Bab 25 : Confession

126 13 3
                                    

Ehh.. Wooshin.

       Akari tersenyum kekok apabila melihat wajah suaminya yang sedang merenungnya dengan tajam. Dia segera memegang perutnya dan dengan pantasnya mencangkung.

        " aduh.. Aduh! " Akari mengaduh kesakitan sambil menekan perutnya itu.

Cepatlah datang.. Aku dah tahap malu gila dah ni bila orang pandang aku macam tu.

      " dia ni.. " Wooshin merengus seraya berlari ke arah Akari. Dia merangkul tubuh Akari dan membawanya ke suatu tempat yang lebih tersorok. Jauh dari orang ramai..

     " lepaskan lah " Akari meronta-ronta apabila mereka sampai ke tempat yang agak tersorok itu. Serius.. Ini bukan situasi yang dia inginkan.

      " oh.. Dah sihat rupanya " dia memerli dan meletakkan Akari di atas lantai. Wajah Akari yang tersengih itu dipandang dengan renungan yang tajam.

       " yelah.. Akari dah sihat lah " dia segera bangun dan menghadap Wooshin. Dia menepuk seluarnya dan membetulkan sweaternya.

      " cuba tengok telefon awak! " arah Wooshin dengan tegas. Dia amat geram dengan perangai Akari ketika ini.

     " rileks lah bro.. " Akari berkata.

      " bro?  " Wooshin menjegilkan anak matanya.

Alamak.. Dia terkeluar pula ayat itu.

      Akari segera mengeluarkan telefonnya dari poket dan melihat skrin telefonnya tidak menjawab jelingan Wooshin itu.

83 calls from Mamat Menjengkelkan.
12 unread Message from mamat menjengkelkan.

      Akari menghela nafas lega.

Nasib telefonnya tidak pecah setelah bergaduh tadi.

      " Onodera Akari ! Awak lega bila tengok mesej yang panjang berjela itu! " marah Wooshin. Dia berasa geram terhadap Akari yang tidak mengangkat panggilannya itu. Satu pun tidak dijawab! Malah dia terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan Akari itu.

      " awak tahu tak saya risau ! " jerit Wooshin sambil memegang erat bahu Akari.

   " saya fikir awak dah mati dalam tandas tahu! " dia menggoncangkan badan Akari dengan kuat dan segera memeluknya dengan erat.

Mati ?

Dalam tandas ?

Hish.. Taknak aku mati dalam tempat kotor macam itu.

        Akari segera menggeleng.

      " oppa.. Akari dah ok dah. Akari terlupa nak jawab panggilan oppa. Sorry " Akari menepuk bahu Wooshin dengan lembut.

       " lain kali, jangan buat macam ni lagi. Oppa risau gila tau! Dahlah kena baling dengan tisu tandas tadi... Malu tahu tak! " rungut Wooshin lagi sambil menyembunyikan wajahnya di bahu Akari.

   " tisu tandas ? " Akari menolak tubuh Wooshin dan melihat wajahnya.

     " yelah! Oppa masuk tandas perempuan untuk cari Akari bila Akari tak muncul-muncul lepas setengah jam.  Then, baru je oppa nak buka sebuah pintu, ada perempuan menjerit pada oppa! Dia siap panggil perempuan lain untuk pukul oppa! Oppa ingat lagi, ada seorang perempuan baling ke arah oppa tisu tandas. Malah, ada yang hempuk oppa dengan beg tangan diorang! Malu tahu tak! " Wooshin bercerita sambil menyorokkan wajahnya di bahu Akari.

Dia masuk tandas wanita ?

        Akari hampir tergelak apabila mendengar cerita itu. Namun, demi menjaga nama Wooshin, dia tahan sahaja gelak itu. Akari mengusap perlahan kepala Wooshin dengan lembut.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now