Bab 72 : The Irritation

113 9 8
                                    


" Cha Eunwoo adalah cinta pertama Onodera Akari.. "

Cha Eunwoo, sahabat baiknya adalah cinta pertama isterinya.

Wooshin menggeleng apabila mengetahui khabar yang disampaikan oleh Hoshi. Dia masih sukar untuk mempercayai dengan khabar yang didengari itu. Seolah-olah khabar itu adalah palsu namun dia teringat akan perubahan Akari sewaktu bertemu dengan Cha Eunwoo dahulu.


" saya tak sukakan kawan awak "

" saya betul-betul tak suka dia. Saya tak suka wajah dia, saya tak suka ketinggian dia dan semua tentang dia lah! "

" awak, nak peluk "

" kenapa awak nak sangat saya rapat dengan dia ? Awak tak takut kalau saya sukakan dia ? "

Wooshin meraup wajahnya. Mengapalah dia tidak sedar akan perubahan Akari ketika itu ? Malah sudah banyak kali Akari memberitahu yang dia tidak sukakan Eunwoo. Namun dia paksa juga Akari untuk berkawan dengan Eunwoo.

" kenapalah aku ni bodoh sangat ? Suami jenis apa aku ni ? " Wooshin menumbuk meja itu berulang kali. Dia berasa amat menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Akari dahulu.

" oppa minta maaf sebab Akari macam ni.. " dia mengenggam erat buku limanya. Seandainya dia tahu Eunwoo adalah cinta pertama Akari, dia pasti akan menjauhkan Akari daripada Eunwoo. Malah dia juga tidak membenarkan Akari berlakon bersama Eunwoo.


" awak ? "

Terus Wooshin berpaling tatkala suara itu memanggilnya. Dia bergegas bangun dari sofa yang didudukinya dan memeluk tubuh itu dengan erat.

" maafkan oppa, sayang. Maafkan oppa sebab tak percaya sayang. " Wooshin memohon maaf. Dia sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Akari mengangkat kening apabila tubuhnya di dakap dengan erat. Fikirannya celaru apabila kata-kata maaf itu ditutur Wooshin.

" maafkan oppa sebab paksa sayang kawan dengan dia. Maafkan oppa sebab tak tahu yang dia adalah cinta pertama sayang " ujarnya lagi.

Akari mengangguk. Akhirnya dia mendapat jawapan mengapa Wooshin mendakap dan memohon maaf. Dia memegang tangan Wooshin dan merungkai pelukan itu.


" Hoshi beritahu kan ? "

Dengan perlahan, Wooshin mengangguk. Wajahnya yang sugul itu diperhatikan Akari. Dengan perlahan, dia memegang pipi Wooshin dan mengelusnya dengan lembut.

" He's My Past " Akari berkata perlahan sebelum mengucup dahi Wooshin. Dia kemudiannya ke belakang dan bersedia untuk beredar. Namun tangannya direntap oleh Wooshin.

" Akari.. "

Wooshin memandang Akari.

" boleh tak hari ini Akari tidur dengan oppa di bilik oppa ? " wajah Akari berubah. Dia baru hendak membuka mulut tetapi Wooshin telah memotong percakapannya.

" kalau tak, oppa tidur dengan Akari di bilik Akari "

Wooshin mula membuat muka kasihan.

" oppa tak buat apa-apa. Serius ! " dia mengangkat tangan. Akari mengeluh perlahan.

" baiklah baiklah.. " dia mengalah. Wajah yang kasihan itu kembali ceria. Terus dia dakap Akari dengan erat.

" cepat tau mandi.. Oppa tunggu " dia berkata perlahan sebelum melepaskan Akari. Akari mengeluh kecil sebelum beredar dari biliknya.

Aku pun kena bersiap juga.. Supaya nampak lagi hensem!

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now