Bab 69 : unexpected
Aku kena cepat kalau tidak dia dalam bahaya!
Aku tahu dia masih tidak tahu tentang hubungan ini tetapi apa yang aku pasti, dia takkan dapat Akari.
Hoshi berlari dengan nafas yang termegah-megah. Dia yang baru sahaja sampai di dewan segera melihat pengawal keselamatan yang sedang berkawal di pintu utama dewan.
" tolong benarkan saya masuk! " aku meminta izin pada pengawal keselamatan yang sedang berdiri di hadapanku.
" tiket ? " dia menghulurkan tangan.
Tiket ?
Aku terus menyeluk kocek di seluar, di blazer dan meraba bajuku untuk mencari tiket yang telah aku sematkan di dalam kocek seluar sebentar tadi.
Tiada!
Wajahku mula bertukar menjadi pucat. Tiket yang aku jaga selama seminggu itu telah hilang!
" no ticket no entry! " ujar pengawal itu dengan nada yang bengis. Mataku membuntang apabila mendengar ujarannya. Dia tidak membenarkan aku masuk sedangkan aku perlu menyampaikan berita penting ini!
" tolong lah encik! Saya ada berita penting ni! " aku memohon simpati pada pengawal keselamatan itu. Mata sepetku aku kecilkan lagi manakala tanganku dirapatkan antara satu sama lain." tidak boleh " dia menggeleng.
Aku mendengus kasar. Sudahlah pelakon utama itu kawan rapatnya, takkanlah dia tidak boleh masuk ?
Aku menjeling pengawal keselamatan itu dengan jelingan maut. Aku kemudiannya mengatur langkah, beredar dari situ sambil itu mataku meliar memandang sekeliling.
Pasti ada caranya untuk aku masuk ke dalam tanpa ada tiket!
Aku menoleh ke belakang dan melihat sama ada pengawal bengis itu masih ada atau tidak.
" Cis! Dia masih ada di situ! " aku mendengus lagi apabila mataku bertentang dengan matanya. Pengawal itu memberikan jelingan maut padaku pula.
" Heleh! Macam hensem " desis hati aku sambil merenung sekeliling. Tiba-tiba mataku tertacap pada suatu sudut di tepi dewan besar itu.
Pintu belakang!" Yes! " aku mengukir senyuman apabila teringat akan pintu belakang yang boleh menghubungkan aku dengan Akari. Aku perlu memberi amaran padanya tentang Eunwoo.
Dengan cepat, aku mengatur langkah ke blok yang bertentangan dengan pintu belakang dewan. Aku tahu pengawal itu tidak akan menyedari kelibat aku kerana pementasan sedang berlangsung. Dengan langkah seribu, aku cepat-cepat berlari ke blok sehingga ke pintu belakang dewan. Sebaik sahaja sampai, aku terus membuka pintu belakang dewan dengan cepat dan memasukinya dengan pantas.
Fuh! Kerja aku selesai!
Hoshi tersenyum setelah pelan yang dirancang tidak sampai 20 minit itu berjaya dengan jayanya. Dia segera mengatur langkah menghampiri bilik khas untuk pelakon-pelakon cerita Cinderella.
" mana Akari ni ? " kata Hoshi sambil menggaru kepalanya. Dia mencari kelibat Akari namun tidak dijumpainya. Kakinya melangkah pula ke pelajar yang bekerja sebagai prop itu.
" nampak Akari ? " dia bertanya.
Pelajar yang sedang membetulkan prop itu terkejut. Dipaling wajahnya ke belakang dan terkejut melihat Hoshi yang sedang berdiri di situ.
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)
FanfictionNama aku Onodera Akari. Pronounce Onodeira ye. Aku King dekat sekolah ini dan semua pelajar kenal aku. Luka-luka ? Biasa je. Alah bisa tegal biasa. Aku sering bergaduh dengan pelajar lelaki di sekolah. Prinsip aku senang.. Kau tak kacau ak...