Bab 73 : The letter

110 12 0
                                    



Akari melangkah ke loker almarinya. Sudah agak lama loker itu dibiar tanpa dibuka selama beberapa bulan. Sementelah pula dia tidak berbuat apa-apa selepas keluar dari kelas tadi. Lalu dia buka loker itu dengan menyamakan nombor-nombor yang terdapat di tombol itu.

CLACK!

Pintu loker itu terbuka. Akari segera menarik pintu loker itu dan seperti yang dia pernah lihat sebelum ini, bertimbun-timbun surat daripada peminatnya terletak di dalam loker berkenaan. Yelah orang famous, mana tak dapat surat tetapi hari ini dia tidak bercadang untuk membaca luahan hati perasaan yang tak kesampaian itu kerana dia ada misi.

Misi mencari surat Jungkook yang dia letakkan di dalam loker itu sebelum pulang prom night tahun lepas.

Dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia teringat akan surat yang diberi Jungkook secara tiba-tiba. Malah dia juga ingin mengetahui apa isi kandungan surat berkenaan. Akari mengeledah lokernya dan melihat setiap satu nama pengirim di surat yang bertimbun itu.

Kim Ryujin


Kim Minseok

Prince Sehun

Mat pacak

Aku hensem

Dokyeom Cool Saje

Jongdae Kacak

Chanyeol hipster

Akari menggeleng apabila membaca nama pengirim yang agak kelakar itu. Sesekali dia tergelak apabila membaca nama seperti Dokyeom cool Saje. Lalu diteliti surat yang seterusnya.


Kai

Akari mengangkat kening apabila melihat nama Kai tertera di surat itu. Kai memberinya surat ? Wow.. Amazing. Lalu surat itu disimpan di dalam kocek skirtnya. Akari kembali meneruskan pencariannya sehingga dia menjumpai surat yang agak besar itu.

To : Seniorku sayang muah muah dan love pusing pusing terpusing sampai kau pening

From : juniormu yang kacak gila sampai tahap ais cair

Akari menggeleng apabila melihat surat itu. Pastinya itu surat daripada Jeon Jungkook. Diambil surat itu lalu menutup pintu lokernya dengan sekali tolakan.

Dengan cepat, Akari segera membuka sampul surat itu dan melihat satu bungkusan yang nipis beserta dua keping surat. Lalu dibaca surat pertama.

Guess What!

Ini surat palsu ! 😛



Akari mengigit bibir. Lalu dibuka surat yang kedua yang berwarna merah itu. Sebelum itu dia membaca tulisan di permukaan surat itu.

To : Onodera Akari

From : Jeon Jungkook

" ini baru surat betul " desis hatinya sambil mengeluarkan isi kandungan surat itu.

" CD ? "

Dia melihat CD kecil yang terselit dan sepucuk surat, khas untuknya. Terdapat juga nota kecil yang tertulis di permukaan CD berkenaan.

" sila tengok CD ini dahulu barulah baca surat "

Dengan langkah yang pantas, Akari segera berlari ke bilik multimedia sekolah berkenaan. Memandangkan tiada orang yang di situ, Akari segera mengunci bilik berkenaan dari dalam dan melangkah ke sebuah PC keluaran dari Apple itu. Dihidupkan komputer itu dengan pantas lalu dia terus memakai headphone yang telah diletakkan di tepinya. Akari kemudiannya memandang CD berkenaan dan mula melihat kiraan di skrin komputer.

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now