dipuji.

" ini poyo.. " Jinhoo berseloroh. Bitto dan poyo memang tidak boleh dipisahkan lagi...

" jeles cakap.. " jawab Bitto lagi. Jinhoo menjelirkan lidah apabila mendengar ayat berkenaan.

Melihat mereka yang mula hendak bergaduh itu, Wei terus menukar topik perbualan.

" so, kau bersedia untuk esok ? " Wei bertanya.

" aku sedia je.. Jangan lupa tengok aku berlakon " Akari berkata lagi. Dia begitu gembira menjemput rakan baiknya untuk menonton pementasan mereka. Malah dia tidak sabar untuk berlakon watak perempuan lemah itu.


•••••



Hai! Thanks kepada kepada yang sudi vote cerita ini walaupun kadang-kadang Author rasa banyak yang merapu 😂 Hahahaha anyways hope kalian support cerita ini hingga habis!

Author rajin hari ini tu yang post banyak kali tu hahaha

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now