Bab 61 : English Project II
Disebabkan projek sajak cinta yang terbengkalai akibat kesibukan murid-murid tahun akhir itu, akhirnya hari ini mereka berpeluang untuk membuat sajak berkenaan.
" oh kamu yang budak baru tu, boleh sekumpulan dengan Onodera Akari. Kebetulan, kumpulan mereka kekurangan seorang ahli disebabkan pelajar tersebut pindah. " ujar cikgu Tifanny lagi.
Cikgu ni.. Asal lah aku kena sekumpulan dengan dia.
Akari mengigit bibirnya apabila Eunwoo dimasukkan ke dalam kumpulannya. Seboleh-bolehnya dia berharap manusia itu tidak berada di dalam kumpulannya. Tetapi nasib tidak menyebelahinya. Maka cukuplah korum lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.
Kawan baik, suami, kawan sewaktu kecil dan cinta pertama.
" baiklah.. Kamu semua boleh berbincang sekarang dan saya nak tugasan ini siap dalam masa dua minggu " tambah cikgu Tifanny lagi.
Dua minggu ? Durh, lamanya!
Akari hanya mampu mengeluh. Dia seraya memandang Wei. Seakan memahami isi hati Akari, Wei segera menarik meja dan merapatkan mejanya pada meja Akari. Dia kemudiannya menolak kerusi dan duduk di sebelah Akari.
Wooshin juga turut menarik mejanya dan merapatkan meja tersebut pada meja Akari. Akari yang diapit oleh jejaka itu hanya menongkat dagu di atas meja. Tak lama kemudian, Hoshi menarik kerusi milik Bitto di hadapannya dan dipusingkan kerusi itu menghadap Akari. Bitto telah pergi ke tempat kumpulannya.
" Hi.. Saya harap kita dapat bekerjasama " sapa Eunwoo sebaik sahaja duduk di sebelah Hoshi. Dia baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi milik Hoshi yang diambilnya sebentar tadi. Hoshi hanya menjeling apabila Eunwoo duduk disebelahnya.
" baiklah apa kita nak bincangkan ? " ujar Akari tidak mempedulikan sapaan Eunwoo. Dia perlu fokus agar markah untuk bahasa Inggerisnya meningkat. Kata cikgu Tifanny, sajak bertemakan cinta itu merupakan salah satu tugasan yang dapat menambah markah untuk peperiksaan yang bakal tiba itu. Jadi mereka harus menyempurnakan sajak itu agar dapat menambah markah peperiksaan mereka." apa kata kita ceritakan kisah cinta masing-masing ? " Eunwoo memberi cadangan. Dia tahu cadangan itu pastinya akan menjerat Akari kerana dialah cinta pertama Akari.
" bagus juga cadangan itu " tambah Wooshin lagi sambil mengerling Akari di sebelahnya.
" Apa kata kita ceritakan keperitan dan betapa sakitnya cinta apabila cinta kita dimusnahkan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab ? " tambah Hoshi lagi sambil mengerling Eunwoo.
Kau lah punca Akari jadi macam ni, Cha Eunwoo!
" aku setuju ! " Wei menjawab dengan penuh semangat. Akari yang sedang menongkat dagu segera memandang Wei sambil mengangkat kening.
" kau dah kenapa ? "
Wei hanya tersenyum malu apabila Akari menangkap dirinya. Lantas dia menggelengkan kepalanya.
" cinta itu manis. Semanis madu.. Terutama cinta pertama! " tegas Eunwoo lagi. Dia tidak mahu Hoshi sentiasa menyalahkannya.
" Semanis-manis cinta, ada juga pahitnya. Dan pahitnya itu lebih pahit daripada hempedu ! " bidas Hoshi lagi.
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanficNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...