Bab 62 : Akari's Past Love Story

103 7 5
                                    

Bab 62 : Akari's Past Love Story



Cinta ?




Itulah kali pertama perkataan itu hadir dalam kamus hidup aku. Selama ini aku tidak pernah menjangka perkataan itu akan hadir dalam usia remaja aku.




      Aku tak pernah menduga yang dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Ya lah, aku ini bukanlah cantik seperti wanita yang berada di sisinya, aku bukanlah terkenal seperti perempuan yang mengelilinginya dan aku tidaklah sekaya  pelajar-pelajar di sekolah ini.




Syarikat Pa masih belum membangun dengan gah namun cukuplah menyekolahkan aku di sekolah menengah elit ini.





Aku, Onodera Akari seorang perempuan yang biasa. Aku selalu mengikat rambutku dengan reben dan antara pelajar yang tergolong dalam pelajar yang skema. Nama aku tidak dikenali oleh orang sekeliling dan aku seorang pelajar yang mengikuti peraturan sekolah.

   



Aku ada seorang kawan baik yang merangkap rakan sepermainan aku, Kwon Hoshi. Hanya dia sahaja tempat aku meluahkan perasaan, tempat aku bersandar bahu ketika aku bersedih, tempat aku berceloteh dan dia sentiasa bersama dengan aku.

    

    


Pagi itu, aku melangkah seperti biasa ke sekolah aku. Tapi hari ini, aku memakai reben yang berwarna merah jambu agar aku dilihat oleh Dia.





Lelaki yang sentiasa menjadi igauan mimpi aku.






Semua ini bermula ketika majlis perpisahan disekolah kami. Dia sebagai ahli AJK tertinggi di dalam majlis ketua pelajar telah menolong aku dalam menyediakan teks untuk majlis perpisahan Pengetua kami, Oh Sunyoung.

   

    


Semua orang tidak mahu menggalas tugasan itu dan mereka menyuruh aku untuk membuat teks berkenaan secara paksa. Hal ini kerana, aku mendapat markah yang tertinggi di dalam penulisan sewaktu ujian baru-baru ini. Aku yang turut juga bertugas sebagai AJK Makanan.





Semua tugasan aku yang kena galas dan yang menjadi mangsanya aku. Mereka hanya duduk diam sambil bergelak ketawa antara satu sama lain walhal majlis itu semakin hampir.

    




     Aku mengeluh, mengenangkan nasib aku. Mindaku kosong tatkala menatap komputer riba yang keluaran dari Apple itu. Tiada sepatah ayat yang tertulis di skrin itu.





           " aku tiada idea! " rungutku sambil meramas rambutku yang sentiasa rapi itu. Sudahlah dateline semakin dekat! Mereka-mereka yang tidak buat kerja itu pula sudah bising apabila aku tidak menghantar teks itu. Juruacara untuk majlis itu sudah banyak kali berjumpa dengan aku untuk mendapatkan teks berkenaan.




    Mereka juga mengugutku supaya membuat kerja itu dengan lebih cepat. Kalau tidak, aku akan dipersalahkan sekiranya majlis perpisahan itu tidak berjalan dengan lancar.




    " urgh! " aku merungut lagi. Aku cuba memerah idea untuk kata-kata aluan itu namun tidak berjaya.




Ini semuanya salah markah ujian itu! Kalau aku dapat teruk mesti aku tidak terbeban dengan masalah ini!

    

   

Aku meramas rambutku dengan lebih kasar kerana stres.




[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now