Bab 3 : Kim Wooshin

224 14 0
                                    


Bab 3 : Kim Wooshin

        Dua minggu kemudian, Akari dan lelaki pilihan ibu bapanya berkahwin. Akari masih tidak berpuas hati dengan pilihan ibu bapanya. Orang yang menjadi pilihan Ibu bapanya ialah Kim Wooshin.

Tampan ?

Tampan lah juga.

Tinggi ?

Okay lagi tinggi pada aku.

Kaya ?

Yup.. tapi aku tak pandang kekayaan kerana kekayaan tidak menjamin kebahagiaan tetapi hati dan perasaan memainkan peranan penting dalam kehidupan untuk membina sebuah cinta yang abadi.

Eh.. Sejak bila aku jadi pujangga ni ?

        " Akari.. Jom makan " perkataan pertama yang menyapa halwa telinga aku. Bulu romaku mula meremang tatkala mendengar suaranya.

      " awak pergi dulu.. Nanti saya menyusul kemudian. Saya sakit perut " aku berpura-pura menahan kesakitan. Entah mengapa idea ini tiba-tiba muncul tatkala mendengar suara dia.

       Riak wajah Wooshin mula berubah. Sakit perut? Apa kena dengan isteri aku ni ? Baru tadi dia ok sekarang dah sakit perut pula. Dia segera mendekati isterinya.

     " sakit ? Di mana ? Di mana ? " Wooshin meletakkan tangannya di dahi Akari. Dia berasa sangat risau dengan isterinya itu.

     " nak ubat tak? Nak aiskrim? Nak tembikai ? " dia bertanya pada Akari. Sambil itu, dia menyentuh dahi Akari takut-takut isterinya itu demam juga.

Aduh mamat ni..

       Aku segera bangun dari tempat tidur, masih berpura-pura menahan kesakitan.

    " meh Oppa bawa "

Oppa? Aku tersedak. Dia membahasakan dirinya Oppa dan ini membuatkan lagi ingin menjauhkan diri daripadanya. Melihat wajahnya yang risau plus aku meremang melihat dia, aku segera menamatkan lakonanku dan berjalan ke arah pintu.

     " saya dah sihat. Jom makan " aku mengajak dan berlalu meninggalkan bilik tersebut.

  Taubat.. Aku taknak berlakon lagi. Aku menggigit bibir dan turun ke ruang makan.

Wooshin hanya mengangguk.

" tadi kata sakit kerana dah ok.. Pelik betul isteri aku ini. " Wooshin mengeleng dan mengikuti Akari.

•••••

  Finally.. Aku bebas!

Aku bebas dari melihat Wooshin. Aku menghela nafas lega tatkala hari Isnin tiba. Wooshin tiada di sisi ku hari ini sebab dia perlu pulang ke rumahnya.

Dia sekolah di tempat lain jadi kami hanya akan bertemu pada hujung minggu sahaja.

      " haih senyum memanjang je. Tahulah suami kacak " suara itu menyapa itu. Suara yang merosakkan mood aku dengan tiba-tiba. Aku menoleh ke belakang sambil menyilangkan tanganku.

       " oh patutlah senyum memanjang siap gelar diri pakcik! Dan sebab ini lah Uncle sibuk puji saya semua. Rupanya ada udang di sebalik batu! Uncle dah tahu semuanya ! " aku memberikan pakcik tua ini jelingan maut.

    Akari cantik lah.. Cantik umpama bidadari lah.. Apa-apa lah! Rupa-rupanya pakcik tua ini sudah tahu perancangan ibu bapa aku! Tak guna! Aku mengumam perlahan menahan amarah.

     Uncle Austin hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia menggaru kepalanya yang  separa botak itu dan membuat muka tidak bersalah di hadapan ku. Aku menoleh daripada memandang Uncle Austin.

  " saya taknak naik dengan pakcik hari ini " aku terus keluar dari kereta dan berjalan.

'Apa harus aku buat' -Uncle Austin
   
            Uncle Austin terkesima. Dia segera menghalang Akari.

         " Nanti encik Onodera marah! Janganlah macam ni Akari. Pakcik minta maaf " dia memohon maaf pada Akari. Sangkaanya Akari tidak akan membangkitkan isu ini namun perkara ini adalah sebaliknya.

            " saya tetap pada prinsip saya. Saya pergi dengan menunggang bikes saya " Akari bergerak ke tepi dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengambil kunci motor berkuasa tingginya a.k.a bikes dan menuju ke garaj motosikal. Pakcik Austin masih setia mengikutinya dan memujuk Akari. Dia bimbang Akari akan terjatuh dari motosikal yang sudah sekian lama dia tidak menunggang sejak hari itu. Boleh dikatakan sudah 2 tahun Akari tidak menunggang motosikalnya. Uncle Austin masih setia mengikuti Akari.

          Akari mengambil dan memakai jaket hitam, sarung tangan hitam dan helmet hitamnya yang telah diletakkan pada motosikalnya. Dia menghidupkan enjin motosikal dan membiarkannya buat seketika.

          " dah lah Uncle. Uncle boleh bawa Pa pergi ke tempat kerja. Lagi pun saya nak bawa motosikal ini. Yelah, buat apa ada lesen motor kalau tak bawa sendiri motor kan ? " aku membetulkan cermin sisi motosikal ku. Uncle Austin terdiam.

" Akari kan dah lama tak bawa motor ni. Pakcik risau lah .. " Uncle Austin berkata dengan penuh risau. Akari membuka cermin di  topi keledarnya dan mengangkat tangan.

        " Uncle tak perlu risau. Saya boleh bawa motor ini dengan baik. Saya boleh rasainya dalam badan saya. Selagi saya tak gentar dan putus asa pada diri, saya pasti saya boleh tunggang dengan baik " aku berkata.

Uncle Austin masih terdiam.

         " bye Uncle " aku segera menunggang sebelum Uncle Austin mula memujuk kembali.

Fuh .. Satu misi selesai.

          Aku menunggang motosikal ku dengan kadar yang laju. Semakin laju aku bawa motosikal ini semakin puas hati aku. Sudah sekian lama aku tidak menunggang motosikal sejak peristiwa hari itu tetapi pada hari ini, aku akan menunggang semula motor ini dengan semangat yang baru.

          Aku memakirkan motosikal ku di dalam kawasan sekolah. Aku membuka helmet sambil mengibas rambut ku yang panjang. Pelajar di sekeliling memandangku dengan pelbagai perasaan. Ada yang memandang dengan perasaan takjub, ada yang memandang dengan perasan hina dan ada juga yang menyindir aku. Biasa lah mata orang, kita mana boleh jaga.

      Kogyeol yang baru memasuki pintu pagar sekolah segera berjalan ke arahku. Kami membuat trademark yang di mana kami genggam dan tepuk tangan antara satu sama lain. Dia melihat motosikal aku dengan penuh perasan takjub.

          " dah lama  aku tak tengok motor legend ni " dengan perasaan gembira dia menjawab. Aku hanya tertawa dan menarik lengannya.

         " dah jom masuk kelas " aku masih menariknya dan bergerak menuju ke kelas. Kogyeol.. Kalau aku biarkan dia dekat situ, memang sampai esok dia tidak berganjak dari melihat motosikal aku. Kogyeol sangat admire pada motor aku.

     Kami segera masuk ke dalam kelas dan berjumpa dengan yang lain.

        " wow.. A tarik lengan Kogyeol. Ada apa-apa ke? " Kuhn tersenyum nakal. Pipi Kogyeol mula merah dan aku segera melepaskan tanganku.

      " apa lah kau. Dia taknak berganjak dari motor aku. Jadi aku pun tarik lah lengan dia" aku meletakkan beg di kerusi ku.

        " meh lolipop satu " aku meminta Kuhn yang sedang makan lolipop strawberi kegemarannya.

        Kuhn mencebik.

      " pergilah beli sendiri " dia mengomel sambil mengeluarkan satu lagi lolipop dari poketnya. Aku hanya tersenyum dan membuka balutan lolipop itu.

       " gula-gula kau tak sama dengan gula-gula yang aku beli. " aku berkata sambil memasukkan lolipop itu ke dalam mulut.

      " nak bodek lah tu.. " dia menjuihkan bibir. Aku hanya tertawa sahaja. Aku tahu Kuhn tidak serius pun. Dia hanya bergurau sahaja dengan ku. Semua orang tertawa melihat gelagat Kuhn yang masih mengomel.

•••••

[COMPLETED] My Irritation Husband (Wooshin Up10tion Fanfiction)Where stories live. Discover now