Bab 45 : they know IT
" kau dah kahwin kan ? "
Akari menolak Wei yang memandangnya dengan sayu. Pelukan itu terputus sebaik sahaja Akari menolaknya.
Nasib baik, tarian itu telah berakhir.
" semua ahli dah tahu " ujar Wei lagi. Akari segera memandang Jinhoo.
" can we meet at our usual place ? " ujar Akari sambil memandang ahlinya. Mereka hanya mengangguk dan mereka berenam keluar dari dewan berkenaan. Mereka berjalan ke taman bunga yang menjadi tempat perjumpaan. Tiba sahaja di sana, Akari terus duduk. Dadanya berdebar tatkala rahsia yang satu itu terbongkar.
" baik, macam mana korang boleh tahu ? " Akari mengawal perasaan gemuruhnya itu. Rahsianya sudah diketahui oleh kawan baiknya itu.
Adakah mereka bakal meninggalkannya ?
" Wooshin beritahu " ujar Kuhn.
" Wooshin ? You means KIM WOOSHIN?! " Akari meninggikan suaranya apabila rahsianya terbongkar di sebabkan Wooshin.
" Ya! Dia beritahu! " Kogyeol menjerit. Dia teringat bagaimana hatinya hancur apabila Wooshin memberitahu perkara itu. Malah dengan belagak, dia menyatakan Akari miliknya.
" kenapa kau sorokkan daripada kitaorang ? " Bitto bertanya.
" kita kan kawan baik! Tapi kenapa kau tak beritahu kami ? " Kuhn menambah. Dia tidak menyangka Akari sudah berkahwin.
Akari mendiamkan diri. Lidahnya Kelu untuk menjawab soalan itu. Masakan dia lupa, mereka kawan baik. Patutlah kebelakangan ini, mereka tidak rapat dengannya.
" jawab Onodera Akari! JAWAB! " Kogyeol meninggikan suaranya. Dia tidak suka apabila melihat Akari mendiamkan diri. Dia rasa ditipu oleh Akari.
" dahlah korang .. " Jinhoo cuba meleraikan persengketaan itu. Namun dihalang oleh Kuhn.
" kau, jangan masuk campur! " jawab Bitto sambil menjelingnya sekilas.
" aku kahwin dengan dia sebab terpaksa. Ini perkahwinan yang dirancang oleh keluarga aku sendiri.. Aku minta maaf " Akari meraup wajahnya. Dia malu untuk berhadapan dengan ahli yang sentiasa dengannya.
" maknanya dulu korang bercinta lah " balas Kuhn. Akari mengangguk dengan lemah. Dia bertekad untuk tidak menangis waktu itu namun hatinya tidak kuat.
" tapi lepas kejadian tu, aku dah bencikan dia. Dia seksa hati aku dengan perempuan lain. Ke mana sahaja aku pergi, dia pasti akan membawa perempuan untuk menyakiti hati aku dan suatu hari, waktu aku sedar yang aku masih sukakan dia, dia hina aku depan perempuan lain. Perempuan tu sakitkan hati aku dan malukan aku depan dia. Aku malu, korang! Hati aku lebih sakit! " Akari mengenggam kain gaunnya.
" aku give up.. Aku give up dengan semua ni ! " jerit Akari lagi. Air mata kebencian mengalir di pipi. Dia merenung wajah ahli kumpulannya.
" aku minta maaf.. Aku rahsiakan sebab aku taknak korang pergi lepas korang tahu segalanya. Aku tiada kawan baik lagi.. " jawabnya dengan tersedu. Dia sayangkan ahlinya.
" dan aku minta maaf.. Aku tahu korang sukakan aku dan aku dah rosakkan cinta korang " ujarnya lagi. Dia tahu perasaan mereka terhadapnya sejak dahulu namun dia sahaja yang buat-buat tak nampak. Tangisan Akari mula kedengaran di taman bunga itu. Dia tidak mahu ahlinya meninggalkannya.
" Baka! "
Serentak mereka menjentik dahi Akari. Walaupun masih marah tetapi Akari itu ketua mereka, kawan baik mereka dan cinta hati mereka.
" kau ingat kitaorang ni kejam ke ? Aku kawan baik kau ! Tapi kau boleh pula ada crush dengan budak junior " balas Kogyeol sambil memeluk Akari.
" aku ni manusia juga. Kalau tak kerana suami kau beritahu, dah lama aku pijak kau sebab dengan sesedap rasa kau boleh jatuh cinta dengan budak tak matang tu " kutuk Kuhn memeluk Akari juga. Mereka berlima memeluk Akari dengan erat.
" baka.. Dahlah kahwin tak jemput. Lepastu boleh pula simpan rahsia macam tu. Kalau suami playboy kau tu tak beritahu, memang sampai ke tua lah aku tak tahu " Bitto menambah.
" aku dah kata aku tak suka dia! " marah Akari. Telinganya berdesing apabila mereka menyebut nama Wooshin.
" yelah yelah kau tak suka. Kalau dah putus tu, jangan lupa call aku. Aku boleh pukul mamat durjana tu dan kahwin dengan kau " balas Kogyeol lagi. Kuhn menepuk kepala Kogyeol yang selamba badak berkata demikian.
" kau ingat kelakar ke ? " Kuhn memandang Kogyeol.
" aku cakap benda betul. Dia kan cinta aku.. Gila lah aku nak lupa dia " balas Kogyeol lagi. Wei hanya merengus. Cintanya juga telah hancur.
" daripada kahwin dengan kau, baik aku kahwin dengan cikgu Bogum. Dia lagi lah crush aku " Jawab Akari.
" ala kalau dah kahwin tu buat cara dah kahwin. Jangan nak mengatal pula " sindir Kogyeol lagi.
" tolonglah.. Dia tu suami dalam kertas je. Lagipun dia sendiri yang kata, aku boleh keluar dengan sesiapa " jawab Akari lagi.
" baguslah playboy bertemu dengan heartbreaker macam ni. " Kuhn menambah.
" sia-sia je cinta yang aku beri kau. Lepastu tak boleh terima pula perempuan lain.. " rungut Kuhn lagi. Akari hanya tersenyum.
" dahlah aku nak balik. " ujar Akari lagi. Dia bersedia untuk bangun.
" haih.. Menari dengan aku pun tak. Nak blah macam tu je.. " bebel Bitto. Akari hanya tersengih lalu memegang bahu Bitto.
" baiklah jom " ujar Akari sambil menarik Bitto.
" baka.. Aku pun nak juga! " jerit mereka. Akari dan Bitto hanya tertawa dan mereka kembali ke dewan itu.
•••••

YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanfictionNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...