Bab 82 : The dinner

120 10 2
                                    



" weh, asal dia ada di sini ? " Kogyeol menyiku Wei yang sedang memandang Eunwoo yang menundukkan wajah, memandang makanan yang sudah tersedia.

" mana lah aku tahu.. Kau tanya lah A " jawab Wei sambil mengerling ke arah Eunwoo. Dia tidak tahu apa motif Akari membawa Eunwoo ke mari sedangkan Eunwoo itu orang yang cuba memusnahkan cintanya dan Wooshin.

Kogyeol mengeluh. Dia memandang ke arah Akari yang sedang menikmati Grill chicken burger kegemarannya. Akari kalau bab makan mana dah nak pandang orang. Tunggu dia habis makanlah baru boleh tanya.

" Maaflah kalau korang tak senang.. " Eunwoo membuka bicara. Dia tahu ahli kumpulan Akari tidak senang apabila dia berada di samping Akari. Melihat sahaja jelingan ahli kumpulan berkenaan termasuk Wooshin menyebabkan dia sedar, dia tidak patut berada di sini.

" kenapa kau ada di sini ? " Bitto bertanya. Dia yang baru sahaja menghabiskan sepinggan pasta bolognese segera meletakkan garfu di atas pinggan lalu memandang Eunwoo.

" aku yang ajak dia.. " ujar Akari sebaik sahaja menelan burger ayam berkenaan.

" dia dah jadi kawan aku dah.. " tambah Akari lagi sambil menarik gelas yang berisi ice lemon Tea di hadapannya. Disedut air berkenaan sebelum menelannya. Fuh lega..

" kawan kau ?!! " serentak mereka menjerit. Kuhn memandang Akari dengan pandangan tidak percaya apabila Akari mengaku yang Eunwoo itu kawannya.

" Wei! Tepuk aku! " Kogyeol menyuruh Wei menepuknya. Tanpa melengahkan masa, Wei menepuk muka Kogyeol.

" bodoh! Sakit lah ! " jerit Kogyeol sambil menumbuk bahu Wei. Habis merah muka Kogyeol apabila Wei bertindak menepuk muka kacak miliknya.

" tadi suruh tepuk! " bidas Wei sambil menjeling Kogyeol. Sudahlah suruh orang tepuk dia lepastu diri sendiri pula yang kena tumbuk. Apa dia fikir bahu aku ni punching bag dia ke ?

" sejak bila korang kawan ni ? " Wooshin yang duduk bersebelahan Akari bertanya. Sesekali matanya mengerling ke arah Eunwoo yang sudah selesai menjamu selera. Di sudut hatinya, dia sedikit marah apabila Akari bertindak tanpa bertanya dia terlebih dahulu.

" sejak tadi.. " jawab Akari. Dia kemudiannya menarik kentang goreng yang berada di hadapannya lalu dimasukkan ke dalam mulut.

" Sejak tadi ?!! " mereka menjerit untuk kali kedua. Akari segera menarik air Wooshin lalu diteguknya rakus. Dia tersedak apabila mereka menjerit.

" dia uhuk kena buli uhuk dengan ahli pasukan uhuk dia sendiri " ujar Akari sambil terbatuk. Wooshin di sebelah segera menepuk belakang Akari, cuba melegakannya.

" What ? Kau kena buli dengan kawan kau! " Kuhn menyoal Eunwoo. Eunwoo yang kacak ini boleh dibuli ? Pelik bin ajaib betul. Setahunya, orang kacak tak pernah dibuli. Eunwoo hanya mengangguk.

" sebab apa dia buli ? " soal Kogyeol dengan penuh minat. Well, Kogyeol ni suka menjaga tepi kain orang jadi bila ada sahaja berita yang agak sensasi, dia akan turut serta di dalam cerita berkenaan. Kononnya nak memeriahkan suasana.

" dia calarkan maruah geng dia sebab kalah dengan korang. Kau bukan tak kenal geng dia.. Semuanya tu kasanova dan pembuli sekolah dulu. " cerita Akari.


" Aka-chan, dia mana kenal geng bola keranjang sekolah kita lah .. " tegur Eunwoo perlahan. Aku hanya tersengih apabila menyedari mereka bukan satu sekolah dengan sekolahku. Argh.. Lantak lah alang-alang dah cerita.

" walaupun dorang perangai macam lahanat pun dorang tu hebat dalam permainan. Jadi tidak hairanlah Eunwoo ni dibuli " sambung Akari.

Mereka yang lain hanya mengangguk. Eunwoo hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang ke arah Akari. Kadang-kadang dia pernah terfikir, mengapa Akari masih menerima dirinya walaupun dia banyak menyakitkan Akari.

" aku minta maaf.. " Eunwoo memandang ke arah ahli kumpulan Akari dan Wooshin.

" terutama pada Wooshin. Aku minta maaf sebab tipu kau pada hari pertama aku sekolah di sini. Aku tipu yang aku kata aku tak kenal Akari. Aku minta maaf sebab aku sakitkan hati Akari selama aku bersekolah di sini. Aku minta maaf sebab aku cium dia, aku khianat dia dan aku cuba sakitkan dia. Aku minta maaf aku tikam belakang kau selama ini.. Aku banyak berpura-pura pada kau. Aku benar-benar menyesal, Wooshin. "

Air mata lelakinya sudah mula bergenang di tubir mata. Dia berasa amat bersalah terhadap Wooshin. Dia banyak berbuat salah pada Wooshin sehingga hubungan persahabatan mereka menjadi keruh.


Wooshin hanya mendiamkan diri. Benar, dia amat amat marah terhadap Eunwoo tetapi apabila mengenangkan nasib Eunwoo yang dibuli itu menyebabkan dia berasa kasihan. Sementelah pula Eunwoo itu sahabat baiknya.

" aku.. Aku maafkan " Wooshin mengukir senyuman. Dia memandang ke arah Eunwoo yang sudah berkaca matanya dengan air mata.

" dan Aka-chan maafkan Eun-chan. Sebab Eun-chan, Aka-chan berubah macam ini. " dia memandang Akari.

Akari hanya tersenyum.


" kenapa nak minta maaf ? Sepatutnya aku yang patut berterima kasih pada kau sebab lepas sahaja kita putus, aku dah temui kekuatan aku yang sebenar. Kalau aku tak berubah mesti aku takkan bertemu dengan ahli kumpulan aku sekarang ni.. " ujar Akari sambil memandang ahli kumpulannya.

" dan juga mungkin aku takkan jumpa suami aku " Akari mengenyitkan matanya pada Wooshin. Ya, kerana Eunwoo dia berubah.

" betul juga.. Kalau Akari tak berubah dan jadi King, mesti kita tak kenal Akari. Fuh, nasib kau berubah. " Kogyeol berkata. Mereka yang lain turut mengangguk. Kalau tak disebabkan perpisahan Eunwoo dan Akari, mereka pasti tidak akan mengenali antara satu sama lain.

" dan terima kasih juga pada kau sebab aku berjaya buka hati dia semula untuk bercinta dengan aku. " Wooshin tersenyum. Kalau tak disebabkan Eunwoo, dia pasti tidak akan mengenali dan berkahwin dengan Akari. Hal ini kerana, tujuan asal Akari berkahwin adalah disebabkan Omma dan Appa tidak tahan dengan perangai Akari menjadi King.

" thanks Cha Eunwoo " mereka serentak mengucapkan terima kasih pada Eunwoo. Eunwoo hanya tersenyum.

" don't worry lah Eunwoo, aku akan cakap pada Appa aku untuk tolong kau. Ini sebagai membalas jasa kau " Akari tersenyum. Dia akan membantu keluarga Eunwoo semampu yang dia boleh.

" kalau Akari tak mampu, kami kan ada.. Apa guna kaya seorang kalau tak dikongsi bersama ? " Wei pula tersenyum. Mereka yang lain turut mengangguk.

" baguslah tapi aku nak kau minta maaf pada ... dia tu! "

Akari segera bangun dari tempat duduknya. Di lambai tangannya pada orang berkenaan. Serentak mereka menoleh dan memberi reaksi yang terkejut.

" HOSHI ? "


•••••

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now